BAGAIMANA 1

371 10 4
                                    

PUAN Julia masih menanti jawapan daripada anak lelakinya, Iskandar. Duda anak satu. Jawapan yang mungkin sampai bila-bila pun lelaki itu akan menolak. Muka Iskandar masih direnung dengan penuh harapan. Senyuman yang ditayang dari wajah itu penuh tanda tanya.

"Lia, come here. Papa nak tanya sesuatu pada my only daughter ni." Iskandar memanggil anak perempuannya yang berusia lima tahun itu agar datang kepadanya.

Terkedek-kedek Alia berlari anak menuju ke arah Iskandar sambil tersenyum riang.

"What is it, papa?" Petah si kecil menyoal apabila dia sudah pun berada di dalam dakapan lelaki itu. Mata polosnya merenung pada wajah Iskandar dengan terkebil-kebil.

Iskandar tersenyum lebar. Dahi Alia dikucup lembut. "Lia nak mama baru tak? If you want, papa akan terima cadangan nenek untuk kahwin dengan wanita pilihan nenek." Sekilas mata lelaki itu melirik pada Puan Julia. Kemudian, beralih kembali pada Alia.

"Kenapa Lia yang di tanya? Mommy nak jawapan dari Is, bukan Lia. Lagipun, Lia perlukan seorang mama untuk berikan kasih sayang pada dia," pintas Puan Julia sebelum sempat si kecil menjawab pertanyaan lelaki itu. Dia geram kerana Iskandar sering menolak cadangannya. Walhal, anak lelakinya itu selalu sahaja sibuk di pejabat sehingga Alia di abaikan.

Kata sayang, tapi sibuk dengan kerja! Marah Puan Julia di dalam hati.

"Yelah, kalau Lia setuju nak mama baru. Yes, Is akan kahwin. If not, Is tak kan terima cadangan mommy. Hati Lia pun Is kena hormati walaupun dia masih kecil," bidas Iskandar dengan riak selamba.

"So, my baby. What do you think? Baby setuju ada perempuan lain gantikan tempat mama?" Sengaja soalan itu diajukan sebegitu. Iskandar menahan senyum tatkala melihat muka kelat ibunya.

Puan Julia mendengus geram. Dia tahu Iskandar sengaja menutur ayat dan soalan seperti itu agar Alia keliru dan berfikir bahawa ada orang yang akan menggantikan tempat arwah ibunya. Namun, dia tetap sabar menanti jawapan daripada cucunya itu.

Alia memegang dagu sambil jari telunjuk diketuk-ketuk ke bibir. Bola matanya berputar ke seluruh siling rumah agam itu dengan dahi yang berkerut nipis. Iskandar tertawa melihat gelagat si kecil.

Comel. Salin tak tumpah macam arwah isterinya, Fatehah.

"Eemm... I think I want new mama. Papa kahwin, Lia dapat kawan baru. Lepas tu, dapat adik baru. Kan nenek?" Mata Alia beralih pada Puan Julia sambil dia berlari anak menghampiri wanita itu.

Lebar senyuman Puan Julia apabila mendengar jawapan dari Alia. "Yes. Kalau papa kahwin, Lia ada mama boleh jaga Lia. Lepas tu nanti, mama baru boleh bagi Lia adik," puas hati Puan Julia tika ini. Matanya dikalih memandang pada Iskandar sambil tersenyum menang.

"So, Is setuju untuk kahwin dengan anak Mak Uteh tu?" Tanpa menunggu, soalan itu terus diajukan pada Iskandar. Beberapa ketika lelaki itu masih berdiam diri dan akhirnya dia mengangguk perlahan.

Tiada pilihan lain, Iskandar terpaksa bersetuju dengan cadangan Puan Julia kerana Alia sendiri yang mahu. Jika tidak, dia tetap dengan pendiriannya. Tidak akan berkahwin lain kerana dalam hatinya hanya ada Fatehah.

Teha, maafkan abang. Hati kecil Iskandar berdetik sayu.

"Alhamdulillah. Finally, your papa setuju Lia. Thank you baby. Nanti nenek bawa Lia jumpa dengan mama baru." Pipi Alia dikucup berkali-kali. Lalu Puan Julia angkat punggung dan bangun dari situ.

"Tapi, bagi Is jumpa dan bercakap dengan dia dulu. Boleh?" Soal Iskandar dengan nada yang sedikit bergetar.

"Sure and of course mommy akan temukan Is dan Yasmin untuk berkenalan. And don't put high expectation pada Yasmin. Sebab dia cuma gadis kampung yang tak berpelajaran tinggi. Tapi, mommy berkenan dengan dia sebab mommy percaya dia boleh jaga Alia dan bakal cucu-cucu mommy dengan baik," panjang lebar Puan Julia menjelaskan tentang gadis yang bernama Yasmin itu. Dia tidak mahu Iskandar mengharapkan rupa paras dan pendidikan yang terlalu tinggi terhadap pilihannya.

BAGAIMANA (EBOOK)Where stories live. Discover now