"What are you doing here? " tanya aku yang waktu itu terkejut dengan kehadirannya.
"Saya memang dah lama ekori awak dari awak tinggal kat rumah usang tu, cuma rasanya kurang elok lah kan kalau saya tinggal serumah. Jauh juga ya awak jalan. Saya yang naik kereta nih pun lenguh tunggu awal berjalan ni ha. Awak mesti tengah cari tempat tinggal kan sekarang?"
"Haah" jawab aku sedikit sebak.
"Jom lah ikut saya, saya ada kampung kat sini. Awak boleh stay ngan nenek saya. Jangan risau, nenek saya ni ada masalah penglihatan, jadi dia tak tahu awak ni siapa. "
"Boleh ke? " tanya aku seperti meraih simpati
"Boleh" balas Rahimi dengan senyuman.
Nek Pah lembut menyapa aku. Comel orangnya. Berbadan kurus, berwajah kuning langsat dan amat lembut orangnya.
Kampung Rahimi tidak berapa jauh. Lebih kurang 2 km dari kawasan perumahan tadi.Walaupun hari sudah lewat malam, Nek Pah masih belum tidur. Mungkin menunggu Rahimi yang keluar sebentar membeli supper untuk aku. Nek Pah menggunakan tongkatnya untuk berjalan , sebak aku melihatnya. Bukan aku tak pernah melihat orang kurang upaya seperti ini, cuma ini merupakan kali pertama aku berada bersama-sama mereka. Kesiannya Nek Pah.
Sejak aku datang lagi Nek Pah sudah mula mengenalkan dirinya. Katanya, panggil saja Nek Pah. Aku tersenyum. Ramah Nek Pah ini. Katanya lagi, sudah lama cucunya tidak datang.
"Nek, nak Mely tolong" pelawa aku ketika Nek Pah sedang sibuk mengambil cerek di atas meja dapur . Teraba-raba Nek Pah mencarinya.
"Takpe nak, Nek dah biasa. Selama ni memang Nek buat semua benda seorang. Terima kasih ya nak" Nek Pah menolak pelawaan aku dengan lembut. Mungkin kerana tidak mahu menganggu aku berehat.
Rahimi pulang setelah 15 minit pergi. Banyak juga makanan yang dibelinya. Tidak silap aku, ada kira-kira 6 ketul ayam di dalam plastik yang dipegang Rahimi. Banyaknya! Siapa je nak makan semua tuh. Rasanya kat rumah ni ada 3 orang je.
"Apahal banyak sangat ayam? " tanya aku sambil membuka plastik bungkusan ayam itu.
"Nak bagi nenek"
"Buat apa? " tanya aku lagi.
"Nenek ada bela kucing kat belakang rumah ni. Tu yang banyak beli ayam tuh. Bukan nenek yang makan pun, nenek pesan suh beli je. Nenek memang rajin bagi kucing makan. Esok pagi kenyang lah semua kucing-kucing tu makan"
"Ohh.. baiknya nenek awak"
"Alhamdulillah" balas Rahimi sambil tersenyum.
PAGI yang cerah aku mulakan dengan lafaz bismillah. Hari semalam aku lalui bersama orang baru. Sebenarnya jujur di hatiku ini aku rindu dengan ibu dan abah. Rasa seperti ingin memeluk mereka sekarang ini.
Tak semena-mena air mata aku mengalir . Aku yang duduk di tepi tingkap di dalam bilik tetamu itu , mengelap air mata yang mengalir. Makin laju pula air mata berguguran. Semakin sebak aku dibuatnya mengingatkan esok merupakan hari jadi ibu. Ini kali pertama aku duduk berjauhan tanpa rela . Rindunya aku pada ibu. Sedih kah ibu sekarang ini? Atau ibu bergembira atas kehilangan aku?
"Nak, mari makan, Nek Pah ada sediakan cucur badak dengan air teh. Mari ya nak." Teguran Nek Pah menyedarkan aku dari lamunan.
Air mata aku kesat pantas dan terus bangun menuju ke arah dapur. Aku yang dari semalam bertudung semalaman masih tidak membasuh rambut. Maklumlah, aku tidur agak lewat semalam. Mujur Nek Pah mengejutkan aku untuk bangun subuh. Tapi disebabkan kepenatan yang melampau, aku tidur kembali setelah selesai solat subuh. Gatal-gatal rambut aku dibuatnya.
