YASMIN terdiam saat doktor wanita itu mengucapkan tahniah pada dia dan Iskandar. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Sekilas dia memandang pada wajah Iskandar yang tersenyum lebar. Nampak benar lelaki itu gembira dengan berita itu.
Tetapi, jauh di sudut hati Yasmin, dia bimbang jika Iskandar hanya berpura-pura gembira. Sedangkan sebelum ini, lelaki itu pernah menyatakan yang dia tidak mahu wanita lain memberikan dia zuriat selain arwah isterinya sendiri.
Riak wajah Yasmin yang suram itu membuatkan Iskandar tertanya-tanya. Namun, persoalan itu di simpan dahulu. Lantas tangan Yasmin digenggam dan dikucup lembut.
Yasmin tersentak dengan tindakan Iskandar. Wajahnya merona merah. Malu diperlakukan sebegitu di depan doktor dan pembantunya.
"Tahniah sekali lagi Encik Iskandar dan Puan Yasmin. Puan jaga diri baik-baik. Untuk trimester pertama ni, perlu banyak berehat dan makan makanan sihat. Kurangkan pengambilan gula dan makanan ringan. Lebihkan sayuran dan vitamin." Pesan doktor itu dengan nada lembut. Senyuman turut terukir dibibirnya.
Yasmin terpinga seketika. Namun, bibirnya tetap mengukir senyum lantas dia mengangguk perlahan tanda faham.
"Terima kasih, doktor." Ucap Iskandar masih dengan nada terujanya. Kemudian, mereka bangun dan keluar dari ruangan itu. Setelah mengambil vitamin yang dibekalkan oleh pihak klinik, mereka kembali ke parkir kereta. Kerusi roda ditolak ke pintu penumpang. Setelah itu, Iskandar mencempung tubuh Yasmin dan didudukkan ke kerusi kereta. "Min tunggu kejap. Abang pulangkan wheelchair ni semula," pesan Iskandar.
Beberapa minit kemudian, Iskandar kembali dan dia masuk ke dalam perut kereta. Sebelum enjin di hidupkan, Iskandar menoleh pada wajah Yasmin. Tangan wanita itu diraih dan dikucup bertalu-talu. "Terima kasih sebab sudi mengandungkan zuriat abang," ucap Iskandar dengan ikhlas.
Namun, reaksi Yasmin sedikit pun tidak terlihat gembira. Sebaliknya wajah wanita itu kelihatan begitu suram.
Yasmin menarik tangannya dari genggaman Iskandar. Nafas digali dalam-dalam cuba menenangkan gelora dihatinya saat ini. Dipejam kejap matanya.
Alis mata Iskandar berkerut nipis. "Kenapa, sayang? Min nampak tak gembira." Akhirnya soalan itu terluah jua dari mulut Iskandar.
Yasmin bungkam seribu bahasa. Susah untuk dia luahkan perasaannya saat ini. Dia keliru. Keliru dengan perasaan sendiri.
"Min, abang happy Min pregnant. Abang memang mahukan anak daripada Min. Abang tahu, Min masih ragu-ragu dengan cinta abang. Tapi, percayalah, abang cintakan Min, dan abang nak bina keluarga baru bersama Min dan Alia." Kata-kata itu ditutur satu per satu agar Yasmin yakin dengan luahannya.
"Kandungan ni... takda makna buat saya," jawab Yasmin dengan suara yang bergetar.
Iskandar terpempan dengan balasan Yasmin. Dia cuba menghadam kata-kata Yasmin. "Min cakap apa ni?" Soalnya kembali. Dia berharap wanita itu mengubah semula kata-katanya.
"Anak dalam ni, bukan terlahir dari rasa cinta. Tapi, sebab rasa tanggungjawab. Awak sendiri tak nak saya mengandungkan anak awak. Awak lupa apa yang awak cakap pada mommy sebelum ni? Jadi, apa makna kandungan ni pada kita berdua? Takda makna..." nadanya ditekan dalam.
Iskandar merengus kasar. Sungguh dia tidak sangka hati Yasmin sekeras ini. Atau memang sejak dari dulu lagi sikap wanita itu sebegitu? Entah. Dia sendiri tidak pasti.
Malas mahu terus berbalah, Iskandar menghidupkan enjin kereta dan terus memandu pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan pulang, suasana didalam kereta senyap sunyi. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
PROMOSI UNTUK EBOOK BAGAIMANA BERMULA PADA TARIKH 10 OGOS 2022 SEHINGGA 17 OGOS HANYA RM 8 (HARGA ASAL RM 13) SAHAJA. BOLEH WASSAP DINOMBOR 011-7482 2985 (ADMIN AHCPUBLICATION). Dapatkan sekarang dengan harga promosi.
YOU ARE READING
BAGAIMANA (EBOOK)
RomanceIskandar, duda anak satu yang kematian isterinya beberapa tahun lalu. Dia didesak oleh ibunya sendiri Puan Julia agar mendirikan rumah tangga buat kali kedua supaya cucunya, Alia mendapat kasih sayang daripada seorang wanita yang bergelar ibu. Namun...