BAB 2

482 26 0
                                        

Spm is just around the corner and i have to start double up my revision because hurm, i want to be the best student!

      Bila dah form five nih, kawan-kawan aku dah makin berani. Dah pandai nak bagi surat layang, mesej dan sebagainya. Tapi memang aku tak akan layan. Sebabnya aku bukan seperti gadis - gadis yang lain yang menginginkan perhatian. Tak perlu. Aku tak suka.

       Masuk kali nih dah lima kali Rahimi hantar surat layang, tu belum kira mesej yang dia hantar lagi. Perkara ni bukannya buat aku rasa terharu sebab ada peminat tapi lebih kepada meluat. Meluat kerana lelaki yang seperti ini yang masih belum habis sekolah tapi dah memasang angan angan dan cita- cita untuk bercinta. Hensem mana pun kau, memang aku tak akan layan.

~~~~~~~~~~~

        

          Malam ini abah merancang untuk makan malam bersama dengan abangnya iaitu Uncle Simon di rumahnya di Mont Kiara. Sebenarnya, aku paling suka pergi rumah uncle simon sebab rumah uncle besar! Ada swimming pool, spa, sauna dan tempat gym! Best sangat!

           Aku pakai simple je hari nih memandangkan ini hanya makan malam keluarga. Baju blouse labuh aku pakai dengan seluar dan tudung satin yang aku jadikan shawl. Taaa.. siap pun!

            Memandangkan aku anak tunggal, memang uncle Simon selalu manjakan aku dan selalu sahaja dia hadiahkan aku coklat dan gula - gula. Beza umur Uncle Simon dan abah lima tahun. Tetapi, bila mereka berdua bersama, boleh nampak macam kembar seiras!

~~~~~~~~~

           Sampai sahaja di rumah Uncle Simon, setelah bersalaman dengan Uncle dan Aunt Sallie,  aku terus ke dapur untuk tolong apa yang patut. Memang ibu sudah mengajar kami untuk sentiasa beradab walaupun di rumah saudara.

             Uncle Simon mempunyai 4 orang anak dan semuanya lelaki. Walaupun Uncle Simon bukan Islam, namun cara didikannya sama seperti abah, cuma Uncle Simon tidak menghantar anaknya ke pusat tahfiz. Semua anak lelaki Uncle Simon sangat beradab dan menjaga batas pergaulan dengan wanita. Mungkin kerana pengaruh abah.

          Hubungan aku dan anak - anak lelakinya tidak rapat memandangkan abah amat menitikberatkan mengenai batas pergaulan bersama lelaki. Aku terpaksa akui bahawa kesemua anak lelakinya mempunyai rupa paras yang menawan ala - ala model dengan susuk tubuh yang tinggi.

~~~~~~~~~~~~

        Selesai mengemaskan meja makan bersama kak Nonny ( pembantu rumah Uncle Simon) , aku memanggil ibu dan abah yang rancak berborak bersama uncle dan aunt. Selepas itu, Uncle Simon menggunakan telefon rumah untuk menyuruh keempat - empat anak lelakinya untuk turun makan.

            Aku duduk di sebelah abah dan ibu, dan di hadapanku, abang Yin iaitu anak ketiga Uncle Simon yang berumur 20 tahun. Abang Yin merupakan pelajar lulusan doktor dari University Of Oxford. Aku paling bangga dengan Abang Yin kerana dia tidak pernah membazirkan masanya untuk bersuka ria seperti remaja- remaja lain malah dia menggunakan masa yang ada untuk mencapai matlamatnya. Memang aku tabik Spring dengan Abang Yin! Walau apapun, hubungan aku dan Abang Yin tidak rapat, aku hanya mengetahui mengenai Abang Yin apabila ibu selalu memuji kepandaian dan ketekunan Abang Yin.

           Alangkah lebih bagus kalau Abang Yin itu memeluk Islam, bukan..? Namun, aku hanya mampu berdoa, kerana Abang Yin sama seperti Aunt Sallie iaitu penganut kuat agama buddha.

           Selesai makan, aku sama - sama menolong bersama Kak Nonny mengemas meja makan. Manakala, ibu dan abah sudah siap - siap untuk pulang dan hanya menunggu aku siap.

             Sedang asyik aku mengemas, aku terdengar keluhan kecil di bilik bacaan yang berada dekat dengan dapur. Aku lihat Abang Yin sedang meraup wajahnya dan kelihatan sedih. Aku tidak berani untuk bertanya apa - apa kerana mungkin Abang Yin memerlukan masa untuk bersendirian.

             "Mely, are you done dear..? We have to go back now ya. " kata ibu sambil menuju ke pintu keluar rumah.

            Aku berlari anak sambil menuju ke dapur untuk mengambil bungkusan coklat dari Uncle Simon. Pada waktu itu yang tiada ribut, tiada hujan , tak semena-mena aku jatuh di depan bilik bacaan , tempat Abang Yin berada. Bungkusan Coklat turut terbuka dan jatuh berselerak. Aku cepat - cepat mengutip coklat tersebut dan tanpa aku sedari ada tangan yang memegang mukaku.

         Cis! Abang Yin rupanya yang memegang! Aku menepis tangannya dan terlihat Abang Yin mengusap air matanya yang jatuh menitik. Aku keliru, kenapa dan mengapa?

HINGGA KE AKHIRNYATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang