Perlahan-lahan matanya dibuka. Ashila bangun lalu memandang sekeliling. Ini bukan biliknya. Pasti mereka berdua dibawa ke sini oleh lelaki itu.
Kemudian teringat akan Qazin. Terus dia bangun dan bergegas ke pintu. Apabila pintu dibuka, dia melihat 2 orang lelaki di depan bilik.
Mereka cuba untuk menangkap Ashila, tapi reaksi dia lebih pantas. Dengan tangkas, Ashila mencengkam kolar baju mereka dan terus menggunakan mereka ke lantai. Dipijak perut mereka membuatkan kedua-duanya mengerang kesakitan. Setelah pasti mereka berdua tidak boleh bangun kerena kesakitan, lantas dia berlalu dari situ.
Dia perlu mencari Qazin dengan cepat. Keselamatan suaminya diutamakan berbanding dirinya dalam situasi begini.
Ashila terhenti. Matanya bertembung dengan mata lelaki yang menculiknya. Pandangan tajam diberikan sambil bersiap sedia.
"Cukup, budak. Apa kata kau cuba bertenang," kata lelaki itu tenang.
Ashila memandangnya sinis.
"Bertenang? Lawak apa yang kau cuba sampaikan?"
Memang dia tak boleh berdiam selagi Qazin tidak berada di depan matanya. Dia perlu sentiasa waspada dalam keadaan begini.
"Kalau kau nak jumpa suami kau..."
"Apa kau dah buat pada dia?!"
Ashila memotong percakapan lelaki itu.
"Boleh tak kau dengar dulu apa aku cuba nak kata? Sila bawa bertenang dan duduk. Kalau kau patuh, aku akan lepaskan suami kau." Lelaki itu tersenyum. Lebih kepada senyuman yang menyimpan seribu makna.
Ashila berkira-kira hendak ikut kata-kata lelaki itu atau tidak. Tapi apabila memikirkan keselamatan suaminya, dia terpaksa patuh.
Lelaki itu mempelawa duduk di sofa yang berdekatan. Masing-masing melabuhkan duduk dan berjauhan antara satu sama lain.
"Sebelum tu, biar aku perkenalkan diri aku. Nama aku Zafri."
Ashila hanya diam. Tidak berniat ingin membuka mulutnya selagi orang itu tidak memberitahunya mengenai Qazin.
"Seperti aku kata tadi, aku tiada urusan dengan kau. Yang aku nak hanya suami kau Qazin."
"Apa yang kau nak daripada dia?"
"Aku nak dia kahwin dengan anak aku."
Selesai dia berkata, Ashila terus menyerangnya, tetapi segera ditahan oleh orang suruhan Zafri.
"Bangsat! Tu suami aku! Apa hak kau nak paksa dia kahwin dengan anak kau!" Ashila mengamuk.
Meronta-ronta dia untuk melepaskan diri. Ditumbangkan satu-persatu orang suruhan Zafri yang cuba menumpaskannya.
"Ibu bapa dia sebenarnya ada buat satu perjanjian dengan aku."
Ashila berhenti bergerak. Begitu juga orang suruhan Zafri yang lain. Mereka tetap waspada sambil memerhatikan gerak geri Ashila.
"Perjanjian?"
"Ya, perjanjian. Walaupun kau dah bayar hutang mereka, mereka masih terus walaupun tahu mereka takkan mampu bayar balik.
Jadi apa mereka buat?" Zafri memandang Ashila, sinis.
"Mereka jual anak mereka, Qazin pada aku. Aku dah berikan mereka lebih dari 30 000, tambahan 10 000 lagi."
Ashila terkejut. Tak sangka, ibu bapa Qazin sanggup menjual anak mereka demi duit. Dia mula risau, takut jika Qazin akan patah hati mendengar berita ini.
"Aku akan bayar balik hutang mereka. Tolong lepaskan Qazin dan batalkan perjanjian tu." Buat pertama kali dalam hidupnya, Ashila merayu demi orang tersayang. Diturunkan egonya demi suaminya.
"Aku tak berminat dengan duit kau. Sebab kebetulan pula, aku memang perlukan seorang lelaki untuk jadi suami kepada anak aku. Hahahaha." Zafri tergelak.
Ashila hilang sabar semula. Dia meluru ke arah Zafri.
"Brengsek kau! Dalam banyak-banyak lelaki, kenapa kau nak ambik suami aku!" Dia menjerit sekuat hati.
***
Qazin terbangun. Dia melihat sekelilingnya. Nyata dia bukan berada di rumah mereka.
Pintu bilik yang terbuka menarik pandangan mata Qazin.
"Hai, Qazin! Bangun pun awak!" Seorang perempuan dengan riang menyapa Qazin.
"Lama betul awak tidur. Kesian awak tak cukup rehat." Dia memuncungkan mulutnya.
"Siapa kau? Aku dekat mana?"
Tanpa membuang masa, Qazin terus bertanya.
"Mana isteri aku?" Kali ni suara dia dikeraskan.
"Relaks lah, dia ada je dengan papa dekat bawah," kata perempuan itu santai.
"Awak lapar? Nak makan tak?" Baru Qazin perasan, di tangan perempuan tu ada sedulang makanan.
"Tak, aku nak jumpa isteri aku."
Qasim bangun dan terus mendapatkan pintu. Tidak semena-mena, tangannya direntap buatkan dia terkebelakang sedikit. Ditoleh kebelakang dan melihat tangan perempuan itu.
"Lepaskan aku."
"Tunggu dulu, saya nak cakap sesuatu." Tiada lagi nada ceria seperti. Kali ni muka perempuan tu bertukar serius.
"Jangan halang aku."
"Awak pasti nak pergi sekarang? Awak tak takut kalau papa saya apa-apa kan isteri awak?" Dia tersenyum sinis.
Qazin terus merentap tangannya sehingga terlerai. Dipandang perempuan itu tajam.
"Apa kau nak?"
"Senang saja. Duduk sini dan bercakap dengan saya untuk seketika. Lagipun ayah saya tengah bincang benda yang sama dengan isteri awak." Wanita itu melabuhkan duduk. Ditepuk tempat kirinya, tanda untuk Qazin duduk di sisinya.
Qazin berbelah bahagi. Tapi demi isterinya, dia terpaksa akur.
Seperti apa yang Zafri kata pada Ashila, perempuan itu juga mengatakan benda yang sama terhadap Qazin. Nyata muka Qazin berubah secara drastik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penawar Aku Seorang
Romantik(Not recommended for people under 18 years old to read. It doesn't have much adult content, but I really not recommended it) Here it it: Satu malam, Qazin diselamatkan seorang perempuan. Tuhan sahaja yang tahu rasa bersyukurnya ketika itu. Tetapi ap...