Bab 1

381 20 17
                                    

"Hoi, kau ingat kau boleh lari?!" jerit salah sorang daripada lima orang yang tengah kejar Qazin.

Qazin yang sedang berlari, tersungkur jatuh kerana terlanggar sebatang ranting. Kini dia dikelilingi lima lelaki itu.

Salah seorang dari mereka memegang sebilah pisau. Dia berjalan mendekati Qazin.

"Kau masih mahu lari, budak?" soal lelaki itu sinis. Qazin hanya membatu. Reaksi Qazin membuatkan lelaki itu berang. Dia menggenggam rambut lelaki itu kasar. Qazin menahan sakit.

"Kau meman nak..."

"Berhenti!"

Semua mata tertumpu pada sesosok tubuh yang mengenakan hoodie sweater hitam.

"Kau sape, hah?!" bentak lelaki itu.

"Do you want to see hell, young man?" soal dia. Lima lelaki itu terus terkedu. Badan mereka sedikit menggeletar.

"Kalau dia hutang kau, ambil ni. Dan berambus." Dia melontarkan dua jongkong emas di atas jalan. Terbuntang mata mereka termasuk Qazin.

"Kau cabar aku, heh?" Mereka semua terus menggeleng dan cepat-cepat berlalu setelah mengutip jongkong emas itu. Dia hanya perhatikan larian kedua-dua itu.

"Terima..."

"Siapa kau?" soal dia. Qazin terkedu.

"Urmm... Qazin."

"Kau berhutang dengan diorang ke?" Qazin mengangguk. Terus dagunya dicengkam kuat oleh dia.

"Kau... menipu." Sekali lagi Qazin terkedu.

"Jangan cuba buat aku rasa tak berbaloi selamatkan kau, okey?" Qazin mengangguk.

"Keluarga saya berhutang dengan mere..." kata Qazin tergagap-gagap.

"Berapa?" Mata Qazin terkebil-kebil melihat matanya.

"10 ribu." Terus dia merengus.

"Huh, kau tau tak harga sejongkong emas tu? 20 000!" Qazin tersentak.

"Tapi takpelah, aku dapat kau. Barang berharga. Mesti suci lagi kau ni, kan?" Merah muka Qazin. Tapi dalam masa yang sama berasa takut dengan kata-kata orang itu.

Tiba-tiba datang dua orang lelaki mendekati mereka.

"Kenapa lambat?" soal dia tanpa memandang dua lelaki itu.

"Sorry, bos. Jalan jem," pinta salah seorang dari mereka.

"Dah, bawa dia ni. Kita balik." arah dia. Mereka berdua patuh.

"Mari budak, ikut saje dia." Kedua lelaki itu memegang lengan Qazin. Dia hanya mengangguk dan pasrah, tidak berani memberontak. Apalah sangat kekuatannya dengan tubuh yang kurus berbanding kedua-dua lelaki itu yang nampak kekar.

***

"Bawa dia ke atas. Bilik aku." Mereka berdua patuh sambil mengheret Qazin ke atas. Sampai di bilik, mereka menyuruh dia duduk di atas katil.

Penawar Aku Seorang Where stories live. Discover now