Bab 15

9 1 0
                                    

"Qazin!"Ashila terus bangun apabila melihat kelibat Qazin. Di sisinya berdiri seorang perempuan yang tidak dikenali. Dipandang atas bawah perempuan itu.

Potongan rambut pendek gaya Bob, blouse dan skirt panjang menjadi penyeri muka yang ceria. Dia memandang Qazin dengan senyuman, manakala Qazin hanya memandang Ashila sekejap sebelum mengalihkan pandangan.

"Kamu dah beritahu dia?"

"Sudah, papa! Mira dah bagitau dia."

Mira tersenyum-senyum, seperti ada sesuatu yang mencuit hatinya.

Ashila memandang wajah Zafri dengan tajam. Adakah lelaki tua itu sudah memberitahu Qazin tentang hal perkahwinan tu?

"Aku tau apa yang kau fikirkan, dan ya, anak aku dah beritahu dekat suami kau tentang hajat dia," kata Zafri bersahaja.

Ashila dan Qazin tersentak.

"Ashila dah tahu?" bisik hati Qazin.

"Kau..."

"So baguslah korang berdua dah tahu, sebab aku nak korang bersiap sedialah untuk bercerai." Zafri tersenyum sinis.

Kalau tak kerana dia tidak bersenjata, tentu sekarang dia sudah pancung kepala lelaki tua itu.

"Aku bagi masa untuk kau berbincang dengan suami kau. Dan jangan cuba fikir untuk lari, atau nyawa kau aku cabut." Zafri memberikan peringatan.

***

Mereka berdua dibiarkan bersendiri di dalam sebuah bilik. Bilik yang tadinya Ashila terjaga dari pengsan.

Masing-masing menutup mulut, berat untuk luahkan apa yang baru sahaja berlaku.

"Qazin..." Ashila menjadi yang pertama membuka mulut. Qazin menoleh memandangnya.

"Kanda, betul ke mereka sudah bagitau kanda tentang ni?" tanya Ashila dengan suara yang perlahan.

"Betul. Perempuan bernama Mira itu yang bagitau kanda." Qazin mengiyakan.

"Dan kanda bersetuju?"

Kali ni Qazin mengambil masa yang lama untuk menjawab pertanyaan itu, sebelum menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

Ashila menarik nafas panjang. Hatinya berdebar hebat apabila melihat anggukan suaminya.

"Ini semua mengarut. Dinda tak boleh tahan dengan semua kegilaan ni!".

Ashila mula berdiri, kemudian bermundar-mandir di dalam ruangan itu. Qazin memandang gerak-gerik isterinya dengan sayu.

Ini juga bukan kehendaknya. Tapi dia tiada pilihan, ini semua demi melindungi keselamatan isterinya.

"Mari kita keluar dan lari dari sini."

"Jangan dinda! Orang-orang lelaki itu ramai, tak mungkin kita dapat lepaskan diri."

"Adinda tak kisah! Takkan dinda biarkan mereka memisahkan rumah tangga kita."

Ashila menuju ke tingkap bilik itu. Dibuka seluas-luasnya kaca tingkap. Qazin yang seperti dapat menangkap tindakan Ashila itu, terus menerpa belakang isterinya lalu memeluk tubuh itu dengan erat.

Penawar Aku Seorang Where stories live. Discover now