TEASER BAGAIMANA 21

218 5 0
                                    

PERLAHAN mata dibuka. Badannya terasa letih. Yasmin menoleh sekejap ke belakang. Iskandar masih lena sambil merangkul pinggangnya. Terasa lengan sasa Iskandar seakan memeluk erat tubuhnya yang tanpa seurat benang itu.

Perlahan Yasmin mengalih tangan Iskandar. Selimut di pegang kuat menutupi dada. Yasmin cuba mengutip baju miliknya yang berselerakan di atas lantai bilik. Dalam kesamaran malam, dia menyarung baju ke badan. Kemudian, selimut dikembalikan semula pada tubuh Iskandar.

Beberapa detik dia merenung lelaki yang sedang lena itu. Hatinya menjadi sebak. Entah apa yang dia rasa saat mereka menjalinkan hubungan suami isteri.

Dia tak anggap kau isteri, Min. Dia cuma nak kau jaga Alia je. Hati kecilnya berbisik sendiri. Serta merta air matanya bergenang. Wajah juga terasa membahang. Cepat-cepat Yasmin keluar dari bilik itu. Dia tidak mahu esakannya di dengari oleh Iskandar sekaligus membuatkan lelaki itu terjaga.

Yasmin berjalan pantas masuk ke biliknya semula. Pintu ditutup rapat. Dia menyandar tubuh ke belakang pintu. Tangan naik mencengkam dada. Perit dan sesak dirasakan saat ini. Perlahan-lahan tubuhnya melorot ke lantai. Lutut dirapat ke dada sambil kedua belah tangannya memeluk erat lutut. Pandangan mata berpusat pada lantai bilik. Dia termenung dengan fikiran yang bercelaru dan perasaan yang bercampur baur.

Yasmin teringat kembali segala apa yang berlaku sehingga membuatkan dia tawar hati dengan Iskandar. Pipi yang pernah ditampar oleh lelaki itu dipegang. Dan... tangisannya terhambur keluar. Sudah tidak dapat ditahan lagi. Begitulah sikap Yasmin setiap kali dia dan Iskandar bersama. Pasti terbit kesalan selepas melakukan hubungan itu. Dia tahu, Iskandar tidak menyintainya. Tetapi, dek kerana tidak mahu dilaknat jika menolak permintaan si suami, Yasmin menurut dengan alasan tanggungjawab. Jika diikutkan rasa sakit hatinya, dia tidak mahu langsung melayani lelaki itu.

"Saya benci awak Is. Awak pergunakan saya. Saya tak kan maafkan awak," gumam Yasmin sendiri. Bukan mudah untuk dia melupakan segala perbuatan Iskandar terhadapnya. Berkali-kali dia terluka. Namun, tetap sahaja dia memaafkan lelaki itu.

Tetapi, peristiwa dia dimarahi dan ditampar di depan orang itu membuatkan Yasmin trauma. Dia masih tidak mampu lagi untuk memaafkan Iskandar. Apa yang dia lakukan sekarang hanyalah sebagai tanggungjawabnya terhadap lelaki yang bergelar suami. Itu sahaja.

Selebihnya, dia hanya serahkan pada takdir Allah. Selagi dia boleh bertahan, dia akan bertahan. Jika tidak, dia sendiri yang akan meminta perpisahan daripada lelaki itu nanti.




PROMOSI UNTUK EBOOK BAGAIMANA BERMULA PADA TARIKH 10 OGOS 2022 SEHINGGA 17 OGOS HANYA RM 8 (HARGA ASAL RM 13) SAHAJA. BOLEH WASSAP DINOMBOR 011-7482 2985 (ADMIN AHCPUBLICATION). Dapatkan sekarang dengan harga promosi.

BAGAIMANA (EBOOK)Where stories live. Discover now