Bab 18

15 1 0
                                    

"Bluerkkkkk!"

Ashila mengesat mulutnya. Dia memandang cermin dengan keing yang berkerut. Kepalanya terasa berpusing-pusing seperti ada angin puting beliung.

'Pelik, aku tak pernah rasa macam ni. Takkan aku sakit sikit sampai muntah?', soal Ashila dalam hati.

Memang sejak bangun tadi, sakit kepala terus menyerang. Suhu badannya terasa lebih tinggi dari biasa. Dia telah menelefon pembantunya untuk membatalkan sebarang meetings yang ada pada hari ni.

"Puan, apa kata puan pergi ke klinik? Saya risau kalau demam puan melarat," kata Airina dengan nada yang risau.

"Hmm..." Ashila tak larat nak jawab.

Petangnya, dia pergi juga ke hospital lepas demam dia dah kebah sedikit. Tak sangka dia akan dapat satu kejutan di situ.

"Tahniah, puan! Sudah 3 minggu puan dah mengandung!" ucap doktor perempuan itu dengan nada yang gembira.

Ashila terpaku. Dirinya bagaikan berada di satu ruang yang putih dan kosong. Dia tidak tahu nak berikan reaksi apa.

"Puan tak apa-apa ke?" Doktor itu menggoyangkan tangan di depan mukanya. Ashila tersedar.

"Terima kasih, doktor."

Dia terus bangun dan berlalu keluar dari bilik itu. Wajah doktor perempuan itu bertukar kepada risau.

"Takkanlah kot?" Dia buat perkara jijik tu?

Selepas habis membayar bil perubatan dan ubat, Ashila terus menuju ke keretanya.

Pintu dibuka, dan di terus masuk. Tapi ejen tidak dihidupkan segera, dia kembali termenung.

Matanya memandang ke bawah, bahagian perut. Perlahan-lahan, dia menggosok perutnya yang kempis. Matanya tiba-tiba berair.

Andaikan bagus jikalau Qazin dapat mendengar berita gembira ni. Ashoka tahu, betapa Qazin inginkan cahaya mata sejak mereka kahwin.

"Kanda kalau boleh nak dua satu anak lelaki, satu anak perempuan. Nak sepasang camtu." Qazin tersenyum sambil memegang tangan Ashila.

"Kenapa nak anak lelaki?" soal Ashila ingin tahu.

"Supaya dia dapat warisi muka kanda!"

"Habistu, kenapa nak anak perempuan?"

"Sebab kanda nak dia warisi wajah jelita adinda."

Qazin mengusap pipi Ashila lalu mengucupnya. Ashila hanya melentokkan kepalanya di bahu Qazin.

***

"Tahniah." Zafri menepuk tangannya. Bahu Qazin ditepuk-tepuk dengan mesra.

Akhirnya dia dan Mira disatukan juga sebagai pasangan yang sah. Walaupun hati dia tak mahu, tak mungkin dia dapat melawan kehendak mereka berdua.

"Mulai sekarang, kau dah jadi sebahagian dari keluarga aku. Selamat datang, selamat datang." Zafri tergelak-gelak sambil memandang ke arah Qazin.

Penawar Aku Seorang Where stories live. Discover now