Rahimi yang sedang makan cucur badak di dapur, ketawa melihat aku. Eh, ni yang aku hairan ni. Muka aku macam monyet ke sampai dia nak ketawa macam monyet gila. Kang aku seng kepala dia kang.
"Apahal Rahimi? " tanya aku sambil mengerutkan dahi.
"Awak nampak serabai gila. Air liur tu taknak lap ke? Ohhh, air liur basi rupanya. HAHAHA" Rahimi menyambung ketawanya.
Aku terus bergegas ke tandas untuk melihat keadaan muka aku pada cermin. Ya Allah! Memang serabai tahap 2000% . Aduh! Malunya aku dengan Rahimi. Aduh, malunya, malu. Rasa macam tak nak keluar tandas. Uwaaaaaaa.. Aku pantas membasuh muka untuk menghilangkan kotoran air liur basi. Ala, air liur basi tu keluar kalau aku betul-betul penat je. Eyyy..
Aku kembali ke meja makan dan Rahimi masih lagi senyum-senyum pada aku. Perasaan waktu tu, memang rasa nak hempuk je kepala dia tuh.
"Lepas makan, jangan tidur pulak, kang meleleh lagi banyak air liur basi kat muka." Kata Rahimi yang sewaktu itu sudah habis makan dan sedang menuju ke sinki dapur.
Aku mengendahkan apa sahaja yang Rahimi perkatakan kerana aku sedang tekun memikirkan sesuatu rancangan untuk dibuat. Aku ingin kembali menyiasat kes pembunuhan itu. Kes yang tidak selesai lagi. Kes yang penuh dengan misteri.
SETELAH selesai aku mandi dan bersiap, aku mengeluarkan buku nota yang berada di dalam beg 'penyiasat' aku. Rancangan untuk menyiasat aku tulis dengan tekun .
RANCANGAN MENYIASAT KES PEMBUNUHAN MISTERI
- Pergi balik ke Subang Jaya
- Tinggal di rumah sewa
- Rahimi kena ikut
- Siasat kat Instagram pasal Zack dan Ray
- Pergi rumah Uncle Simon senyap-senyap
- Pergi jumpa ibu dan abah senyap-senyap
-Equipment self defense iaitu pisau, gunting dan paku kecil mesti kena ada.
- Mintak duit tambahan dengan ibu dan abah.
- Pergi ke tempat pembunuhan pada waktu malam-malam gila.
- Yang ni pun Rahimi kena ikut.
P/S: Jangan sampai tertangkap.Buku nota aku tutup kemas dan membawanya bersama untuk berbincang dengan Rahimi.
Aku keluar dari bilik dan terus menjalar-jalarkan leher mencari Rahimi. Isyh budak nih. Kemana pulak hilangnya. Aku cari di dapur tak ada pulak. Aku pergi ke halaman belakang rumah dan terlihat Rahimi sedang bercakap-cakap dengan kucing peliharaan neneknya.
"Kiko, makan ajelah apa yang ada ye. Hari ni abang tak dapat belikan ikan dan biskut untuk Kiko. Abang kena tolong bagi kawan abang makan dulu. Minta maaf ye Kiko. Tapi Kiko patutnya dah kenyang kan sebab nenek ada bagi ayam. " Lembut tangan Rahimi membelai kucing itu.
Ahh.. baiknya dia. Mel, jangan melting!
Rahimi menuju masuk ke dalam rumah dan aku terus berlagak seperti polis dan menahannya.
"Rahimi, awak kena tolong saya. "
"Apa dia cik Mel"
"Bawak saya balik ke Subang Jaya"
"Sedap-sedap je awak nak suruh saya eh." Balas Rahimi sambil berpaut tubuh.
"Ala pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee" balas aku sambil membuat muka sembilu kasih.
"Bila nak perginya?"
"Esok pagi boleh?"
"Hmmmm" Balas Rahimi ringkas.
YOU ARE READING
HINGGA KE AKHIRNYA
Mystery / ThrillerAku sendiri buntu dengan kehidupan aku. Hingga ke akhirnya kah akan begini? Terseksa minda dan fikiran. Tanpa arah dan tujuan yang kukuh aku teruskan perjuangan. Aku tahu aku akan jatuh akhirnya. Namun, jatuh aku itu tanda kebangkitan aku. - SABRIN...