TEASER BAGAIMANA 16

211 5 0
                                    

"I tahu you marah pada I. I... I minta maaf sebab... sebab tampar you," ayat itu diucap penuh ikhlas. Namun, Yasmin tetap sahaja kaku membeku tanpa sebarang respon. Memandang pada wajah Iskandar juga tidak.

"Min, please say something," pujuk Iskandar dengan lembut. Pertama kalinya dia cuba memujuk Yasmin. Wajah suram wanita itu direnung dengan rasa rindu.

"I miss your voice and smile. Please..." sambung Iskandar lagi masih mengharap wanita itu memberi respon padanya.

Yasmin tetap membisu. Walaupun lelaki itu memujuknya, tetap sahaja hatinya merasa kosong. Sedikit pun dia tidak terpujuk.

Iskandar cuba menghampiri Yasmin, namun, cepat sahaja wanita itu berganjak dari situ. "Yasmin!" Keras nada suara Iskandar seakan memberi amaran agar wanita itu tidak menjauhinya.

"Saya nak tengok Alia," Yasmin memberi alasan.

"I dah suruh Alia tidur dulu. Sekarang ni, I nak kita bincang," tegas Iskandar. Dia cuba menarik lengan Yasmin agar duduk kembali ke sofa. Tapi, segera Yasmin mengelak dari di sentuh oleh lelaki itu.

"Tugas saya jaga Alia. Saya cuma ikut arahan awak," perlahan sahaja kata-kata itu diucap Yasmin. Wajahnya terlihat sayu.

Iskandar merengus kasar. Dia terasa dengan kata-kata Yasmin. Namun, dia tidak mahu membidas. "Duduk, Min. Kita bercakap sekejap. I tahu you merajuk dengan I," pinta Iskandar separa merayu.

Yasmin menggeleng perlahan. "Saya tak merajuk. Dan takda apa yang perlu kita cakapkan. Benda dah lepas. Saya dah lupakan," jawabnya tanpa nada.

"Kalau you dah lupakan, you tak kan jadi macam ni. You jauhkan diri daripada I. You langsung tak nak bercakap dengan I. Pandang muka I pun tak." Luah Iskandar tanpa tertahan lagi.

Yasmin masih membisu. Hanya lelehan air mata sahaja yang menjadi jawapan bagi soalan lelaki itu. Sungguh, dia tak mampu untuk berkata-kata saat ini.

"Min... Please..." Iskandar di buru rasa bersalah apabila melihat air mata Yasmin membasahi wajah wanita itu. Tiada niat untuk dia melukakan hati isterinya lagi. Dia cuma mahu selesaikan segalanya dengan segera agar hubungan dia dan Yasmin kembali pulih seperti biasa atau jadi lebih baik dari itu.

Esakan kecil mula berlagu di bibir Yasmin. Iskandar sekali lagi cuba menarik si isteri agar mendekatinya. Namun, seperti tadi, Yasmin terlebih dahulu bertindak meninggalkan Iskandar seorang diri di situ.

"Min!" Panggil Iskandar dengan nada yang agak tinggi. Tetapi, langsung tidak di endahkan oleh Yasmin. Wanita itu naik ke bilik dengan tangisan yang menggila.

Iskandar merengus kasar sambil merebahkan tubuhnya ke sofa. Wajah diraup berkali-kali. Dia merasa tertekan dengan apa yang berlaku. Puas dia memujuk Yasmin sejak setengah jam yang lalu. Tetapi, wanita itu hanya diam dan tidak membalas pujukannya.

Otak Iskandar berfikir deras mencari rancangan bagaimana untuk memujuk Yasmin. Kalau boleh dia tidak mahu Yasmin menggunakan Alia sebagai alasan untuk mengelak dari berbincang dengannya.

BAGAIMANA (EBOOK)Where stories live. Discover now