Awal pagi
Qazin keluar dari bilik air dengan memakai pakaian lengkap. Keadaan bilik yang agak dingin membuatkan dia berasa sejuk dan tidak selesa.
Sewaktu dalam bilik air tadi, dia dapat melihat dengan jelas di cermin, kesan-kesan gigitan dan lebam di seluruh badannya. Dia mandi dengan air sejuk dalam tempoh yang lama dengan harapan dapat menghilangkan semua kesan itu. Tetapi yang kurang hanyalah sedikit.
Masa dia bangun pula, dia lihat di sebelahnya kosong. Dia tak tahu Ashila pergi ke mana, jadi dia buat keputusan untuk mandi dulu. Walaupun masih awal, dia tetap tak peduli semua tu.
Sekarang ni dah menggeletar tubuh badan, barulah dia rasa menyesal. Patutnya tutup air cond tadi!
Dah mandi ni, nak buat apa ya? Qazin berfikir seketika. Kemudian dia terdengar bunyi ketukan.
"Maafkan saya, encik. Saya ada bawakkan makanan," kata seorang perempuan.
"Sarapan!" Qazin segera membuka pintu. Seorang pekerja perempuan membawa satu troli makanan.
"Banyaknya. Rasanya aku tak pesan apa-apa semalam."
"Ermm, ini puan yang suruh saya bawakan untuk encik."
"Terima kasih."
"Sama-sama, encik."
Setelah pekerja itu selesai mengemas bilik dan menghidang sarapan, Qazin pun duduk termenung sebentar.
"Ashila, aku tak faham kau. Kau layan aku macam hamba seks semalam, tapi hari ni? Kau cuba nak minta maaf ke apa?" kata Qazin sendirian.
"Haihh, peningnya aku. Kau memang pelik, Ashila." Qazin dah malas nak fikir apa-apa lagi. Dia menarik makanan dan mula menjamah sarapannya.
***
"Aku peliklah. Kenapa kita yang kena jaga dia ni?"
"Takde yang peliknya, Effendy. Dia suami Ashila."
"More like... hamba nafsu." Effendy membuat gaya menyampah.
Khairul menjelingnya tajam.
Qazin membuka pintu bilik dan terdengar perbualan mereka berdua. Dah diorang berdua depan bilik dia, sekali sembang macam diorang berdua je yang wujud kat situ.
"Kenapalah Ashila tu pelik sangat? Patutnya lelaki yang bernafsu, bukan perempuan!"
"Dia hampir dirogol masa dulu. Tak tahulah kenapa dia jadi macam tu."
"Ceh, peliknya."
"Dan masa dia nak kena rogol, ibubapa dia mati kena bunuh."
"Hah?" Effendy tercengang.
Qazin menutup mulutnya supaya tidak membuat bising. Dia sangat terkejut dengan kenyataan tentang isterinya.
'Ashila anak yatim piatu? Kesiannya dia,' kata hatinya.
"Macam mana pula dia boleh jumpa dengan... pakcik muda?"
YOU ARE READING
Penawar Aku Seorang
Romantik(Not recommended for people under 18 years old to read. It doesn't have much adult content, but I really not recommended it) Here it it: Satu malam, Qazin diselamatkan seorang perempuan. Tuhan sahaja yang tahu rasa bersyukurnya ketika itu. Tetapi ap...