Bab 3

210 13 6
                                    

Sepanjang tempoh persiapan mereka untuk berkahwin, macam-macam perkara telah berlaku.

Effendy yang kurang ajarnya pergi cakap dekat semua ahli yang ketua mereka nak kahwin.

Akibatnya, dia hampir dihumbankan ke dalam laut. Mujur Khairul bertindak dengan bijak.

Dia memujuk Ashila untuk tidak membunuh Effendy dengan syarat, Effendy tidak akan menerima gaji selama 3 bulan. Syarat tu pun dipersetujui walaupun ada orang yang tidak puas hati.

"Ashila, kenapa kita perlu buat pelamin sekali?" soal Qazin.

"Aku tau kau teringin nak perkahwinan yang indah, kan?"

"Tak, aku tak pernah terfikir pun!" Qazin terdiam. Muka dia bertukar muram.

Ashila perasan dengan perubahan Qazin tetapi hanya mendiamkan diri sahaja. Selepas 3 minit, baru dia bersuara.

"Aku baru terfikirkan sesuatu."

"Apa dia?"

"Dengan keadaan kau yang miskin, ibubapa kau yang berhutang, pasti kau tak pernah terfikir untuk hidup bahagia, kan?"

Qazin mengeluh perlahan. Tekaan Ashila memang tepat sekali.

Qarun bangun dari duduknya. Kemudian dia memandang jam dinding.

Terus muka dia bertukar menjadi gelisah. Dah pukul 7:30 malam!

"Ermm Ashila, aku... tidur dululah, eh?" pamit Qazin. Terus dia ingin pergi tetapi terasa bahunya dipegang dari belakang.

"Nanti dulu!" kata Ashila. Qazin mula menggelabah.

"Aku tau, dah nak dekat malam." Dia menarik nafas panjang.

"Sepanjang tempoh dua hari, aku akan kawal nafsu aku. Jadi kau tak akan rasa letih sangat." Terus badan Qazin berpusing menghadapinya. Bahu Ashila dipegang dengan muka gembira.

"Betul ke?" soalnya teruja. Ashila hanya tersenyum nipis.

"Kau boleh tidur di bilik bawah. Nanti aku akan ubah kata laluan."

Dia menurunkan tangan Qazin yang berada di bahunya.

"Kau pergilah mandi. Lepas tu makan. Aku perlu pergi sekarang."

"Nanti, kau nak pergi mana?" soal Qazin apabila Ashila seperti ingin turun ke bawah.

"Aku perlu berlatih setiap malam supaya badan aku jadi letih," terang Ashila.

"Kenapa?" soal Qazin lagi.

Ashila memandang Qazin dengan mata yang tajam membuatkan dia terkejut. Ashila menggelengkan kepalanya. Kemudian dia memandang Qazin semula.

"Itulah antara cara supaya aku boleh kawal nafsu aku, Qazin." Terus dia pergi dari situ.

Qazin berasa bersalah terhadap Ashila. Tapi dia tak suka berzina, dia tak mahu jadi seperti ibu bapanya.

"Maafkan aku, Ashila. Kita belum sah lagi," kata Qazin sendirian.

Dia termenung seketika memikirkan tentang perkahwinannya nanti.

Penawar Aku Seorang Where stories live. Discover now