KEESOKAN harinya aku sudah siap mengemaskan barang. Mengenangkan cara hidup aku yang baharu ini sama seperti orang nomad, sering berpindah randah. Barang-barang aku tidak banyak, hanya beg ' penyiasat ' aku dan beg sandang pemberian Nek Pah. Baik sungguh Nek Pah memberikan bajunya kepada aku. Katanya gadis muda tak elok pakai baju yang sama setiap hari. Aku ketawa kecil. Nak buat macam mana, aku hanya membawa satu helaian pakaian sahaja. Itu pun ada yang aku beli dalam perjalanan aku pergi ke Melaka.
"Ok awak, jom" tegur Rahimi ketika aku sedang rancak berbual dengan Nek Pah.
Aku lihat pagi-pagi buta lagi Rahimi menservis keretanya. Nih yang bagus nih Rahimi ni. Tapi kan aku hairan lah, dia ni tak pergi sekolah ke eh? Bukan ke minggu ni minggu exam?
"Ok Nek Pah, terima kasih untuk segalanya. Maafkan Mel kalau ada buat salah sepanjang Mel ada kat sini. Kalau kita ada rezeki lagi, Mel datang sini pulangkan baju-baju Nek Pah. " teraba-raba Nek Pah mencari tangan aku .
"Eh takpelah Nak, Nek nih dah lama tak ada anak kecil baya kamu, Nek dah mula sayang dah pada kamu. Kalau kamu ada kesempatan, datanglah ye jenguk Nenek kat sini. Itupun kalau kamu sudi" balas Nek Pah yang agak sebak dengan pemergian aku. Tangan aku diciumnya dan muka aku dipegang-pegang dan akhirnya tangan Nek Pah berhenti pada sepasang mata aku.
"Nak, jaga mata ni elok-elok. Nek tak pernah berkesempatan untuk melihat dunia. Nanti suatu hari bila Mel datang sini, pastikan Mel ceritakan apa itu dunia pada Nenek. Nek nak tahu sangat. " suaranya semakin sedu dan waktu itu aku tahu Nek Pah sedang mengalirkan air matanya. Sungguh murni niat orang tua ini untuk melihat dunia. Namun kuasa Allah lebih berkuasa. Mungkin Allah mahu memelihara Nek Pah dari maksiat dunia.
Hanya 3 hari aku tinggal di rumah Nek Pah tapi hubungan kami sudah rapat. Maklumlah, setiap malam sahaja aku akan pergi ke biliknya dan aku akan bercakap seolah-olah memperkenal diri. Sejak itu aku semakin rapat dengan Nek Pah. Cuma aku tidak banyak bercakap tentang hal kekeluargaan pada Nek Pah. Pernah juga Nek Pah tanya kenapa aku pergi ke Melaka. Aku hanya menjawab kerana ada urusan kerja.
"Haa.. kamu ni Rahimi, jaga Mely ni elok-elok. Kamu tu lebih tua dari Mely. Jangan kamu buli dia sahaja. Siap lah kamu kalau Nenek tahu kamu buli dia. Adalah nanti yang akan Nenek buat pada kamu. " tegur Nek Pah sebagai pesanan terakhir.
Aku salam Nek Pah dan mencium dahinya. Lalu aku peluk tubuh kecil Nek Pah. Dapat aku rasakan leraian air mata berguguran di baju aku. Mungkin lama sungguh cucu Nek Pah tidak datang menjenguk. Rahimi menyalam neneknya dan terus membantu aku mengangkat barang-barang kepunyaan aku masuk ke dalam bonet kereta.
Cepat sahaja kereta Gen2 kepunyaan Rahimi keluar dari perkarangan rumah. Dari cermin belakang, dapat aku lihat Nek Pah teraba-raba mencari arah kami untuk melambai kami namun lambaiannya tersasar jauh. Nek Pah lalu terduduk di tangga rumah sambil mengesat air matanya. Ahhh.. kenapa Nek Pah buat Mel rasa rindu macam ni. Perasaan serba salah menyelubungi aku.
"Awak, kenapa Nek Pah sedih sangat saya perg?" tanya aku sejurus kami keluar dari kawasan perkampungan pekan desa itu.
"Nenek tak pernah ada cucu perempuan. Saya satu-satunya cucu yang dia ada, mak dan abah saya pun dah lama meninggal. Hanya nenek yang saya ada kat dunia ni" balas Rahimi yang sedang fokus menghadap jalan di hadapan.
"Sorry" bersalah aku dibuatnya apabila mengetahui dia merupakan anak yatim.
"Saya dah biasa" balasnya sambil tersenyum kepada aku.
"Ouh ya, by the way kan nak tanya nih, awak tak pergi sekolah ke sepanjang menjaga dan menemani saya ni? Minggu ni kan exam? " tanya aku sedikit hairan.
"Kalau saya bagitahu awak , tolong jangan terkejut"
"Erm, okay" balas aku sedikit teruja.
"Saya merupakan penyiasat bahagian MX015 persekutuan Malaysia, saya dihantar oleh seseorang yang tidak bernama untuk menjaga awak. Dari umur awak 15 tahun, saya dah mula menjejaki awak dan akhirnya decide untuk satu sekolah dengan awak. Fake identity semuanya diuruskan oleh Bahagian Siasatan dan Forensik , saya hanya menjalankan tugas untuk menjaga awak. By the way, my actual age is 24 years old"
Agak-agak ah bro nak memain ngan aku plak eh. Aku macam nak tulis je lawak dia tu kat atas kertas. Nak gelak tapi macam tak leh. Ni antara lawak terhambar aku pernah dengar.
"HAHAHAHAHAHAHHAHA" balas aku dengan ketawa paksa + perli.
"Awak fikir saya main-main ke?, ok fine. Now open up the back seat kat belakang tu, tengok apa yang ada"
Uwauuu! Nih seriously macam spy punya gadget and everything lah! Ada gun but the small one like in Men In Black movie yang Will Smith pegang, and then theres an electric gun, lipstick gun i guess? Eh , lipstic laser! Woah! That was so superb fantastic!
"Bukak bahagian depan awak ni pulak" tegur Rahimi apabila melihat keterujaan aku.
Oh my God! There's a laptop! Canggih punya lah! Woah! I feel like a real spy right now HAHA! Ok aku bukak laptop canggih yang kebiasaan dilihat dalam movie-movie but this one , i got the chance to see and use it! Muahehehe!
Welcome Back Mr Rahimi, This Are Your Mission
-Find out who the killer
-Save Melysa and protect herWe Will Update Your Mission In a Few Days More. Thank you and Good luck :-) - MX015
Secara automatiknya laptop itu membuka misi yang sedang dijalankan oleh Rahimi apabila aku memegang punat On dan selepas beberapa minit menyiarkan misi, laptop itu tutup kembali dengan sendirinya dan masuk balik ke dalam ruang hadapan kereta.
"That was so great Rahimi! And honestly i am so freaked out! So, you are here to save me right? And you will be my spy partner huh? Don't you worry after what happened to Keysha? I don't want the same thing happen to you. I will try my best deciphering and end it up" ucap aku selepas mengetahui kebenaran Rahimi masih setia menjaga dan melindungi aku.
"Hey, don't say like that ! You are actually my Spy Partner because I am the boss here right now haha. Its okay , its alright. As you know, i was sent to help u . Till now, i still don't have any idea who's the one who paid me to do this. So, buckle up and enjoy the ride because my Gen2 will transform to be Ferrari 01X! " punat kecil di tepi pintu kereta ditekan dan dengan serta merta kereta itu telah berubah.
Vrooooommmm! Laju sahaja kereta itu memecut. Rasanya dah sampai kat Subang Jaya dah ni. Mana tak nya, dari tadi Rahimi bawak macam pelesit, selit sana sini. Nasib baik tak terjadi apa-apa.

ANDA SEDANG MEMBACA
HINGGA KE AKHIRNYA
Mystery / ThrillerAku sendiri buntu dengan kehidupan aku. Hingga ke akhirnya kah akan begini? Terseksa minda dan fikiran. Tanpa arah dan tujuan yang kukuh aku teruskan perjuangan. Aku tahu aku akan jatuh akhirnya. Namun, jatuh aku itu tanda kebangkitan aku. - SABRIN...