"Kita sudah sampai," kata salah seorang pengikut Zafri setelah memberhentikan kereta. Matanya memberikan isyarat mata.
Seorang lagi keluar lalu membukakan pintu untuk Ashila. Perlahan-lahan Ashila keluar sambil memandang ke luar. Ya, ini rumahnya.
Setelah Ashila keluar, orang suruhan Zafri masuk semula ke dalam van berwarna hitam. Gear break bertukar, pedal minyak ditekan. Mereka meluncur laju meninggalkan tempat itu.
Ashila hanya memandang sekilas lalu. Kemudian dia melangkah masuk ke kawasan rumahnya. Tombol pintu dipulas.
'Tak berkunci,' gumam Ashila.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk, Ashila melihat sekeliling. Tiada apa yang berubah. Dilihatnya kedudukan perabot masih sama seperti kali terakhir dia meninggalkan tempat itu.
Sejujurnya, Ashila tak rasa dia meninggalkan rumah itu dengan lama sekali. Hanya dirasakan 2 hari saja baru berlalu.
Walaupun 2 hari ditinggalkan, kini dia tak lagi kembali bersama seorang lagi penghuni. Tiada lagi senyuman malu-malu yang comel, masakan yang sedap, alunan Al-Quran di ruang tamunya. Ashila mengeluh perlahan.
Tiba-tiba perutnya berbunyi meminta ianya diisi segera. Memang sejak 2 hari lepas, dia tak makan apa-apa. Makanan yang dihidangkan oleh orang suruhan Zafri juga tidak diusik. Rasa waspada, curiga, marah dan dendam pada lelaki itu masih menebal.
Kalaulah dia dapat mengesan pergerakan orang bawahan Zafri sebelum dia pengsan, tentu semua ni takkan terjadi. Pasti Qazin masih berada di sisinya.
"Huhh..." Ashila melepaskan keluhan dengan kasar.
Dia tidak mampu berbuat apa sekarang. Qazin di tangan mereka. Jika dia cuba bertindak, Qazin pasti akan dicederakan. Qazin yang sanggup berkorban demi keselamatan dia, dan dia tidak mampu membalasnya. Setelah sekian lama, dia merasakan dirinya tidak berguna lagi.
Ashila mengambil tempat di atas sofa. Punggungnya dilabuhkan. Tangannya menutup mukanya.
Perutnya minta diisi lagi. Kali ini dengan lebih kuat beserta pulasan usus yang sedikit kuat. Ashila berdecit. Kalau tak kerana gangguan tuntutan utama seorang manusia yang satu ni, pasti dia hanya akan duduk di atas sofa itu sahaja. sepanjang hari.
Pantas dia bangun. Kunci motor yang telah lama ditinggalkan di tempat sangkut kunci, diambil. Dia tak rasa nak memandu kereta sekarang. Kali terakhir dia memandu motor, adalah hari sebelum dia bernikah.
***
Sesudah lunasi keperluannya, dia terus pulang. Tiada mood mahu membuat apa-apa sekarang. Dia letih, mentalnya penat. Emosinya bukanlah dalam keadaan stabil sekarang.
Sampai sahaja di rumah, dia terus meluru ke biliknya. Dia mahu tidur.
Apabila membuka pintu bilik, dia melihat terdapat sekujur tubuh di atas katilnya. Pantas Ashila memegang pistol yang berada di pinggangnya.
"Siapa kau?" soal Ashila sambil mengacukan pistolnya.
Lembaga itu bangun dari baringnya. Dia seperti menggosok-gosok matanya, cuba menghilangkan ngantuknya.
"Apa ni kacau, orang nak tidur pun tak..."
Kata-kata Effendy terhenti apabila melihat tubuh Ashila di depan pintu bilik. Dia menelan air liurnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penawar Aku Seorang
Romance(Not recommended for people under 18 years old to read. It doesn't have much adult content, but I really not recommended it) Here it it: Satu malam, Qazin diselamatkan seorang perempuan. Tuhan sahaja yang tahu rasa bersyukurnya ketika itu. Tetapi ap...