Bab 4

176 12 10
                                    

"Aku tak sangka..." kata Effendy sambil mengelap air matanya.

"Apa?"

"Aku tahu Ashila muda lagi, tapi tak sangka benda ni akan berlaku secepat ni," kata Effendy.

"Diamlah, bodoh. Kau dah kenapa? Dia nak kahwin, yang kau nak menangis apehal?"

Khairul berasa sangat geram dan jengkel dengan perangai Effendy. Tadi masa Ashila nak disatukan dengan Qazin, sibuk Effendy menangis dengan kuat.

Khairul yang selalu bertindak dengan bijak, menarik telinga Effendy dengan kuat sehingga dia mengaduh sakit. Tak perlu bagi penjelasan sebab semua tetamu adalah anak buah Ashila sendiri.

Hanya tok kadi dengan wali hakim sekali dengan saksi-saksi tu je bukan. Tapi dia tak rasa pelik pun, sebab nasib ada ahli kumpulan perempuan yang datang. Demi ketua, mereka terpaksa pakai baju Melayu dan baju kurung serta selendang.

"Tadi kenapa kau tarik telinga aku? Sakitlah!" marah Effendy sambil menggosok telinga kirinya.

"Khairul."

Tuan badan segera berpaling. Apabila melihat siapa yang memanggilnya, terus dia menundukkan kepala. Effendy yang melihat gerangan orang tu, segera melakukan perkara yang sama.

"Ashila ada kat dalam ke?"

"Ya," jawab mereka serentak.

Lelaki itu tersenyum. Baguslah anak buah kepada anak jagaannya tahu menghormati dia.

Dia berpusing untuk pergi.

"Nanti, pakcik muda nak ke mana? Ashila belum berjumpa pak cik muda lagi," kata Khairul apabila lelaki itu seperti mahu pergi.

Alahai, dia panggil aku pakcik muda sama macam Ashila, gumam hati lelaki itu.

"Aku nak ke dewan dulu. Kalau dia tanya mana aku, cakaplah nanti aku jumpa dia kat dewan masa acara bersanding," kata lelaki itu.

Dia terus pergi dengan laju sekali. Khairul dan Effendy hanya memandang kelibat kereta itu menghilang.

"Sampai sekarang aku tak tahu, kenapa kita kena panggil dia pakcik muda? Dia nampak macam dah tua," kata Effendy.

"Ashila anak didik kepada pakcik muda semasa dia remaja. Dia yang panggil pakcik muda, kitorang ikut je.  Dia yang suruh, kalau dia panggil seseorang dengan nama panggilan, kitorang kena ikut juga sebut nama panggilan orang tu."

"Peliklah dua beranak ni." Effendy sedang mengalami stress.

"Cubalah kau cakap macam tu depan dua orang tu," cabar Khairul.

"Dahlah, kita kena pergi sekarang. Sekejap lagi majlis ni nak habis."

"Kenapa pula? Kenapa kena pergi sekarang?" soal Effendy tak puas hati.

"Kita pengacara, tak guna." Aku tau kau tak dengar apa yang Ashila cakap hari tu, sambungnya dalam hati.

"Aduh, kau sorang jelah jadi pengacara. Aku nak tunggu sini sampai habis."

Penawar Aku Seorang Where stories live. Discover now