BAGAIMANA 2

161 9 0
                                    

ISKANDAR melorek senyum paksa pada susuk tubuh gadis yang ada di depannya. Entah mengapa dia merasa gementar saat memandang pada sepasang mata redup milik gadis yang bernama Yasmin itu. Kulit Yasmin kelihatan mulus dan putih bersih. Sedikit pun tidak tercela dengan apa-apa kesan parut atau luka. Tanpa make up yang berlebihan, gadis itu kelihatan begitu cantik di mata Iskandar.

Iskandar tersedar dari lamunan saat Yasmin berdehem kecil. Lantas, dia mengalih matanya ke arah lain. Bergetar lagi jantungnya saat ini.

"Haa... Is, ni lah Yasmin. Bakal isteri Is. Nak tanya apa-apa, tanyalah." Puan Julia bersuara.

Iskandar teguk air liur dengan kasar.

Tak kan mommy nak aku berbual depan orang ramai ni. Hati kecil Iskandar bersuara.

Yasmin pula tersipu-sipu memandang pada Puan Julia. Wajahnya menunduk menekur karpet ruang tamu.

"Aaa... Takda apa Is nak tanya. Nanti-nantilah," ayatnya seakan dikulum. Antara dengar dengan tidak. Iskandar mula tidak senang duduk apabila semua mata tertumpu padanya. Dia tidak selesa.

"Haa... Takpalah kalau macam tu. Ada masa sebulan lagi nak kenal-kenal. Masa beli hantaran nanti, korang berdua keluarlah sama-sama." Sambung Puan Julia lagi. Semua yang berada di situ terangguk-angguk setuju dengan cadangan daripada Puan Julia itu.

"Nanti kita bincang semula segala persiapan ye, Kak Uteh." Puan Julia memandang pula pada ibu Yasmin. Wanita separuh abad itu sekadar mengangguk tenang.

"Kalau begitu, kami minta diri dulu." Celah ayah Iskandar, Tuan Hamidi. Lantas mereka bersalaman sesama sendiri.

Sempat Iskandar melirik pada susuk tubuh Yasmin sekali lagi. Kecil sahaja orangnya. Manis dan comel. Iskandar sekadar mengukir senyum nipis.

Dari tempat dia berdiri, Iskandar melihat anaknya, Alia menghampiri Yasmin. Dan mereka seakan sedang berbual mesra. Iskandar sedikit terkejut apabila Alia mengucup pipi Yasmin. Sepertinya Alia sudah selesa dengan gadis itu.

"Alia!" Iskandar memanggil Alia sambil berjalan ke arah anaknya. Memang dia sengaja mahu melihat gadis itu dengan lebih dekat.

Serentak mata Alia dan Yasmin memandang pada Iskandar. Serta merta bibir gadis itu mengukir senyum manis. Iskandar terpana seketika. Dia cuba mengawal detak jantung yang mula tidak berarah saat gadis itu tersenyum.

"Papa, Mama Min is pretty, right?" Petah Alia memuji gadis itu membuatkan wajah Yasmin merona merah. Tersipu-sipu Yasmin menyembunyi senyum. Gadis itu membongkokkan sedikit badannya pada Alia.

"Terima kasih, Alia. Alia pun cantik sangat hari ni. Macam princess," Yasmin turut memuji Alia sambil diperhatikan oleh Iskandar.

"I'm the princess of papa's heart!" Alia menjerit kecil lantas dia memeluk kaki Iskandar.

Yasmin tersenyum lebar. Dia berdiri tegak semula. Wajah Iskandar dipandang. Beberapa ketika mata mereka bertaut. Yasmin juga merasa debaran di dadanya sedikit kuat dari tadi. Namun, dia cuba mengawal reaksi wajahnya yang terasa seakan membahang. Saat senyuman Iskandar terukir, Yasmin menjadi semakin tak keruan. Hujung bibir digigit lembut. Terus dia menundukkan wajahnya menekur lantai papan rumah. Malu untuk menatap wajah lelaki itu dengan lebih lama.

"Banyak perkara yang I nak cakapkan pada you sebelum kita kahwin." Sebaris ayat itu meluncur keluar dari mulut Iskandar. Getaran nadanya terasa dihujung ayat.

I? You? Gerutu hati Yasmin. Dia angkat wajahnya semula memandang pada batang tubuh Iskandar.

"Perkara apa tu?" Lembut sahaja intonasi itu dialunkan.

BAGAIMANA (EBOOK)Where stories live. Discover now