Mira membuka matanya. Dia memandang sebelah, menatap wajah suaminya yang baru dinikahi semalam. Wajah Qazin yang sedang tidur ditatap dengan lama. Perlahan-lahan dia bangun lalu berlalu ke bilik air. Tuala di capai sambil berjalan.
Air pancuran membasahi badannya, tapi tidak dihiraukan. Mira memandang bawah. Fikiran dia menjadi kosong.
Dia tahu, apa yang dia dan bapanya buat salah. Memisahkan pasangan itu dengan paksa, dan mengahwini suaminya. Malah memaksa Qazin memenuhi tuntutannya sebagai suami tanpa kerelaan.
Dia bukan bodoh tidak tahu itu semua satu kesalahan, tetapi dia terpaksa. Dirinya terdesak, dia perlukan zuriat secepat mungkin. Masa dia semakin suntuk, dia tertekan.
Mira perlahan-lahan mengetap bibirnya. Kemudian satu keluhan dilepaskan. Mungkin inilah takdirnya, dan dia cuba melawan takdir itu, tetapi tidak mampu. Sebab akhirnya, dia hanya manusia biasa.
***
Ashila melangkah keluar dari keretanya. Di bawah matanya seperti terdapat kesan kehitam-hitaman, menandakan dia tidak cukup tidur akhir-akhir ni.
Dia mengeluarkan cermin mata hitam lalu memakainya, menyembunyikan kesan tersebut. Langkah diatur ke bangunan di hadapan. Sebagai seorang ketua, dia tidak akan menjejaskan kredibilitinya di hadapan para pekerja yang lain, lebih-lebih lagi dengan masalah peribadinya sendiri.
Baru sahaja dia melangkah masuk ke dalam, Ashila terpandang kelibat Khairul dan Effendy yang sedang meluru ke arahnya dengan tergesa-gesa.
Sampai di hadapanya, mereka membetulkan postur masing-masing. Ashila memandang mereka berdua dengan kening terangkat, hairan dengan tingkah laku anak buahnya.
"Selamat pagi, Puan Ashila!" Ucap Khairul sambil menunduk sedikit.
"Ada laporan, Encik Khairul?" Ashoka menggunakan formaliti di hadapan pekerja lain.
"Ini melibatkan 'mereka'." Khairul tidak menyebut dengan jelas, tetapi Ashila dapat tangkap kata kunci tersebut. Mata dia membulat.
"Ikut aku ke pejabat aku."
Ashila mula melangkah ke arah lif, diikuti Khairul dan Effendy.
"Musuh mula bertindak?"
"Ya. Berdasarkan maklumat yang aku terima, ada sebahagian ahli yang bukan dari kumpulan kita mula menjadi pembelot. Mereka mula memberontak dan mensabotaj ahli kumpulan kita." Khairul menjatuhkan formaliti memandangkan tinggal mereka bertiga sahaja di dalam lif.
"Ashila, aku rasa mereka dah lama rancang benda ni. Bukan pelik kalau perkara macam ni berlaku. Kita dah patut agak perkara seperti pemberontakan akan berlaku, lagi-lagi dalam kalangan ahli kumpulan yang kita rampas." Effendy yang dari tadi mendiamkan diri, mula membuka mulut.
Apa, ingat jawatan Effendy dalam syarikat ni biasa-biasa ke? Nombor keempat orang kuat dalam syarikat selepas pembantu Ashila.
'Pandai pula mamat ni cakap macam orang waras," bisik Khairul dalam hati.
Tidak semena-mena, Effendy terbersin. Kemudian menggosok hidungnya.
"Macam ada orang mention nama aku je tadi. Aku boleh rasa," cakap Effendy, yakin. Konfiden itu penting.
Ashila dan Khairul hanya menjeling ke arah Effendy, tiada niat nak balas kata-katanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Penawar Aku Seorang
Romantik(Not recommended for people under 18 years old to read. It doesn't have much adult content, but I really not recommended it) Here it it: Satu malam, Qazin diselamatkan seorang perempuan. Tuhan sahaja yang tahu rasa bersyukurnya ketika itu. Tetapi ap...
