TEASER BAGAIMANA 17

211 5 0
                                    

"MIN!" Pantas lengan Yasmin diraih kemas dan ditarik ke dalam dakapannya. Serta merta tubuh wanita itu berpusing dan mendekat pada tubuh Iskandar. Jantung Yasmin berdegup kencang apabila tubuhnya berada dalam pelukan lelaki itu. Air mata yang sedari tadi di tahan, akhirnya meleleh jua ke pipi gebunya. Namun, esakan masih cuba ditahan dari terhambur keluar.

"I... minta maaf." Sebaris ayat itu terkeluar dari mulut Iskandar. Dia benar-benar merasa bersalah dengan apa yang berlaku tempoh hari. Dia tahu Yasmin terluka. Dan entah mengapa dia mengambil masa yang agak lama untuk mengucap kata maaf.

"Takpa... Saya dah... dah maafkan... awak," tersekat-sekat suara Yasmin membalas kata-kata itu. Dia cuba menolak tubuh Iskandar menjauh darinya. Namun, rangkulan erat yang melingkari pinggang Yasmin, mengagalkan tolakan itu.

"Please, Min. We need to talk." Iskandar cuba memujuk. Jari jemarinya bergerak di sekitar pinggul Yasmin dengan lembut.

Yasmin menggeleng pantas. "Takda apa yang perlu kita cakapkan. Saya dah maafkan awak dan saya nak lupakan semuanya," Yasmin sedaya upaya mengelak dari berbicara kes tempoh hari. Dia tidak mahu terus terusan menangis di depan lelaki itu.

"Kalau you dah maafkan I, you tak akan menangis macam ni. You tak akan menangis hari-hari dalam rumah ni. I nampak semuanya. You masih jaga Alia dengan baik walaupun I... I dah buat you macam tu. I rasa bersalah," berat nada itu ditutur oleh Iskandar.

Yasmin terpempan seketika.

Nampak semuanya? Apa maksud dia? Macam mana dia tahu aku menangis hari-hari? Hati kecil Yasmin berkata. Dalam masa yang sama, dia masih cuba melepaskan diri dari pelukan yang menyesakkan dada itu.

"Lepaskan saya. Saya tahu... awak tak cintakan saya. Saya mengalah. Saya... nak undur diri," getaran dari nada suaranya cuba ditahan. Walaupun hati Yasmin saat ini bagaikan di siat-siat dengan ayat sendiri. Tetapi, dia harus sedar, hati Iskandar bukan miliknya.

"You mengalah? Saat hati I mula sukakan you, you dah mengalah?" Raut wajah Iskandar terbit kekecewaan. Tetapi, dia juga nekad akan cuba memenangi hati wanita itu kembali.

Serta merta tangisan Yasmin terhambur begitu hebat. Sudah tidak dapat disimpan lagi. Kata-kata Iskandar tiada erti lagi dihatinya. Yasmin sudah tawar hati dengan apa yang berlaku tempoh hari. Cukuplah dia merasa begitu terluka.

Yasmin menggeleng lagi dan masih berusaha melepaskan diri daripada lelaki itu. "Jangan paksa diri awak untuk sukakan saya di sebabkan rasa bersalah. Saya dah terima semuanya sebagai takdir saya, Is. Saya dah reda," teresak-esak Yasmin menutur kata-kata. Nada sayu kedengaran begitu jelas di setiap butir bicaranya.

Iskandar juga menggeleng tanda tidak mahu melepaskan rangkulan. "I juga tak kan mengalah untuk buat you cintakan I semula." Tegas Iskandar. 

BAGAIMANA (EBOOK)Where stories live. Discover now