"Min masih merajuk dengan abang? Masih belum maafkan abang ke, sayang?" Soal Iskandar sekali lagi. Nadanya dialun begitu gemeresik seakan berbisik lembut ke telinga Yasmin.
Mata Yasmin terpejam kejap. Dia akui yang hatinya masih sayang dan cintakan Iskandar. Tetapi, dia tidak mahu semudahnya mengalah. Dia bimbang perkara itu akan terjadi sekali lagi. "Bagi saya masa." Jawab Yasmin ringkas. Nadanya kedengaran sedikit bergetar.
Iskandar melepaskan keluhan berat. Sungguh, dia merasa tertekan dengan jawapan Yasmin. "Bila Min nak maafkan abang? Lama sangat dah ni, yang. Awal-awal dulu Min takda merajuk dengan abang macam ni. Tapi, sekarang ni... lama sangatlah, sayang. Abang rindu nak dengar Min panggil abang. Rindu nak tengok muka ceria isteri abang. Rindu nak dengar celoteh sayang pagi-pagi. Tunggu abang balik kerja macam awal-awal kita kahwin dulu. Tapi, sekarang ni... semua dah takda," segalanya Iskandar luahkan tanpa tertahan-tahan lagi. Bibirnya melekung masam. Dia benar-benar berharap agar Yasmin boleh memaafkan kesalahannya. Tetapi, respon yang dia lihat agak mengecewakan. Yasmin diam dan air mata wanita itu meleleh ke pipi. Itu lebih menyeksa hati Iskandar.
"Okaylah. Abang bagi Min masa," kata Iskandar. Dia mengalah. Tidak sanggup melihat wajah sedih Yasmin.
Esakan Yasmin membuatkan Iskandar menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. "Please, jangan menangis. Abang minta maaf sebab desak Min. Tapi, abang harap sangat Min boleh maafkan abang. Abang nak kita mulakan hidup baru dengan baby yang bakal lahir nanti." Sambung Iskandar lagi.
"Awak tak suka saya!" Bentak Yasmin tiba-tiba. Tubuh Iskandar ditolak kasar membuatkan lelaki itu terkejut dan tubuhnya terdorong sedikit ke belakang.
Berkerut alis mata Iskandar saat ini. Matanya mencerlung ke arah Yasmin. Namun, riak muka Yasmin yang turut garang itu membuatkan dia tersenyum nipis. "Abang suka Min lah," jawab Iskandar dengan nada manja. Mukanya juga sudah berubah riak. Sedaya upaya Iskandar cuba mengawal rasa marahnya saat dibentak sebegitu. Dia tahu, dia harus bersabar dengan Yasmin buat masa sekarang. Jika tidak, makin susah untuk wanita itu pulih dari rajuknya.
Yasmin menggeleng pantas sambil dia tersedu sedan. Tercebik-cebik bibir wanita itu saat ini. Iskandar kemam bibir menahan geram melihat reaksi comel si isteri. Namun dalam masa yang sama, terbit rasa kesian dihatinya. Dia tahu Yasmin masih terluka.
"Min nak abang buat apa? Bagi tahu abang." Iskandar masih cuba memujuk. Setiap kali hal ini dibincang, pasti sahaja akan berakhir dengan tangisan Yasmin dan wanita itu akan berlalu pergi dari situ tanpa mahu menyelesaikan segalanya.
"Biarkan... biarkan saya... macam ni," tersekat-sekat ayat itu ditutur Yasmin. Namun, pantas sahaja Iskandar menggeleng. "No, abang tak kan biarkan Min." Tegas Iskandar.
Yasmin cuba berlalu pergi dari situ, tetapi, pantas sahaja Iskandar menahan. Tubuh isterinya dipeluk erat. Yasmin meronta-ronta minta dilepaskan. Namun, Iskandar enggan. "Setiap kali cakap pasal benda ni, sayang mesti tinggalkan abang sorang-sorang. Kali ni, abang tak bagi Min pergi. Kita settle sekarang,"
Lalu tangan Yasmin ditarik menuju ke ruang tamu. Dia memaksa agar Yasmin duduk di sofa sambil dia menghenyak punggungnya di situ. "Duduk!"
Mahu atau tidak, Yasmin terpaksa akur. Wajah dihalakan ke arah lain. Malas mahu memandang wajah lelaki itu.
"Min tak penat ke merajuk macam ni? Abang rasa dah berjuta kali abang minta maaf dah. Abang tahu kesalahan abang besar sebab naik tangan pada Min. Abang menyesal sayang. Tolonglah maafkan abang," lirih suara Iskandar merayu pada Yasmin. Entah kali ke berapa kata-kata maaf itu sudah diungkapkan. Tetapi, tetap sahaja Yasmin berkeras tidak mahu memaafkan lelaki itu.
"Nanti baby keluar kuat merajuk, sayang," sambung Iskandar dengan sengaja. Dia tahu, Yasmin wanita penyayang. Segala kata-kata yang diucapkan oleh wanita itu sebelum ini, hanya dibibir sahaja. Bukan dari hati. Lihat sahaja cara dia melayan Alia. Dari situ, hati Iskandar sudah terpaut dan dia yakin, Yasmin wanita yang tepat untuk anak-anaknya.
Terus tangan Yasmin naik memegang perutnya. Terkelip-kelip mata Yasmin seakan memikirkan sesuatu.
"Masa mengandung, jangan asyik menangis. Merajuk. Nanti anak keluar perangai macam tu," terngiang-ngiang pesanan ibunya dari corong telefon sewaktu Yasmin memberitahu tentang kandungannya tempoh hari.
Iskandar sembunyi senyum. Kata-katanya tadi seakan memberi kesan pada Yasmin. Kelihatan wanita itu mengesat air matanya dengan telapak tangan.
"Kalau Min susah nak maafkan abang, nanti anak kita pun sama juga." Tambah Iskandar lagi dengan harapan agar Yasmin boleh memaafkan dia. Namun, sedikit pun Yasmin tidak memberi respon. Sebaliknya wanita itu terus bangun dan pergi dari situ seperti selalu.
YOU ARE READING
BAGAIMANA (EBOOK)
RomanceIskandar, duda anak satu yang kematian isterinya beberapa tahun lalu. Dia didesak oleh ibunya sendiri Puan Julia agar mendirikan rumah tangga buat kali kedua supaya cucunya, Alia mendapat kasih sayang daripada seorang wanita yang bergelar ibu. Namun...