"Mana Ashila ni? Bukan, adinda." Qazin berasa resah.
Dia cuba mendail nombor isterinya, tapi masih tak diangkat. Ashila ada memberitahunya kalau lambat, dia boleh makan dulu. Tapi Qazin masih nak makan bersama Ashila.
Dia memandang jam yang berada di dinding. Dah pukul 7:30 malam. Waktu maghrib dah masuk. Baik dia solat dulu.
***
"Korang masih tak ambik pengajaran daripada kejadian tu ke?"
Ashila mematahkan jari-jemarinya serentak. Orang lain berundur ke belakang.
"Siapa yang mulakan pergaduhan ni tadi?" soal Ashila garang. Dia memprovok semua anak buahnya.
Mereka semua diam. Tak berani nak bercakap apa-apa. Tapi dalam hati masih ada perasaan dendam antara satu sama lain.
"Korang!" kata Ashila kuat.
"Disebabkan korang, aku terlepas makan malam dengan suami aku. Sebagai balasan, semua akan dihukum."
Memang ayat Ashila kedengaran sedikit lucu, tapi jangan sesekali meremehkan dia apabila dia menjatuhkan hukuman.
"Keahlian korang sebagai ahli kumpulan ni akan digantung selama sebulan tanpa gaji," kata Ashila dengan tegas. Semua orang tersentak.
Digantung sebulan? Tanpa gaji pula tu? Macam mana diorang nak sara hidup selama sebulan kalau macam ni?
"Apa? Tak puas hati?" sindir Ashila.
Memang ramai yang tak suka cara Ashila, tak kurang juga yang membencinya. Kebanyakannya daripada ahli kumpulan yang dirampas Ashila.
Layanan Ashila terhadap semua anak buahnya pun sama je. Takde yang dapat layanan lebih, kecuali kepada orang yang memegang jawatan tinggi.
"Huh, menyusahkan orang jelah. Kalau nak gaduh sangat, pergilah Palestin tu, lawan tentera yahudi tu semua," sindir Ashila lagi.
Dia berlalu pergi setelah habis bercakap. Dia tahu, memang takde satu pun anak buah dia yang berani melawan cakap walaupun tak suka.
Kecuali seorang sahaja. Sayangnya dia dah keluar dari kumpulan dan bekerja dengan sebuah syarikat.
***
Selepas Ashila pergi, Khairul dan Effendy yang mengambil alih. Diberi perintah supaya setiap orang disitu memberikannya nama dan segala data penting mereka untuk direkodkan.
Dia juga mengatakan hukuman yang Ashila katakan tadi berjalan mulai esok. Khairul cuba memujuk mereka dengan mengatakan bahawa Ashila buat begitu supaya mereka tidak bergaduh lagi dan sedar akan kesilapan sendiri.
Tapi Effendy yang tiada kena-mengena, menyibuk dengan menjadi batu api.
"Hahahahahahha, padan muka! Siapa suruh gaduh, kan dah tak dapat gaji. Meranalah korang sebulan ni nak cari makan," kata dengan Effendy dengan sinis sekali. Khairul yang melihat perangai Effendy, hanya membiarkannya.
Perang nak meletus, buat apa nak halang. Lagipun Ashila dah balik. Takde guna dah pun nak halang.
"Kau lagi teruk! Gaji tiga bulan ke potong, tapi kena kerja. Betul tak?" kata salah seorang dari mereka lalu disambut gelak yang kuat secara serentak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penawar Aku Seorang
Romance(Not recommended for people under 18 years old to read. It doesn't have much adult content, but I really not recommended it) Here it it: Satu malam, Qazin diselamatkan seorang perempuan. Tuhan sahaja yang tahu rasa bersyukurnya ketika itu. Tetapi ap...