TEASER BAGAIMANA 6

166 6 0
                                    

"You punya barang, apa yang tak cukup? Baju ke? Seluar ke?" Soal Iskandar pada Yasmin.

"Aa... takda. Cuma, nanti saya nak ambil tuala wanita. Boleh?" Entah mengapa Yasmin meminta izin pada lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu. Seakan janggal saat bercakap dengan Iskandar. Sepatutnya perkara itu menjadi perbualan biasa buat suami isteri. Tetapi, tidak pada Yasmin dan Iskandar.

"Boleh. Ambil je apa you perlukan. Nanti I bayar," balas Iskandar bersahaja.

"Papa, this one? " Alia mencelah sambil menunjukkan sebekas aiskrim perisa strawberi kepada Iskandar.

"Alright," Lelaki itu sekadar mengangguk.

Setelah hampir sejam mereka berada di dalam pasaraya, Yasmin dan Alia menunggu Iskandar di luar pasaraya sambil mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan itu.

Ralit Yasmin memerhatikan baju yang sedang elok terletak di sebuah patung. Dress labuh bertanah putih dan dihiasi dengan bunga-bunga kecil berwarna merah jambu itu kelihatan sangat cantik di mata Yasmin. Bibirnya mengukir senyum nipis. "Cantiknya."

Dari atas hingga ke bawah Yasmin melihat baju itu dari luar kedai. Tanpa dia sedari Alia sudah tiada bersamanya.

"Min, mana Alia?" Soal Iskandar setelah selesai membuat pembayaran.

Terus Yasmin menoleh pada lelaki itu. "Tadi ada dengan saya," kata Yasmin. Matanya terus meliar ke kawasan itu.

Wajah Iskandar berubah tegang. "I dah pesan tadi suruh you jaga Alia. Kenapa you tak pegang tangan dia??" Nada lelaki itu mula meninggi sehinggakan orang sekeliling yang ada di situ melihat ke arah mereka berdua.

Riak muka Yasmin berubah saat di marahi sebegitu. "Min cari Alia," Yasmin terus berlalu pergi sambil memanggil nama Alia.

Manakala, Iskandar pula pergi ke arah bertentangan untuk mencari gadis kecil itu.

"Alia! Alia!" Kepala Yasmin bergerak ke kiri kanan. Matanya juga meliar ke seluruh tempat itu.

Hampir sepuluh minit mereka mencari, akhirnya Alia muncul di celah orang ramai sambil ditemani oleh seorang wanita yang agak berusia.

Melihat sahaja susuk tubuh gadis kecil itu, Yasmin terus menerpa ke arah mereka. "Alia!" Tubuh kecil itu di peluk seeratnya. Alia juga menangis sejak dari tadi.

"Acik tengok dia menangis dekat tepi sana tu. Acik ingat nak serahkan pada kaunter pertanyaan tu. Mujur jumpa awak," kata wanita separuh abad itu.

Yasmin berdiri tegak semula sambil dia mengenggam erat tangan Alia. Kakinya mengigil dan jantung juga masih berdetak laju.

"Terima kasih, kak," Ucap Yasmin bersungguh-sungguh.

"Biasalah budak-budak ni. Pantang lepa. Hilang. Biar dia belajar sikit. Haa... lepas ni jangan lepas tangan mak awak. Pegang je. Tahu!" Pesan wanita itu kepada Alia.

Terangguk-angguk gadis kecil itu sambil menangis teresak-esak. Yasmin tersenyum saat mendengar pesanan itu. Kemudian, dia membawa Alia mencari Iskandar.

"Mama minta maaf. Mama tak perasan Alia takda dengan mama tadi," ucap Yasmin cuba memujuk.

"Alia takut... Alia tengok... mama... mama takda dah dengan Alia..." mendayu-dayu suara Alia dengan tutur kata yang tersekat-sekat meluahkan rasa takutnya sebentar tadi.

"Maafkan mama," Yasmin diserbu rasa bersalah yang teramat sangat bercampur dengan rasa takut apabila dia melihat wajah tegang Iskandar dari jauh. Lelaki itu sedang menghampiri mereka.

"Papa!" Alia melepaskan tangannya dari pegangan tangan Yasmin lalu dia berlari menerpa ke arah Iskandar.

 Langkah Iskandar semakin besar dan dia terus memeluk Alia sebaik sahaja gadis itu dekat dengannya.

"Ya Allah. Risau betul papa. Alia pergi mana?" Soal Iskandar dengan cemas.

"Alia jalan-jalan... Tengok-tengok... Mama... mama dah takda..." mendayu-dayu suara Alia mengadu pada Iskandar. Tersedu sedan dia menangis dalam dakapan lelaki itu.

Terus mata Iskandar mencerlung pada Yasmin yang sudah pun berdiri di depannya. Dia bangun dan mendukung Alia. "Tolak troli," Arah Iskandar kepada Yasmin. Nadanya kedengaran keras. Wanita itu terus mengangguk tanpa berkata apa-apa. Yasmin kecut perut saat melihat reaksi Iskandar terhadapnya. Dia pasti lelaki itu akan memarahinya selepas ini.

BAGAIMANA (EBOOK)Where stories live. Discover now