Qazin termenung sendirian dalam bilik pengantin yang dihias indah itu.
Selalunya perempuan sahaja yang akan berfikiran macam ni tapi, betul ke apa yang dia buat ni? Adakah ini keputusan yang tepat?
Dia tak tahu apa nak buat. Sekalipun nasi sudah menjadi bubur, ada ke kebaikan bubur itu?
Bila fikir balik apa yang akan berlaku malam ni, buatkan tubuh Qazin bergetar. Walaupun inilah apa yang selalu diharapkan kaum lelaki, tetapi bukannya dia. Satu saje yang buatkan dia berfikiran begitu.
Sakit! Sungguh menyakitkan.
Tiada nikmat untuk seorang lelaki baginya. Ashila melayannya seperti hamba nafsunya ketika waktu malam.
Tiba-tiba pintu terbuka membuatkan Qazin terkejut. Dia semakin ketakutan apabila melihat Ashila yang berada di depan pintu itu.
Ashila memandangnya dengan mata yang dia sendiri tak sanggup nak lihat. Mata itu, mata penuh bernafsu.
"Qazin," panggil Ashila perlahan.
Qazin meneguk air liurnya.
"Ashila, tolong," rayu Qazin.
Dia bangun dari katil dengan segera. Tetapi dengan pantas, Ashila menuju ke arahnya dan terus menolaknya jatuh. Qazin terus terbaring di atas katil besar tu.
Ashila mencengkam kedua-dua pergelangan tangan Qazin sehingga lelaki itu tidak mampu lagi untuk bergerak. Dia mengambil tali yang sememangnya digantung di tepi katil untuk malam ni.
Dia mengikat tangan Qazin pada celah ukiran kepala katil itu. Ashila tersenyum sinis apabila Qazin cuba melepaskan dirinya.
"Kau dah janji, Qazin. Kau dah pun berjanji," kata Ashila pada telinga Qazin.
"Tolong, Ashila. Bukan macam ni caranya," rayu Qazin lagi. Dia menarik-narik tangannya walaupun sakit.
"Kita dah berjanji sesama sendiri. Aku dah kotakan janji aku, sekarang giliran kau pula," kata Ashila perlahan.
Dia terus membenamkan mukanya ke leher Qazin. Lelaki itu menjerit kesakitan.
"Ashila, sakit..."
"Memang itu yang aku nak dengar, Qazin."
Sepanjang malam tu, Ashila seperti serigala jadian yang bertemu bulan penuh. Lebih agresif, dan lebih menakutkan.
Sepanjang malam tu jugalah Qazin menjerit kesakitan. Ya, dia menderita, dengan takdir dia sendiri.
***
"Suara siapa yang bingit sangat ni?" soal seseorang di bilik bawah. Dia merungut apabila bilik di atas terlalu bising dengan suara jeritan.
Boleh agak, kan siapa?
Dia mengambil telefon dan mendail nombor seseorang.
"Weh Khairul, aku nak tidur bilik kau boleh? Bilik atas aku ni bisinglah," adu Effendy dengan nada yang marah. Tak dapat tidur, siapa tak marah?
ANDA SEDANG MEMBACA
Penawar Aku Seorang
Romance(Not recommended for people under 18 years old to read. It doesn't have much adult content, but I really not recommended it) Here it it: Satu malam, Qazin diselamatkan seorang perempuan. Tuhan sahaja yang tahu rasa bersyukurnya ketika itu. Tetapi ap...
