BEBERAPA bulan berlalu. Hubungan antara Yasmin dan Iskandar masih begitu. Kalau dulu, Iskandar yang bersikap dingin terhadap Yasmin, tetapi, kali ini, Yasmin pula bersikap dingin terhadap Iskandar. Bukan niat dia mahu membalas, tetapi, hatinya masih belum melupakan apa yang berlaku. Seumur hidupnya, tidak pernah dia ditampar oleh sesiapa, termasuklah ibunya sendiri.
Sikap Yasmin juga berubah dan tidak ceria seperti dulu. Dia hanya sibuk melayani Alia dan menguruskan gadis kecil itu. Dan Iskandar dilayan sekadarnya sahaja.
Iskandar perasan akan perubahan sikap Yasmin. Dia tahu Yasmin masih berjauh hati dengannya. Namun, dalam masa yang sama, dia masih berusaha untuk memujuk wanita itu.
"Bulan depan, abang nak hantar Alia ke kindergarten." Ayat itu ditutur dengan tenang sewaktu mereka berkumpul di ruang tamu.
Yasmin membisu. Namun, fikirannya ligat memikirkan apakah perancangan Iskandar?
Kalau Alia dah masuk sekolah, aku nak uruskan siapa lagi? Ke, dia nak ceraikan aku? Bisik hati kecil Yasmin. Alis matanya berkerut nipis.
Lain pula reaksi Alia. Anak kecil itu kelihatan begitu teruja saat mendengar kata-kata papanya. "Seronoknya!" Alia melompat dengan girang.
"Alia happy?" Soal Iskandar. Sempat matanya melirik pada wajah suram Yasmin.
"Happy sangat! Nanti Alia ada ramai kawan!" Alia menjerit kecil dengan wajah yang begitu ceria.
"Kita kena tanya mama dulu. Mama okay ke Alia nak school?" Mata lelaki itu tepat merenung muka Yasmin.
"Okay," jawab Yasmin ringkas. Sekilas sahaja wajah Iskandar dipandang.
"Mama macam tak happy je Alia nak school?" Tebak Iskandar.
Serta merta Alia memandang pada wajah Yasmin. Lalu dia terus bertanya pada wanita itu. "Mama tak happy ke Alia nak school?" Soalnya dengan bibir yang melengkung masam.
Cepat-cepat Yasmin mengukir senyum. "Mama happy. Cuma mama fikir, nanti mama sorang-sorang dekat rumah takda kawan," luah Yasmin.
"Takpalah. Nanti Min pregnant, Alia ada adik baru, adalah kawan. Kan Alia?" Celah Iskandar dengan senyuman nakal. Yasmin merengus kecil. Tidak suka mendengar usikan sebegitu.
"Yeay! Alia nak adik girl. Nanti boleh adik main doll dengan Alia," semakin teruja gadis kecil itu tatkala mendengar kata-kata Iskandar tadi.
"Alia kena pujuk mama lah supaya cepat-cepat bagi Alia adik," Iskandar masih lagi tersenyum walaupun dia melihat muka Yasmin seakan tidak selesa dengan topik itu.
"Mama... nanti Alia nak adik girl tau. Bolehkan?"
Yasmin tersenyum hambar. "Mama pening kepala la. Mama nak berehat kejap. Mama naik atas dulu ya," terus Yasmin menolak tubuhnya bangun dari situ. Tanpa memandang wajah Iskandar, wanita itu berlalu pergi dari situ.
Iskandar melepaskan keluhan berat. Dia tahu Yasmin tidak suka setiap kali dia bercakap tentang anak.
"Mama merajuk dengan papa lagi ke?" Soal Alia dengan muka sedih. Dia duduk di ribaan Iskandar.
"Ya. Mama masih merajuk. Tapi, takpa... papa akan pujuk mama sampai mama tak merajuk dengan papa dah." Janji Iskandar. Tubuh anak gadis itu dipeluk erat sambil bibirnya mengucup pipi Alia dengan penuh rasa kasih dan sayang.
"Papa dah suka mama Min ke?" Soal Alia polos.
Iskandar tersenyum nipis. Perlahan dia mengangguk. "Mestilah papa suka mama Min. Tapi, tak bermakna, papa dah lupakan mama Alia," jelas Iskandar dengan nada yang sedikit sayu.
"Mama Min selalu cakap papa tak suka dia. Papa suruh dia jaga Alia je. Sebab tu mama Min sedih sebab Alia nak school kot,"
Berubah riak wajah Iskandar saat ini. "Mama Min cakap macam tu?" Ulangnya inginkan kepastian. Bersungguh Alia mengangguk membenarkan kata-katanya sebentar tadi.
"Kadang-kadang Alia tengok mama Min asyik termenung je. Bila Alia tanya, mama kata dia rindu mama dia dekat kampung," adu Alia lagi. Memang benar, kerap gadis kecil itu melihat Yasmin termenung jauh.
Iskandar terdiam. Dia termenung sejenak.
"Papa tak nak bawa mama balik kampung jumpa mama dia ke?" Soal Alia menerbitkan rasa bersalah di dalam hati Iskandar.
"Alia duduk sini kejap boleh? Papa nak naik atas jumpa mama,"
Alia mengangguk perlahan. Si kecil itu benar-benar berharap agar Yasmin dan Iskandar berbaik semula kerana aura rumah itu turut menjadi suram sejak Yasmin tidak ceria seperti sebelumnya.
"Thank you, baby." Dahi Alia dikucup.
Lalu Iskandar bangun dari situ dan berjalan menuju ke tangga bilik.
PROMOSI UNTUK EBOOK BAGAIMANA BERMULA PADA TARIKH 10 OGOS 2022 SEHINGGA 17 OGOS HANYA RM 8 (HARGA ASAL RM 13) SAHAJA. BOLEH WASSAP DINOMBOR 011-7482 2985 (ADMIN AHCPUBLICATION). Dapatkan sekarang dengan harga promosi.
YOU ARE READING
BAGAIMANA (EBOOK)
RomanceIskandar, duda anak satu yang kematian isterinya beberapa tahun lalu. Dia didesak oleh ibunya sendiri Puan Julia agar mendirikan rumah tangga buat kali kedua supaya cucunya, Alia mendapat kasih sayang daripada seorang wanita yang bergelar ibu. Namun...