WAJAH suram Yasmin direnung beberapa detik. Kemudian, mata Iskandar beralih pada menu ditangan. "Min nak makan apa?" Soal Iskandar. Pertama kali dia membawa Yasmin makan malam berdua.
Pada mulanya, wanita itu enggan ikut. Tetapi, setelah di desak berkali-kali, barulah Yasmin akur. Itu pun dengan muka yang tidak rela. Dan sehingga mereka sampai di restoran, wajah Yasmin masih kekal seperti tadi. Sedikit pun wanita itu tidak ceria.
"Sayang, abang tanya ni, sayang nak makan apa?" Ulang Iskandar apabila melihat Yasmin masih membisu.
Yasmin menggeleng tanda tidak mahu. Iskandar lantas bangun dari tempatnya dan beralih ke sebelah Yasmin. Dia menarik kerusinya rapat dengan wanita itu. Tangannya di letakkan ke bahu kerusi Yasmin. Hangat tubuh Yasmin membuatkan Iskandar merasa selesa. Bibirnya mengukir senyum nipis. Geram melihat bibirnya yang melengkung masam itu.
Kemudian, dia kembali melihat pada menu. "Min makan fettuccine carbonara?" Soal Iskandar sambil jari runcingnya menunjuk pada gambar di dalam menu dan dihalakan pada Yasmin. Namun, sedikit pun Yasmin tidak memandang pada menu itu. Dia masih melayani rajuknya yang belum habis.
Iskandar tarik nafas dalam. Dia tahu yang Yasmin tidak mahu bercakap dengannya. "Abang order fettuccine carobonara dengan honey dew juice untuk Min." Akhirnya, dia membuat keputusan sendiri tanpa bertanya pada Yasmin lagi. Dia mengangkat tangan sambil memanggil salah seorang pelayan di situ. Setelah pesanannya diambil, pelayan itu beredar dari situ.
Suasana menjadi sunyi seketika. Iskandar menoleh pada susuk tubuh si isteri yang masih tidak mahu memandangnya sejak dari tadi. "Tak lenguh ke badan ni asyik pusing sana?" Soalnya cuba memulakan perbualan. Namun, Yasmin tetap tidak memberi respon.
"Min, bagi abang peluang boleh? Min cakap, Min nak buat abang jatuh cinta. Sekarang ni bila abang dah jatuh cinta pada Min, Min nak tarik diri pula. Tak acilah macam tu," gemersik suara Iskandar saat ini. Dia semakin rapat dengan tubuh Yasmin sehingga dadanya menyentuh lengan Yasmin.
Yasmin yang tersedar tubuh lelaki itu semakin mendekat dengannya, terus dia berganjak sedikit. Kata-kata lelaki itu juga tidak diendahkan. Dia lebih memilih untuk melayan rajuknya tika ini.
"Sayang..." lengan Yasmin diraih lembut. Namun, cepat sahaja wanita itu menarik kembali tangannya dari dipegang Iskandar.
Iskandar melepaskan keluhan berat. Wajahnya diraup perlahan. Mata meliar ke sekeliling restoran. Mujur pengunjung tidak ramai pada waktu begini. Hanya ada beberapa buah keluarga sahaja yang masih menikmati makanan di situ. Itu pun jauh dari tempat duduk mereka. Jika tidak, pasti dia dan Yasmin menjadi tumpuan. Hendak pula dengan riak wajah masam mencuka Yasmin saat ini.
"Nasib baik tak ramai orang. Kalau tak, mesti diorang tengok kita sebab muncung Min tu dah boleh buat sangkut hanger," sengaja Iskandar mencetus gurauan.
"Min sayang..." nada Iskandar berubah manja tatkala melihat Yasmin masih membisu. Perlahan tangannya melingkari pinggang Yasmin. Wanita itu cuba menolak, namun, rangkulan itu erat dan kemas.
"Lepaslah," bergetar suara Yasmin tika ini.
"Tak nak." Tegas Iskandar bersahaja. Tubuh Yasmin ditarik sehingga tiada sedikit pun ruang di antara badan mereka.
Yasmin masih cuba melepaskan rangkulan itu. Sedaya upaya lengan sasa Iskandar dicubit dengan rasa geram. Terketap-ketap bibir Yasmin sambil tangannya bergelut dengan tangan Iskandar. "Sakitlah sayang," suara garau itu menerobos telinga Yasmin.
"Lepaslah. Nanti orang tengok,"
"Biarlah orang tengok. Min tak nak cakap dengan abang. Tak nak pandang muka abang. Jadi, abang peluk je lah Min macam ni."
PROMOSI UNTUK EBOOK BAGAIMANA BERMULA PADA TARIKH 10 OGOS 2022 SEHINGGA 17 OGOS HANYA RM 8 (HARGA ASAL RM 13) SAHAJA. BOLEH WASSAP DINOMBOR 011-7482 2985 (ADMIN AHCPUBLICATION). Dapatkan sekarang dengan harga promosi.
YOU ARE READING
BAGAIMANA (EBOOK)
RomanceIskandar, duda anak satu yang kematian isterinya beberapa tahun lalu. Dia didesak oleh ibunya sendiri Puan Julia agar mendirikan rumah tangga buat kali kedua supaya cucunya, Alia mendapat kasih sayang daripada seorang wanita yang bergelar ibu. Namun...