TEASER BAGAIMANA 19

216 4 0
                                    

"MAMA dengan papa dah kawan balik ke?" Soal Alia dengan riak polos. Wajah Iskandar dan Yasmin dipandang silih berganti.

Iskandar tersenyum sambil dia menatap wajah anaknya. "Papa dah minta maaf dekat mama, dah pujuk mama. Tapi, mama tak nak maafkan papa. Dan masih merajuk dengan papa," selamba sahaja ayat itu ditutur Iskandar. Bibirnya juga sengaja dimuncungkan. Muka sedih ditayangkan bersama.

Yasmin ketap bibir menahan geram tatkala mendengar jawapan dari mulut lelaki itu. Dia tahu Iskandar sengaja mahu menggunakan Alia untuk memujuknya.

"Mama merajuk dengan papa lagi ke?" Soal Alia.

Yasmin tersenyum pahit. "Alia cepat makan. Lepas ni mandi. Kejap lagi kita nak mengaji," balasnya mengalih topik perbualan.

Iskandar tersenyum nipis. Matanya beralih pada si isteri. Jelas wajah wanita itu masih suram dan tidak ceria seperti sebelumnya. Dia tahu Yasmin masih belum memaafkan dirinya.

"Mama tak jawab lagi soalan Alia. Mama masih merajuk dengan papa ke?" Soal Alia masih tidak berpuas hati. Bersungguh-sungguh dia memandang wajah Yasmin mahukan jawapan.

"Alia makanlah. Kita bagi mama masa ye. Nanti papa pujuk mama lagi," celah Iskandar saat melihat wajah Yasmin yang serba salah saat soalan itu masih diajukan padanya.

Alia menoleh pada Iskandar dengan wajah yang cemberut. "Tak best lah macam ni..." gumam Alia perlahan. Namun, cukup untuk halwa telinga Yasmin menangkap butir bicara itu. Tetapi, tetap sahaja dia diam membisu tidak menjawab pertanyaan Alia. Sungguh, hatinya masih sedih dengan apa yang berlaku. Dia sudah berjauh hati dengan Iskandar. Banyak perkara yang membuatkan dia jadi begitu. Dan kemuncaknya apabila Iskandar mula naik tangan padanya. Sungguh, kali ini tidak mudah untuk dia memujuk dirinya sendiri.

Alia tak faham apa mama rasa. Bisik hati kecil Yasmin sayu.

"Papa janji, nanti papa pujuk sampai mama tak merajuk dah," lembut sahaja nada suara Iskandar memujuk Alia. Sempat matanya melirik pada muka Yasmin.

"Mama boleh tak maafkan papa?" Soal Alia masih tidak berputus asa. Muka Yasmin ditatap dengan penuh pengharapan.

Yasmin tunduk membisu. Berat sungguh mulutnya untuk mengungkap apa-apa saat ini. Pandangan mula berbalam-balam. Nafas ditarik dalam dan dihela perlahan. Dia mengangkat mukanya menatap pada wajah gadis kecil itu. Lalu, Yasmin ukir senyum pahit. "Bagi mama masa ya. Alia doalah supaya hati mama ni sembuh semula. Sebab... mama... mama terluka sangat... sakit sangat..." ucap Yasmin. Nada suaranya seakan tertahan-tahan dari menghambur tangisnya.

Saat mendengar ungkapan itu, wajah Iskandar berubah riak. Dapat dia lihat dari raut muka Yasmin yang wanita itu masih bersedih dengan apa yang berlaku.

Alia yang melihat riak sedih Yasmin, terus bangun dari duduknya dan menerpa ke arah Yasmin. Tubuh wanita itu dipeluk erat. "Mama janganlah nangis. Alia minta maaf. Alia janji Alia tak susahkan mama lagi. Sebab Alia mama dengan papa bergaduh. Mama jangan tinggalkan Alia!" Tangis gadis kecil itu terhambur keluar.

Yasmin panik. Dia terkejut dengan reaksi Alia. "Bukan sebab Alia. Mama janji, mama tak akan tinggalkan Alia," ucapnya sambil membalas pelukan si kecil.

Iskandar tarik nafas dalam. Dia merasa bersalah kerana apa yang berlaku berpunca daripada dirinya sendiri. "Abang minta maaf." Ucap Iskandar dengan nada yang sayu. Dia turut bangun dari duduknya, lalu menghampiri Yasmin dan Alia.






PROMOSI UNTUK EBOOK BAGAIMANA BERMULA PADA TARIKH 10 OGOS 2022 SEHINGGA 17 OGOS HANYA RM 8 (HARGA ASAL RM 13) SAHAJA. BOLEH WASSAP DINOMBOR 011-7482 2985 (ADMIN AHCPUBLICATION). Dapatkan sekarang dengan harga promosi.

BAGAIMANA (EBOOK)Where stories live. Discover now