Bab 9

119 7 0
                                        

Dah lapan hari sejak hari mereka disahkan sebagai suami isteri. Kenapa dengan hari kelapan? Mari kita perhatikan.

Qazin yang berada di dapur, sedang membasuh beras untuk memasak nasi. Dah biasa, tak disuruh pun dia akan buat.

Bila dilihat dari luar, baru dia perasan. Rumah Ashila rumah teres dua tingkat. Tapi takde jiran, pelik.

Sejak tinggal di sini, dia dilayan seperti... haiwan peliharaan. Dijaga dengan elok, tapi tetap kena ikut arahan Ashila. Bila waktu hampir malam, dia memang takkan ada peluang nak lari.

Pelbagai cara Ashila seksa dia ketika bersama. Ikat dia, rantai dia dan gari dia. Semua tu supaya dia tak larikan diri.

Walau bagaimanapun, Ashila jenis yang menepati kata-katanya. Dia dibawa ke tempat yang mahal dan menarik. Dibelikan apa sahaja yang dia mahu.

Pikat Ashila? Rasanya dia seperti mahu ubah fikiran dia tentang perkara tu.

Qazin mula memanaskan nasi. Lauk dah siap dihidang atas meja. Memang kena tunggu nasi masak jelah.

Ashila keluar. Katanya dia ada kerja. Qazin anggap Ashila cuma nak pergi kerja macam orang lain.

Tapi bila difikirkan balik, kerja apa yang dia buat sampai dapat beri dua jongkong emas kepada orang?

***

Ashila memulas tolol pintu.

Berkunci.

Dia mengeluarkan kunci rumahnya dengan rasa malas. Selepas memasukkan kunci ke dalam lubang kunci, dia memulas tombol pintu semula.

Hari yang begitu memenatkan bagi dia. Berlawan dengan musuh untuk merampas kawasan mereka, ahli kumpulan yang tidak beri kerjasama. Semua tu agak menyusahkannya. Bukan agak, tapi sangat menyusahkan.

Sebab tulah, dia ambil keputusan untuk balik lebih awal. Dia taknak bergaduh dengan mereka, kalau tak akan berlaku pergaduhan yang lebih menyusahkan.

Ashila mengunci pintu semula. Kemudian dia melihat Qazin baru keluar dari bahagian dapur. Dengan muka yang tiada perasaan, dia melangkah ke arah dapur.

"Ashila." Panggil Qazin. Ashila berhenti melangkah.

"Apa?" Dia menoleh memandang Qazin.

Qazin menarik nafas panjang. Kemudian dia mendekati Ashila. Kedua-dua tangan Ashila dipegang lalu ditariknya.

Dia merenung Ashila dan begitulah sebaliknya. Pandangan Ashila membuatkan jantungnya berdegup kencang.

"Apa?" soal Ashila lagi.

Secara perlahan, dia menarik tangan Ashila mendekati bibirnya. Walaupun berasa gugup, dia tahu, dia perlu berani.

Cup!

Satu ciuman lembut hinggap di tangan Ashila membuatkan dia terkelu. Qazin memandang Ashila pula. Dia mula tersenyum nipis.

"Selamat pulang Ashila," ucap Qazin.

Ashila yang baru tersedar, terus merentap kasar tangannya. Dia terus berpaling dan terus melangkah ke arah tangga.

Penawar Aku Seorang Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang