Ashila sedang sibuk menguruskan kertas kerjanya. Dia berterima kasih kepada pembantu peribadi dan orang kanannya, Airina dan Khairul. Kalau tak, mungkin dia tak dapat pulang ke rumah. Tangannya terhenti.
'Kenapa nak balik? Tiada siapa akan sambut aku di rumah seperti sebelum ni', bisik hati Ashila.
Interkom berbunyi. Ashila menekan butang jawab.
"Puan, Khairul ingin berjumpa puan."
"Suruh dia masuk."
"Baik."
Selang beberapa saat, pintu bilik dibuka. Khairul melangkah masuk sambil memegang sebuah fail. Dia perlukan persetujuan Ashila untuk proposal projek baru dari pelanggannya.
"Puan, cuba lihat fail ni." Khairul menyerahkan fail yang berada di tangannya.
Di pejabat, dia akan memanggil Ashila dengan panggilan formal. Mereka patut panggil dia bos, tapi Ashila menolak. Cukup panggil cik atau puan.
Ashila mengambil fail yang dihulur lalu dibukanya. Diperhatikan dengan teliti maklumat di dalamnya.
"Bajet yang mereka cadangkan sangat kecil. Bincang semula dengan client. Sekurang-kurangnya projek ni memerlukan 500k. Kalau mereka enggan menukar bajet, kita terpaksa ubah plan atau reject proposal ni."
"Baiklah." Khairul mengambil semula fail itu.
Ashila menekan butang interkom.
"Effendy ada di luar, Airina?"
"Ya, puan."
"Panggil dia masuk."
"Baik."
Pintu bilik dibuka semula. Kini muka yang paling orang benci untuk berjumpa, hatta Ashila sekalipun, telah muncul. Effendy hanya berjalan selamba dalam kot biru gelapnya. Orang korporat, kan.
"Kau panggil dia untuk bincang hal semalam?" Khairul menukar mod formaliti kepada kasual.
"Ya."
Ashila menarik nafas sedalam-dalamnya.
"Apa dah jadi, Ashila? 2 hari kau hilang tanpa notis. Aku dan yang lain tak dapat jejak lokasi kau. Ke mana kau menghilang?" Khairul mengeluarkan soalan bertalu-talu.
"Aku diserang hendap."
"Dengan musuh?" Itu dah biasa.
Ashila mengangguk. Khairul pelik. Ketuanya nampak seperti tidak diapa-apakan.
"Mereka bukan musuh aku." Yang ni pelik. Masakan yang menyerang Ashila bukan musuhnya?
"Habistu siapa? Mana suami kau tu? Asal aku tak nampak batang hidung dia semalam?" Kini giliran Effendy pula bertanya.
"Dia..." Ashila terhenti. Dada dia tiba-tiba terasa sendat.
"Ashila, kau ok ke?" Khairul risau dengan kebisuan ketuanya.
Ashoka mengangguk perlahan. Dia melepaskan nafas berat. Lalu dia memandang wajah kedua-dua orang pekerjanya.
YOU ARE READING
Penawar Aku Seorang
Romansa(Not recommended for people under 18 years old to read. It doesn't have much adult content, but I really not recommended it) Here it it: Satu malam, Qazin diselamatkan seorang perempuan. Tuhan sahaja yang tahu rasa bersyukurnya ketika itu. Tetapi ap...