Bab 20

15 0 0
                                        

"Jadi kau ada rancangan?"

Ashila terdiam untuk beberapa detik, sebelum mengeluarkan telefonnya. Nombor seseorang ditaip sebelum membuat panggilan. Khairul dan Effendy hanya melihat perbuatan Ashila. Beberapa deringan kemudian, panggilannya diangkat.

"Hello?"

"Hai." Ashila tersenyum nipis, seperti lega apabila mendengar suara di sebelah sana.

Effendy buat muka,' Tak sangka bos dapat buat muka macam tu, kan?'. Khairul membalas dengan renungan yang bermaksud,' Kau apa tau?'.

"Oh, kau rupanya. Apa yang kau nak?"

"Tentang tawaran kau, masih valid ke sampai sekarang?" Dia memasang wajah serius dengan suara yang datar.

"Sudah semestinya. Atas membalas jasa kau membantu aku, aku sanggup buat apa sahaja untuk kau, selagi berada di dalam kemampuan aku." Suara yang berada di sebalik sana turut menjawab dalam nada yang serius.

Ashila terdiam semula. Dia perlu menghitung semula keperluan menggunakan 'tawaran' untuk situasi itu. Setelah mempertimbangkan segala kemungkinan, akhirnya Ashila membuat keputusan.

"Kalau macam tu, aku akan aturkan perjumpaan."

Kedengaran orang di sebelah sana tergelak kecil.

"Come one, I'm not a gangster anymore."

"But I'm still one of it,"kata Ashila dengan tegas.

"Alright, alright. So, tempat kau atau aku?" Bola mata digerakkan ke kiri.

"Sebab aku yang nak bincang, aku akan datang tempat kau."

"Got it."

"You know..." Ashila agak teragak-agak untuk menyebut akan sesuatu perkara.

"Apa?"

"Berbual macam kau, dah tak macam berbual dengan mesin kosong. Kau semakin..." Kata-katanya dipintas

"Talkative?"

"Yes."

"Well... Human can change right?"

"But what has changed you?"

Diam. Sedetik, dua detik, tiga detik...

"It's love, I guess."

Ashila terkedu. Dadanya automatik terasa berdebar.

"I'll send the date and place through email, ok?"

"Ok."

Panggilan pun ditamatkan. Suasana yang bisu menyeliputi bilik itu. Khairul dan Effendy hanya melihat Ashila yang seperti dalam keadaan terkejut. Tangan diawangkan ke di hadapan menyebabkan Ashila tersedar dari lamunannya.

"Are you ok, bos?" Effendy bertanya sambil menunjukkan riak wajah kerisauan.

"Yeah, and who are you talking with just a moment ago?" Giliran Khairul pula melontarkan soalan.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 08, 2023 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Penawar Aku Seorang Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang