Bab 3

1K 85 1
                                    

Nayla sekali dipanggil oleh Puan Zulaikha. Nayla punya dapat rasakan apapun yang akan diberitahu oleh Puan Zulaikha akan merubah hidupnya yang tenang dan damai itu.

"Hah?! Puan nak saya uruskan Suite tu?" Hampir terbuntang mata Nayla. Benda yang paling ingin dielakkan malah terjadi juga.

"Untuk seminggu ni je Nayla. Sebab Encik Redza bagitahu, Encik Adeel puas hati dengan service Nayla," ujar Puan Zulaikha. Nayla gigit bibir. Adeel mungkin suka sebab dia tidak tahu siapa yang mengemas suite yang didiaminya itu.  Akan tetapi jika lelaki itu tahu Naylalah yang telah membersihkan ruangan itu, pasti dia tidak suka.

"Tak ada orang lain ke Puan?" Nayla cuba lagi. Kalau boleh sedaya upaya dia ingin mengelak daripada bertembung dengan Adeel Ukasyaf.

"Tak boleh. Mesti awak jugak," Puan Zulaikha menggeleng keras. Nayla menghela nafas lemah. Mahu tak mahu terpaksalah Nayla menjadi housekepeer suite tersebut untuk jangka masa terdekat ini.

Apa yang perlu dilakukannya cuma satu? Elakkan daripada bertemu dengan lelaki yang bernama Adeel Ukasyaf. Jika tidak, dia sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku. Dia tidak mahu berjumpa lelaki itu setelah apa yang berlaku di antara mereka 7 tahun yang lalu. Bagi Nayla Aryana yang lepas biarlah berlalu.

Setelah memastikan Adeel Ukasyaf tiada di Suite, Nayla Aryana terus ke sana untuk mengemas dan membersihkan suite tersebut. Mujurlah, Adeel bukan jenis yang suka mengadakan parti, jika tidak jenuh juga dia hendak membersihkan segala kekotoran. Usai mengemas, Nayla bergegas keluar.

***

"Puan Ika minta kau kemas suite tu?"

Nayla angguk kepala. Air milo di dalam cawan yang masih suam dihirup sedikit. Mujurlah setakat hari ini dia masih belum bertemu dengan penghuni Suite tersebut.

"Tapi okaylah tu kan. Boleh kau terserempak dengan Encik Adeel selalu. Cuci mata katakan," ujar Maya sambil tersenyum dan duduk di hadapannya. Nayla mencebik. Tak ada maknanya cuci mata. Nanti tak pasal-pasal jadi cuci telinga.

"Tak mau aku cuci mata," cebih Nayla Aryana.

"Nayla, kau nak kenal kawan aku tak?" Maya tiba-tiba berkata. Keningnya dijongketkan berkali-kali. Nayla kerut kening.

"Kenal apa?" soalnya.

"Ada kawan aku berminat nak kenal dengan kau. Kau berminat tak nak kenal dengan dia?" Maya bertanya sedikit teruja. Nayla senyum nipis. Bukan dia tidak ingin berkenalan dengan sesiapa. Cuma dia masih belum bersedia untuk membuka pintu hatinya pada sesiapa.

"Sorry lah Maya. Aku bukan tak nak tau. Cuma aku rasa buat masa sekarang, aku masih belum ready nak berkenalan dengan sesiapa. Aku ni berfikir, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana betul tak?"

Maya menghela nafas lemah. 

"Yalah Cik Nayla Aryana ku yang senantiasa positif. Kan ku sematkan dalam minda ini," sempat Maya mengajuk kawannya itu. Nayla melemparkan jelingan kecil.

***

Keesokannya, Nayla Aryana bergegas ke suite untuk mengemas. Baru sahaja Nayla membuka pintu Suite itu, suara gelak tawa kedengaran dari dalam. Secara automatik kaki Nayla berhenti. Dia salah waktukah? Selalunya jam sebegini tiada sesiapa di suite itu. Ketika itu juga, telefon Nayla berdering minta diangkat. Dengan kalut dan panik, Nayla menjawab panggilan tersebut.

