Bab 12

91 5 0
                                        

Hari ni, Effendy nampak murung. Tak macam selalunya. Bila orang sapa dia, dia tak balas balik seperti sebelum ni.

Entahlah dia bersedih ke apa. Tak nampak pula Khairul hari ni. Mereka ada bergaduh ke? Selalunya mereka berdua terlihat asyik bersama je.

Opps! Pembetulan. Effendy saja yang sibuk berkepit dengan Khairul tu.

"Kesian Effendy, dia nampak sedih. Kenapa dengan dia tu adinda?" soal Qazin kepada Ashila.

"Entahlah. Kalau nak cakap dengan dia, pergilah. Lagi bagus kalau halau dia keluar dari sini."

Yelah, nak bersedih tu bukannya tak boleh. Tapi janganlah sampai menyusahkan orang. Rumah orang juga yang dijadikan tempat bersedih. Rumah Ashila pula tu.

"Effendy," panggil Qazin. Effendy menoleh seketika sebelum memandang ke arah tempat yang sama tadi.

"Kau ada masalah ke? Hari ni kau nampak lainlah."

"Haih." Effendy mengeluh. Serupa anak dara pingitan je.

"Qazin."

"Ya?"

"Kau dah berjaya pujuk Ashila ke?

"Pujuk?" Qazin mengerutkan dahinya.

"Yelah, pujuk supaya dia tarik balik hukuman gantung gaji tiga bulan tu."

Serentak dengan itu, pinta rumah dibuka kasar. Muncul Khairul yang menoleh ke kiri ke kanan kemudian berhenti dan memandang Effendy. Laju sahaja kakinya diayun mendapatkan budak terencat akal tu.

Dapat je Effendy, terus Khairul memulas telinga dia. Terjerit-jerit Effendy dibuatnya. Hilang terus muka sedih dia, digantikan pula muka menahan sakit. Qazin berundur beberapa tapak ke belakang.

"Kau... Apa kau buat kat sini, hah? Mengganggu Ashila dan menyusahkan hidup aku je kau tau tak?" Khairul memarahi Effendy.

"Lepaslah bodoh. Sakitlah." Effendy berusaha melepaskan dirinya.

"Baguslah kau dah datang, Khairul," kata Ashila yang tiba-tiba muncul.

"Sorry ganggu kau, Ashila. Budak ni memang tak makan saman. Kau ingat kau tu takde kerja ke hah? Berlambak tau tak?

Kau nak aku siapakkan kerja kau ke? Banyak cantikkk. Balik sekarang! Aku cakap balik!"

Khairul tak henti-henti membebel. Diheretnya tubuh Effendy tu sampai mereka berdua hilang daripada pandangan.

Qazin menelan air liurnya. Mak aih! Garangnya Khairul. Serupa emak menjemput anaknya pulang daripada bermain. Sebijik gitu.

"Aman sikit takde budak tu. Dahlah, dah nak tengah hari ni." Ashila meninggalkan Qazin yang masih lagi termangu.

***

"Lepaslah." Effendy cuba melepaskan telinganya daripada tangan Khairul. Setelah berjaya, dia menggosok-gosok telinganya yang sudah merah itu.

"Kau jangan cuba nak buat camtu lagi. Kalau tak, aku bawa pistol pula nak jemput kau." Khairul memberikan amaran.

Effendy hanya menjelirkan lidahnya.

Penawar Aku Seorang Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang