Bab 7

137 9 3
                                        

Di hotel

Mereka mengemas pakaian sebelum pulang. Mereka berdua hanya duduk di situ selama 2 hari satu malam saja.

Selepas menerima tawaran Ashila tadi, Qazin hanya menutup bibirnya. Badan dia bergerak, tapi kotak suara dia yang tidak digunakan membuatkan dia seolah-olah bisu. Sebenarnya Qazin tak tahu nak cakap apa.

Apa yang Qazin rasa adalah malu! Malu pada Ashila. Malu pada orang lain. Malu pada diri sendiri.

Tak sangka, dengan tawaran Ashila saja, dia berubah fikiran dengan sekelip mata. Qazin rasa dia tidak mempunyai pendirian yang tetap.

Tapi dia berharap dengan peribahasa ni, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, bukan ditujukan untuk dirinya.

"Jadi, kita kena pergi sekarang. Mari balik, Qazin," kata Ashila.

"Baiklah."

+++

Dalam kereta, Khairul dan Effendy hanya mendiamkan diri. Khairul memandu dengan tenang walaupun dia berasa sedikit gelisah.

Kalau Ashila marah, hukumannya agak berat. Bukan ketuanya itu yang akan memberikan hukuman, tapi ketua besar mereka, yang lebih dikenali sebagai pakcik muda, yang akan berikan hukuman.

Hukuman itu pula memang dalam poket mereka berdua je. Agak menakutkan sebenarnya bila difikirkan.

Menakutkan sampai buat Effendy di sebelah Khairul menggigil.

"Kenapa kau menggigil?" soal Ashila kepada Effendy.

"Kereta ni sejuk sangat," jawab Effendy.

"Sejuk?"

Ashila memandang penghawa dingin. Kemudian dia melihat nombor penetap suhu pula.

"Turunkan suhu tu. Siapa nak bayar duit minyak antara korang lepas ni?"

Khairul menurunkan suhu seperti yang disuruh. Siapa yang berani lawan cakap ketua?

***

Seorang lelaki berjalan sendirian di lorong gelap yang sunyi. Tidak peduli langsung dengan penagih-penagih dadah di situ.

Dia pusing ke belakang secara tiba-tiba. Dia melihat sebuah kereta berwarna gelap, tak pasti sebab masa sekarang adalah waktu malam.

Tapi dia tak pedulikan yang itu. Yang dia kisah adalah, siapa penumpangnya.

Lelaki itu menyeluk poketnya dan mengeluarkan sehelai gambar. Gambar yang tidak boleh dilihat langsung kerana kecerahan yang berada di bawah satu peratus.

Dia menyimpan gambar tu semula. Kemudian dia mengeluarkan sejenis kunci yang biasa dilihat.

Lelaki itu meneruskan perjalanannya sampai ke sebuah objek. Dia duduk di atas benda itu lantas memasukkan kunci.

Kunci dipulas. Minyak ditekan. Dengan segera, dia meninggalkan tempat itu.

Fokus utama dia sedang berada dalam genggamannya. Dia tak boleh bazirkan masa, sebab masa itu...

Emas.

Penawar Aku Seorang Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang