Bab 2

237 15 9
                                        

"Camne aku nak keluar ni?" Qazin menggaru kepalanya. Tombol pintu berkunci dan dia perasan, ianya perlukan akses cap jari sebagai kunci buka.

Dia cuba menendang pintu itu. Tapi tak boleh. Pintu itu seperti besi yang disaluti kayu jati yang sangat kuat.

"Ahhh laparnya..." rintih Qazin. Dia memegang perutnya yang dah lama kosong. Hampir dua hari dia tidak makan.

"Arghh tidak, sakit!" Qazin membaringkan tubuhnya di atas katil. Dia melenturkan badan seperti bola sambil mencengkam perutnya. Air matanya tidak dapat ditahan.

"Mak, tolonggg..." Pandangan Qazin kabur. Dan kemudian pitam.

Pintu bilik terbuka. Ashila masuk kemudian melihat jasad Qazin yang terbaring kaku di atas katil.

Dia mendekati jasad itu kemudian melabuhkan duduk di atas katil. Matanya terarah pada tangan Qazin yang sedang memegang perutnya. Terus dia mengeluarkan iphonenya. Nombor seseorang didail.

"Hei," sapa Ashila. Kemudian dia diam seketika.

"Beli set lunch di restoran tu," kata Ashila ringkas. Terus dia matikan iphonenya. Dia pandang muka Qazin semula.

"Lemah."

***

Qazin tersedar. Dia melihat Ashila yang sedang merenung dinding. Tapi dirinya masih lemah.

"Ashila." panggil Qazin perlahan.

"Hmm." sahut Ashila.

"Ak...aku...," kata Qazin tersekat-sekat.

"Apa?"

"Lapar." Ashila memandang dia. Kemudian dia menunjuk bungkusan makanan di atas meja di tepi katil.

"Tu, ada makanan. Pergi makan." arah Ashila. Qazin mengangguk lemah. Kemudian dia mengesot tubuhnya sampai hujung katil. Berhati-hati dia melangkah ke bilik air. Ashila hanya memerhati.

Qazin keluar dengan muka yang sedikit segar dan tangan yang sudah dibasuh. Dia duduk semula di atas katil. Bungkusan itu diambil lalu dibuka. Selesai baca doa, dia terus menyuap dengan berselera.

"Cepat sikit makan, lagi satu jam kita nak main lagi." kata Ashila. Qazin tersedak. Dia mencapai botol air yang ada di situ. Diteguk menghilangkan perit di tekaknya. Ashila hanya melihat tanpa menolong.

"Ashila..." panggil Qazin tanpa memandang Ashila.

"Hmm, apa?"

"Boleh tak kalau kita err..."

"Apa dia?"

"Kita...kahwin je?" Terus muka Qazin bertukar merah. Ashila menjongketkan kening.

"Kenapa?"

"Sebab saya taknak buat benda ni tanpa...hmm...tanpa..."

"Tanpa ikatan yang sah? Kau taknak berzina, camtu ke?" soal Ashila tenang. Qazin hanya mengangguk malu.

"Baiklah" jawab Ashila. Terus Qazin memandang Ashila dengan terkejut.

"Betul ke?"

"Aku hormat permintaan kau yang ni. Itu saje." Qazin terus bersyukur. Cepat-cepat dia mengemas tempat itu. Dia pergi ke bilik air untuk membasuh tangan.

Selesai mencuci tangan, dia keluar dari bilik air. Tergamam dia melihat Ashila yang sudah separuh bogel sedang berbaring di atas tilam. Kaki dia kaku untuk melangkah walau seinci lagi.

"Aku hormat permintaan kau yang tadi, tapi kau stil kena layan aku sebelum atau selepas kahwin. Cepat ke sini, Qazin," kata Ashila menggoda. Qazin masih kaku.

"Jangan sampai aku guna benda ni." Ashila menunjukkan selaras pistol berwarna silver di tangannya. Qazin terkejut. Tubuh dia terus menggeletar kuat.

"Cepat, Qazin." suara Ashila makin kuat. Qazin dengan berat hatinya melangkah perlahan ke arah katil.

Sampai dia tepi katil, terus lengannya ditarik kuat menyebabkan dia terhempas badan Ashila.

Dia mengangkat muka dan pandangan mereka berbalas. Muka Qazin sudah merah kerana terkedu manakala Ashila hanya tersenyum menggoda.

Bibir mereka perlahan-lahan bertaut.

***

"Wei Khairul," panggil Effendy. Khairul menoleh.

"Apa?" soalnya kasar.

"Kenapa kat atas macam dengar suara lelaki je?" soal Effendy merujuk kepada bilik Ashila.

"Bodohlah kau ni!" marah Khairul. Terus dia capai kunci kereta dan berjalan ke arah pintu keluar.

"Wowoi, kau nak pergi mana, ha?" soal Effendy kuat. Khairul menjeling.

"Balik. Dah malam, kan?"

"Wei, tunggulah! Awal lagi," kata Effendy.

"Kau tak nampak tu?" Jari ditunjuk ke arah tangga. Effendi cuba membacanya.

Korang boleh blah sekarang. Aku sibuk.

"Dia sibuk apa?" soal Effendy lagi.

"Eh banyak soallah kau. Buat aku bengang jelah." Khairul dah mula buka pintu.

"Wei nantilah. Kau lupa ke kita ni rakan serumah?" Khairul menoleh semula. Dia tayang muka biadab.

"Kita tak pernah jadi rakan," kata dia selamba. Effendy tergamam. Hati dia terasa pedih.

"Sedihnya aku rasa. Dah setahun kita kenal, kau anggap aku ni masih kenalan kau ke?"

Effendy mengambil jaketnya yang disangkutkan di kerusi. Dia perlu cepat sebelum Khairul tinggalkan dia. Sebelum pergi, dia mengunci pintu terlebih dahulu.

3 minit kemudian

"Opss, terlupa kunci rumah." Effendy muncul dan mencapai segugus kunci di atas meja.

Sebelum keluar, dia terdengar raungan di tingkat atas. Dia meletak semula kunci tadi dan didekatkan dirinya dengan arah tangga.

"Arghh Ashila, cukup! Saya letih! Jangan... arghh!" Hanya suara Qazin sahaja kedengaran.

"Huh, amatur," kutuk Effendy.

Dia keluar dari rumah itu selepas mengunci pintu. Tapi dia lupa satu perkara, kunci tadi masih berada di atas meja. Dia tertinggal kunci rumah sendiri lagi.

Penawar Aku Seorang Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang