BAGAIMANA 3

147 10 0
                                    

PERTAMA kali Yasmin menjejakkan kakinya ke rumah banglo milik Iskandar. Dia kagum saat melihat suasana banglo lelaki itu. Halaman yang luas dan cantik. Di hiasi dengan pemandangan yang cukup indah di mata Yasmin.

"Mama Min, ni lah rumah Alia dengan papa. Cantik tak?" Soal Alia. Dia mendongak melihat pada wajah Yasmin sambil tersenyum ceria.

Yasmin mengangguk tanda setuju. "Cantik sangat. Mama tak pernah duduk rumah besar macam ni tau." Balas Yasmin. Perasaannya sedikit teruja.

Iskandar yang melihat akan gelagat kedua-duanya hanya tersenyum segaris.

"So, my princess. Pergi tunjuk bilik Alia pada mama," arah Iskandar dengan kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Yasmin dan Alia memandang serentak pada Iskandar. Kedua-duanya tersenyum pada lelaki itu.

"Jom mama. Tengok bilik Alia pula." Alia menarik tangan Yasmin agar mengikutnya naik ke bilik.

"Aaa... Wait, baby. I think I want to talk with mama for a while. Alia naik bilik dulu boleh?" soal Iskandar tiba-tiba teringat tentang syarat yang mahu di beritahu pada Yasmin sepanjang dia tinggal di situ.

Terus terhenti langkah Yasmin. Dia menoleh pada suaminya dengan dahi yang berkerut nipis. Wajah Alia sudah masam mencuka.

"Ala, papa... Can you talk with mama later? Now, I want to show mama my room," rungut Alia dengan bibir yang memuncung. Yasmin tersenyum melihat gelagat Alia lantas dia cuba memujuk si kecil. "Alia tunggu mama dekat atas dulu. Kejap lagi mama naik. Sekejap je mama cakap dengan papa. Okay?" Lembut sahaja tutur bicara Yasmin terhadap anak tirinya itu. Namun, Alia tetap memasamkan wajahnya tanda protes.

"Please, Alia. Listen my word...," Nada Iskandar sedikit keras. Geram apabila Alia tidak mahu mendengar katanya. Riak muka lelaki itu juga kelihatan serius.

"Min tengok bilik Alia dululah. Sekejap je. Lepas tu, Min turun jumpa abang semula." Kata Yasmin setelah melihat kedua-dua beranak itu tidak mahu mengalah. Dia tidak mahu Alia dimarahi oleh Iskandar.

Iskandar ketap bibir geram dengan matanya di bulatkan ke arah Alia. Jari telunjuk dihala lurus pada anak perempuannya itu seakan tanda amaran. Kemudian, dia terus berlalu pergi dari situ.

Yasmin menggeleng melihat sikap keras Iskandar terhadap Alia.

"Papa mad. Tadi, papa yang suruh Alia bawa mama tengok bilik Alia. Papa tak ikut turn!" Bentak Alia. Wajahnya juga masih masam mencuka.

Yasmin tertawa geli hati. "Takpa. Nanti mama pujuk papa. Sekarang, kita tengok bilik Alia. Mama tak sabar nak tengok. Mesti cantik sangatkan?" Yasmin cuba mengalih perhatian si kecil daripada terus dikuasai amarah.

Terus terbit senyuman dari bibir Alia saat mendengar kata-kata Yasmin. "Jom!" Tangan Yasmin ditarik dengan cepat. Mereka berdua berlari anak menuju ke anak tangga bilik.

Terdengar gelak tawa Yasmin dan Alia saat mereka mendaki anak tangga.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BAGAIMANA (EBOOK)Where stories live. Discover now