TEASER BAGAIMANA 25

448 9 0
                                    

"ABANG nak tahu, sejauh mana hubungan Min dengan Aman masa dekat kampung dulu?" Soal Iskandar sebaik sahaja Aman dan teman wanitanya pulang. Yasmin melepaskan keluhan kecil. Malas mahu melayan soalan aneh-aneh daripada suaminya itu.

Tanpa menjawab pertanyaan Iskandar, Yasmin meneruskan kerja-kerja mengemas meja makan. Alia yang sudah pun lena di ruang tamu dibiarkan seketika di situ.

Iskandar geram saat melihat soalannya tidak berjawab. "Min dengar tak abang tanya ni?" Nadanya kedengaran keras.

"Saya takda apa-apa hubungan dengan dia," jawab Yasmin acuh tak acuh. Pinggan kotor yang ada di meja makan dibawa ke dapur.

"Abang tak percaya. Aman tu tengok Min macam suka dekat Min. Macam ada kenangan 'indah' antara Min dengan dia," luah Iskandar dengan rasa cemburu yang tidak dapat dibendung lagi.

Yasmin menggeleng kesal dek kerana kata-kata tidak masuk akal yang diucapkan oleh suaminya itu. Namun, dia langsung tidak membalas lagi. Malas mahu berbalah perkara yang tidak betul.

Iskandar jadi geram apabila melihat Yasmin diam. "Sayang..." lengan Yasmin diraih. Dia mahu wanita itu beri perhatian padanya.

"Saya banyak kerja nak selesaikan sebelum tidur. Boleh tak jangan ganggu saya?" Pinta Yasmin. Dia mula rimas dengan sikap mendesak Iskandar.

Sejak mereka menjalani hubungan suami isteri seperti orang lain, sikap sebenar Iskandar mula kelihatan. Romantis, manja, suka mendesak dan kuat cemburu. Dan ada lagi beberapa sikap Iskandar yang membuatkan Yasmin kembali jatuh cinta. Tetapi, dek kerana layanan dingin Iskandar sewaktu awal perkahwinan mereka, Yasmin masih berjauh hati. Kalaulah Iskandar melayaninya dengan baik sebelum ini, pasti Yasmin merasa senang dengan lelaki itu.

"Semua tu biar abang yang settel kan. Sekarang ni, abang nak Min duduk dan jawab semua soalan abang," tegas Iskandar tidak mahu mengalah.

Yasmin menjeling geram. "Saya dah cakap, saya takda apa-apa dengan kawan awak tu. Kenapa awak nak cemburu? Awak pun bukan suka pada saya kan?" 

Iskandar tersentap dengan ayat terakhir yang diluahkan Yasmin. Dia tahu Yasmin masih belum memaafkannya. "Abang cemburu! Abang cemburu! Abang cemburu!" Bentak Iskandar. Gelagatnya seperti Alia yang sedang tantrum.

Patutlah Alia macam tu. Ikut perangai dia lah ni! Rungut Yasmin di dalam hati. Namun, dalam masa yang sama, Yasmin geli hati melihat gelagat Iskandar yang membentak seperti anak kecil.

Wajah cemberut Iskandar dipandang geram. Mata mereka bertaut. Lama mereka menatap wajah antara satu sama lain sehinggalah Iskandar bersuara, "Abang cintakan Min sebab tu abang cemburu," luahnya dengan nada sayu. "Abang tahu Min masih tak maafkan abang. Tapi, abang rasa tergugat sebab Aman kenal Min. Ada lelaki lain yang kenal isteri abang dan lelaki tu pula, kawan baik abang. Tengok dia renung Min tadi, buat abang tak selesa. Kalau abang tahu, abang tak ajak dia datang rumah. Biar abang sorok Min daripada dia," sambung Iskandar lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 02, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BAGAIMANA (EBOOK)Where stories live. Discover now