Ashila termenung lama. Tak sangka dia akhirnya berubah hati untuk mengenali tuhan dia semula. Selepas kematian ibu bapanya, dia mula mempersoalkan takdir tuhan.
Tapi sejak Qazin hadir dalam hidupnya, Ashila terasa lain. Dia merasakan perubahan sedang berlaku pada dirinya.
Islam. Agama dia sejak lahir. Dulu dia abaikan, sekarang dia ambil peduli. Sekarang Qazin yang mengajar dia apa itu Islam.
Solat dia masih lagi tak tunaikan. Dalam satu minggu, cuma beberapa kali je dia buat. Dia masih dalam proses membiasakan diri.
Qazin ada ajar dia, aurat lelaki dan wanita itu lain. Bukan dia tak tau, cuma sebelum ni dia tak kisahkan semua tu.
Mata Ashila terpandang sebuah kedai pakaian. Entah kenapa, dia memberhentikan keretanya di depan kedai itu.
Hatinya bagai menyuruh dia pergi ke situ. Badan dia bagaikan dikawal. Kaki dia melangakah dan terus melangkah sehinggalah sampai di bahagian tudung wanita.
Ashila memandang tudung-tudung tu semua dengan bingung. Bila dipegang salah satunya, setitis embun bagai menitik di dalam hatinya. Walaupun hanya setitis, tetapi cukup untuk membuatkan perasaannya menjadi tenang.
Dia mengangkat dan memegang tudung itu. Satu lagi tangan dia mengangkat rambutnya yang sudah mula keperangan akibat sinar matahari lalu diperhatikan.
Kemudian diperhatikan sekeliling. Wanita bertudung menjadi sasaran matanya. Dilihat betapa lembutnya seorang wanita bertudung yang sedang bersama anaknya. Dia tak dengar pun wanita itu mengeluh kepanasan, sebaliknya tersenyum melayan kerenah anaknya.
Terasa bahunya dipegang. Dia pun segera menoleh. Seorang wanita yang agak berumur sedang tersenyum memandangnya.
"Dik, kamu ni nak beli tudung ke?" soal wanita itu.
Ashila mengangguk teragak-agak. Agak malu juga sebenarnya.
"Untuk siapa?"
"Saya, makcik. Saya tiba-tiba rasa nak bertudung."
Ashila tak tahu kenapa. Mulutnya rasa ringan nak luahkan apa yang dia rasanya
"Ohh, alhamdulillah. Baguslah tu. Muka adik dahlah cantik. Kalau bertudung, mesti lagi manis," kata wanita itu dengan nada bergurau. Dia ketawa kecil dengan kata-katanya tadi.
Ashila tersenyum mendengar kata-kata makcik itu. Senyuman itu tiba-tiba bertukar menjadi tawar.
"Akak."
"Ya?" Wanita itu berhenti ketawa tetapi senyumannya tetap tak luntur.
"Kalau saya nak bertaubat, agak-agaknya masih sempat ke? Tuhan akan terima taubat saya tak? Akak rasa saya ni jenis yang masih boleh dapat kemaafan tak?"
Ashila meluahkan apa yang dia rasa selama ni. Wanita tadi hanya tersenyum mendengarnya.
"Insya-Allah dik. Selagi pintu taubat masih tak tertutup, Allah akan menerima taubat hamba-hambanya."
Kata-kata itu melembutkan hati Ashila. Kenapa selama ni dia buta agaknya?
"Terima kasih kak. Kata-kata akak melegakan saya."
"Akak tak buat apa pun. Semuanya datang daripada Allah. Ni kalau adik nak beli tudung, akak cadangkan beli jenis kain macam ni. Sejuk je rasa, kain dia tak tebal dan tak berat sangat. Beli ni dapat sekali anak tudung." Wanita itu mengangkat sehelai tudung sarung berwarna hitam.
"Terima kasih kak. Saya akan cuba yang ni."
Dia akan cuba berubah secara perlahan-lahan. Semoga Allah menerima taubat dia ini.
***
Dia menarik nafas dalam-dalam. Harapnya suaminya, Qazin akan gembira dengan rupanya yang sekarang.
"Assalamualaikum." Shila memberi salam sambil membuka pintu. Dia pelik apabila tiada suara Qazin yang menyahut salamnya.
Ashira memberikan salam sekali lagi. Masih tiada jawapan. Dia mula berasa tidak sedap hati.
Tiba-tiba dia terdengar suara merintih kesakitan. Dia bergegas mencari dari arah mana punca suara itu datang.
Ashira memandang ke arah tangga. Memang sah suara itu datang dari situ. Dia pantas menaiki tangga.
Sampai sahaja di tingkat atas, dia terkejut. Dia melihat tubuh Qazin yang terbaring di atas lantai.
"Qazin!"
Ashila berasa cemas. Dia terus mendapatkan Qazin. Kepala lelaki itu diribanya. Pipinya ditampar dengan lembut untuk menyedarkan lelaki itu.
"Itulah padahnya kalau melawan."
Ashila berpusing kepala. Dia mencari arah datang suara tadi.
Pandangan terhenti pada 3 sosok tubuh yang sedang berdiri di depan pintu bilik mereka. Dia lebih fokus terhadap seorang dari tiga lelaki yang kelihatan sudah berumur 40 ke atas.
"Kau siapa hah? Apa kau nak dari aku?" soal Ashila dengan rasa amarah yang sedang membuak-buak di dalam dirinya.
"Bukan daripada kau, tapi dia."
Lelaki itu menunjuk ke arah Qazin membuatkan Ashila berasa hairan. Dia jangkakan lelaki itu salah satu musuhnya.
"Apa masalah dia dengan kau?"
"Dengar, budak. Apa kata kita bincang di tempat lain? Hmm?"
"Kau nak aku ikut kau? Mimpilah!"
Lelaki itu menggelengkan kepalanya.
"Bukan hanya kau sorang, tapi dia juga. Sebenarnya, kalau kau tak ikut pun takpe. Tapi mesti rumit bukan untuk pergi begitu saja bila kau dah ada di sini."
"Macam aku kata tadi, mimpilah!"
Lelaki itu tersenyum. Lebih kepada menyindir.
"Aku tak rasa kau ada pilihan sekarang ni. Kau, kan dalam bahaya." Lelaki itu merujuk kepada anak buahnya.
"Kau ingat aku takut dengan dua orang pengecut ni? "
Lelaki itu mengeluh.
"Ini dah mengambil masa begitu lama sekali, budak. James."
Selesai menyebut nama seseorang, Ashila terasa dirinya dihentak sesuatu sebelum dia perlahan-lahan hilang kesedaran diri.
Sayup-sayup dia mendengar kata-kata lelaki itu sebelum dia pengsan.
"Dan lagi satu, aku tak cakap pun aku cuma bawa dua je." Lelaki itu tergelak perlahan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Penawar Aku Seorang
Romance(Not recommended for people under 18 years old to read. It doesn't have much adult content, but I really not recommended it) Here it it: Satu malam, Qazin diselamatkan seorang perempuan. Tuhan sahaja yang tahu rasa bersyukurnya ketika itu. Tetapi ap...
