"Mely, why do u have to be late..? We've been waiting for half an hour in the car and u still in the house..? It's 11.30 pm now. We have to go back now, RIGHT NOW.!" Kata ibu dengan nada yang agak marah di dalam telefon
Aku kembali mengemas barang - barang yang berselerak tanpa suara walaupun aku tahu Abang Yin sedang memandang . Aku tak berani mahu bertanya apa-apa kerana khuatir Abang Yin akan bertindak berani dengan memegang aku.
"Mely.. " panggil Abang Yin dengan nada yang agak sedih.
" Sorry Abang Yin, i've no time to talk to you right now , i've to go back home. Maybe nextime. Bye Abang Yin!" aku membalas sambil mengorak langkah laju menuju ke luar pintu rumah.
Masuk sahaja ke dalam kereta, abah menghembus nafas kecil manakala ibu hanya duduk terdiam. Mungkin marah kerana sikap aku yang suka menangguhkan masa. Aku tahu bahawa esok Abah akan ke Australia atas urusan kerja dan flight akan bertolak pada pukul 6 pagi dan kami harus berada di sana dalam pukul 4.30 pagi untuk check-in dan sebagainya.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah, hanya alunan lagu yang memecahkan kesunyian yang ada. Ibu yang selalunya rancak bercerita juga hanya duduk terdiam dan abah hanya menumpukan kepada pemanduannya sahaja. Aku tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Takkanlah sebab aku lambat sahaja..?Nasib baik aku sudah menunaikan solat Isyak sebelum ke rumah Uncle Simon tadi dan tiba sahaja di rumah, aku terus ke bilik dan baring di atas katil untuk tidur. Walaupun tudung masih di kepala, baju blouse yang masih dipakai, aku tak mampu menahan rasa ngantuk ini dan terus tidur sambil minda masih mentafsirkan situasi aneh yang berlaku di rumah Uncle Simon tadi.
100 hari sebelum SPM dan aku sudah menghabiskan banyak latihan-latihan topikal dan past year questions. Perasaan bersedia sudah ada dalam diri cuma aku tidak mahu terlampau yakin kerana perasaan over confident merupakan suatu yang memberikan kesan negatif semasa menjawab peperiksaan.
Hari ini iaitu hari Rabu merupakan perjumpaan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan aku dikehendaki untuk stayback di sekolah kerana aku menggalas jawatan pengerusi dan segala aktiviti adalah di bawah pengawasan dan pengedalian aku. Perjumpaan hari ini sebenarnya adalah untuk mempelajari cara membuat CPR dengan cara yang tepat dan membuat bandage pada anggota badan yang patah. Aktiviti ini merupakan antara kegemaranku kerana aku dapat mempelajari teknik yang betul untuk menyelamatkan orang lain. Memang dari dulu lagi aku bercita-cita tinggi untuk menjadi doktor. Oleh itu, Unit beruniform PBSM merupakan yang paling sesuai untuk aku mengorak langkah menjadi seorang doktor yang berkaliber.
"Mely, can you please inform this student to see me right now..? Thank u" minta cikgu Liza pada aku sambil menyerahkan kertas kecil.
Sebenarnya aku paling tak suka skip class pi mana-mana. Even for 10 mins! I seriously dont like it! Cikgu Liza ajar aku subjek Biologi dan aku nih kira seperti intan payung dia haha. Selalunya Cikgu Liza akan ajak aku makan luar kalau dia nampak aku stayback kat sekolah. Itu yang menyebabkan kalau Cikgu Liza minta aku buat apa sahaja yang tidak melanggari syarak , aku akan buat. Hahaha.
Okey, so berbalik pada kertas diberi tadi. Aku lihat nama kelas " 5 Parasit " yang tertera pada kertas. Kelas tu dekat atas sekali wooo! Penatnya nak naik. Well, sebab kelas aku kat ground floor je haha. Nak tak nak aku kena naik jugak sbb ini permintaan dan arahan Cikgu Liza kesayanganku.
' SURAT PEMBERIAN BIASISWA UNTUK PELAJAR YANG KURANG PENDAPATAN KELUARGA. ' Siapa punya eh rasanya..? Kesiannya aku kat dia. Takpe lah, aku memang nak panggil budak ni pun, so alang-alang tahu jugak nanti.
Hokeyh, dah sampai depan kelas 5 Parasit dan semua macam dalam keadaan huru-hara dengan berlarinya, berjogetnya, isyh macam-macam! Diri tuh dah Tingkatan Lima, ada lagi ghupernya perangai cam budak-budak!
'Ttock.... ttock...' aku ketuk pintu dengan agak kuat sedikit supaya kanak-kanak yang berada dalam kelas itu sedar akan kewujudan orang lain. Tak DILAYAN.
"Assalammualaikum!" Suara aku kuatkan sedikit.
"Ha, u nak apa dan nak panggil siapa err?" Ketua kelas 5 Parasit keluar dan bertanya.
"Nak jumpa budak nih" balas aku acuh tak acuh sambil menyerahkan surat yang diberi Cikgu Liza.
"Oh rahimi ghupernya eehhhhhhh, hamboih dah pandai dah u ni Mely aww awww awww" kata Joyah a.k.a ketua kelas 5 parasit.
" Rahimi oo rahimi! Meh sini jap ada awek cun nak jumpa. Hihik " kata Joyah berseloroh.
"Yes..? What can i help u..?" Tanya Rahimi sambil memandang tepat ke mataku.

YOU ARE READING
HINGGA KE AKHIRNYA
Gizem / GerilimAku sendiri buntu dengan kehidupan aku. Hingga ke akhirnya kah akan begini? Terseksa minda dan fikiran. Tanpa arah dan tujuan yang kukuh aku teruskan perjuangan. Aku tahu aku akan jatuh akhirnya. Namun, jatuh aku itu tanda kebangkitan aku. - SABRIN...