TEASER BAGAIMANA 24

274 4 0
                                    

"Lepas ni, boleh tak jangan tegur abang depan Alia. Malulah abang, Min marah abang," bisik Iskandar ke telinga Yasmin. Nadanya kedengaran manja. Saat tangannya cuba melingkari pinggang si isteri, pantas sahaja Yasmin mengelak dan pergi ke tempat lain.

Iskandar ketawa kecil melihat gelagat Yasmin. "Abang tak marah Min pun, Min nak merajuk dengan abang?" Soalnya.

Namun, Yasmin tetap tidak membalas kata-kata lelaki itu. Entah apa yang dia rasakan sekarang. Perasaan bercampur baur. Rasa bersalah menyelinap masuk ke dalam hatinya.

"Abang balik awal ni nak tolong Min masak. Tapi, kalau Min tak larat, abang oder je. Min boleh masak tak?" Soal Iskandar lagi. Dia tidak mahu memanjangkan isu yang tadi. Bimbang Yasmin terasa hati dengannya.

"Boleh," jawab Yasmin acuh tak acuh. Sejak beberapa hari ini, alahannya menghilang. Dia sendiri tidak pasti kenapa. Namun, segalanya tidak diberitahu pada Iskandar kerana dia beranggapan perkara itu normal untuk setiap wanita yang mengandung.

"Abang kesian Min pregnant. Alahan lagi. Abang takut Min tak larat," Iskandar cuba menghampiri Yasmin sekali lagi.

"Pergilah naik. Mandi. Tukar baju. Saya nak hidangkan makanan tengah hari ni," arah Yasmin tatkala melihat Iskandar mula menghampirinya. Dia tidak selesa. Ditambah pula dengan rasa bersalah kerana menegur lelaki itu di depan Alia tadi.

Iskandar mengeluh kecil. "Abang nak peluk Min sekejap," pinta lelaki itu. Yasmin diam tidak memberi respon.

"Tadi kemahuan Alia abang tunaikan. Tak kan kemahuan abang Min nak abaikan? Abang pun nak perhatian juga," rungut Iskandar. Wajahnya sudah berubah suram. Nadanya juga kedengaran sedikit sayu.

Yasmin terkebil-kebil sambil bibirnya digigit lembut. Sungguh semakin rasa bersalah itu menyusup masuk ke tangkai jiwanya saat ini. Kemudian, perlahan dia memusing tubuhnya menghadap Iskandar. Wajahnya ditunduk ke lantai.

Bibir Iskandar mengukir senyum nipis. Sedikit sebanyak, Yasmin sudah mula menampakkan perubahan sikapnya. Mungkin hati wanita itu sudah sedikit terpujuk. Mungkin!

"Boleh ke abang peluk Min sekejap?" Soal Iskandar seakan meminta kebenaran. Matanya terpasak pada muka isterinya. Perlahan wanita itu mengangguk tanda memberi keizinan tubuhnya dipeluk. Iskandar terus tersenyum lebar. Tidak menunggu lama, kakinya melangkah besar mendekati Yasmin.

Tubuh kecil itu dipeluk seeratnya. Wajah dibenam ke leher Yasmin sambil menghirup bauan dari tubuh si isteri. Tenang sungguh dirasakan saat ini. Haruman tubuh Yasmin seakan vitamin buat dirinya. Degupan jantung yang berirama tenang itu juga membuatkan Iskandar terbuai. Seakan lagu yang mendodoi tidurnya. "Abang rasa tenang sangat setiap kali peluk Min," luah Iskandar. Yasmin tetap diam membisu.

Pelukan dilepaskan perlahan. Iskandar menatap wajah Yasmin sepuasnya. "Abang cintakan Min. Abang harap, Min balas cinta abang sebab hati abang ni terseksa sangat bila Min bersikap dingin dengan abang." Masih sahaja Iskandar cuba meraih maaf daripada wanita itu. Namun, respon Yasmin tetap sama. Diam membisu.

"Min langsung tak sayang abang eh?" Soal Iskandar lagi.

Diam.

"Kalau abang mati, Min sedih tak?"

Diam.

Iskandar kecewa tatkala melihat tiada respon langsung daripada Yasmin. "Takpa, kalau Min tak boleh maafkan abang. Lepas ni, setiap kali lepas solat, Min doa abang mati cepat. Supaya abang tak ganggu Min lagi," sambung Iskandar dengan nada rajuk.

Alis mata Yasmin berkerut nipis. Geram dengan cara lelaki itu meraih simpati. Dia merengus kecil. "Dah banyak amalan ke nak mati?" Sinis soalan itu keluar dari mulutnya.

Iskandar tersentap. Senyumannya ditahan. Sejak akhir-akhir ini, ayat yang keluar dari mulut wanita itu bisa sentiasa. Menusuk ke dalam hatinya. Namun, dia tetap sabar dan mendengar setiap luahan hati Yasmin kerana dia tahu, itu sahaja cara untuk mereka berbaik semula. Diam dan sabar.

"Memanglah amalan tak cukup. Tapi, apa guna abang hidup kalau isteri sendiri membenci," terkeluar sudah ayat romantis meraih simpati tahap drastik dari Iskandar. Dia tidak peduli jika Yasmin merasa dia terdesak untuk mendapatkan kemaafan. Sungguh, dia terdesak dan mendesak agar dimaafkan.

Yasmin tarik muka masam. Sedikit pun tidak terbit manis diwajahnya.

"Kesian papa, baby. Mama tak nak maafkan papa," manja nada suara Iskandar seolah mengadu pada bayi di dalam kandungan Yasmin. Lalu tangannya naik mengusap perut si isteri. Tak sempat Yasmin mengelak. Mahu atau tidak, dia membiarkan sahaja lelaki itu mengusap lembut perutnya.



PROMOSI MERDEKA HANYA RM 8 UNTUK SETIAP EBOOK KELUARAN AHCPUBLICATION

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PROMOSI MERDEKA HANYA RM 8 UNTUK SETIAP EBOOK KELUARAN AHCPUBLICATION. SAH SEHINGGA 12 MALAM ini SAHAJA. BOLEH FOLLOW IG @ahcpublication untuk maklumat lebih lanjut tentang promosi EBOOK!!!

BAGAIMANA (EBOOK)Where stories live. Discover now