"Hello Nayla?" suara Puan Zulaikha menyapa telinganya.

"Hello Puan," Nayla berbisik. Tidak mahu suaranya didengari oleh sesiapa.

"Kenapa kamu berbisik? Anyway, saya lupa nak bagitahu kamu pagi tadi. Hari ni tak perlu kemas suite sebab Encik Adeel ada tetamu,"

Hampir sahaja Nayla menjerit melepaskan geram pada Puan Zulaikha. Dah tahu kenapa tak maklumkan awal-awal. Sebaik sahaja menamatkan panggilan, Nayla melangkah untuk berlalu.

"Who's there?"  Satu suara menyapa. Nayla yang ketika itu ingin membuka pintu menelan air liur. Perlahan-lahan dia menoleh. Dari suara dia tahu pemilik suara itu bukan Adeel Ukasyaf. Jadi, Nayla sedikit lega.

"I'm sorry.  Saya baru dapat notice Encik Adeel ada tetamu. Saya minta diri dulu ya Encik," tanpa menunggu balasan lelaki itu, Nayla bergegas keluar. Lelaki yang baru menegur Nayla itu masih diam berdiri di situ, seakan sedang memikirkan sesuatu.

"Tengok apa?" Adeel yang baru keluar dari bilik bertanya. Lelaki yang 7 tahun lebih tua daripada Adeel itu memandangnya.

"The housekeeper, she seems familiar,"
ujar Nadzmi Nazim yang berusia 34 itu. Dia sudah mengenali Adeel melalui bidang perniagaan selama 2 tahun.

"Jangan cakap dengan aku, housekeeper pun kau nak ngorat,"  Adeel Ukasyaf yang kenal dengan perangai sweet talker Nadzmi itu berkata. Kali ini giliran Nadzmi pula tayang muka annoyed.

"Kau pun agak-agaklah. Aku cakap muka dia familiar. Cara kau cakap tu macam semua benda aku try,"

Adeel Ukasyaf ketawa besar. Dengan gurauan itu mereka melangkah ke arah kawan-kawan mereka yang lain.

***

Nayla dapat menarik nafas lega memandangkan hari ini dia dapat mengelak dengan jayanya tanpa usaha. Walau bagaimanapun, bila difikirkan kembali esok mungkin mengambil masa yang lama untuk membersih dan mengemas suite tersebut memandangkan ada tetamu lain yang hadir.

Hari seterusnya, Nayla ke suite untuk mengemas saat penghuni suite itu tiada di situ. Ralit mengemas, Nayla terdengar bunyi keypad di pintu suite. Apa lagi, gadis itu terus panik. Dia masih pun belum selesai mengemas.

"Kenapa awal sangat dia balik?" Nayla berkata panik. Dia terus melarikan diri ke dapur saat bunyi pintu dibuka menyapa telinganya.

Nayla menggigit pipi dan berdoa semoga Adeel Ukasyaf cuma singgah sebentar sahaja dan akan kembali keluar. Suasana bertukar diam. Nayla berfikir mungkin Adeel Ukasyaf sudah melangkah masuk ke bilik. Dalam masa yang sama, Nayla sudah merancang untuk melarikan diri. Setelah memastikan ruang hadapan kosong, Nayla keluar dari dapur.

Baru sahaja tiba di ruang hadapan hampir ke pintu, Nayla mendengar lagi bunyi keypad pintu ditekan. Belum sempat Nayla melarikan diri. Pintu dibuka. Ketika itu, matanya bertembung dengan mata Adeel Ukasyaf lelaki yang cuba dielaknya. Setelah menyedari dirinya, pandangan Adeel Ukasyaf bertukar dingin.

"Nayla Aryana," namanya disebut dengan penuh dingin dan rasa benci.

JANGAN LUPA VOTE & COMMENT

Hate Love Series
anissyaaa

HATE LOVE Where stories live. Discover now