Bab 16

1.1K 85 2
                                    

"Maya," Nayla terus melangkah laju dan memeluk erat sahabatnya itu. Maya yang baru tiba itu turut membalas pelukan Nayla dengan erat. Dia dapat rasakan pelukan Nayla itu bagai diselitkan berjuta kata dan perasaan yang ingin diluahkan.

Nayla pula lega apabila dia dapat berjumpa kembali dengan Maya. Walaupun sudah beberapa kali tertunda untuk bertemu wanita itu, akhirnya Maya tetap menunaikan janji mereka.

"Kau okay tak ni? Kenapa muka macam tak bermaya je?" Maya menegur sahabatnya itu. Satu senyuman kelat terlukis di bibir Nayla.

"Kasyaf bagi aku pilihan," Nayla mulakan bicara. Maya kerut dahi.

"Pilihan pertama, aku akan tetap jadi isteri dia yang paling dibenci. Kedua, dia nak aku lahirkan anak untuk dia. Barulah dia lepaskan aku," ujar Nayla dengan wajah tidak berperasaan. Lain pula reaksi Maya. Wanita itu kelihatan terkejut.

"What?" suara Maya meninggi sedikit. Nayla sekadar senyum nipis.

"Kedua-dua pilihan tu susah aku nak terima Maya. Mana mungkin aku sanggup tak jumpa dengan anak aku lagi Maya," ujar Nayla dengan nada sedih. Wajahnya sugul. Sinar matanya juga hilang.

Maya mula rasa mendidih. Lelaki bernama Adeel Ukasyaf memang melampau. Tiada hati perut. Sanggup untuk memberikan pilihan yang berat sebelah untuk sahabatnya itu.

"Itu dah melampau tu Nayla! Kau tak payah ikut apa dia nak! Merepek!
" Maya berkata marah. Kalau asap boleh keluar dari telinga sudah lama telinganya berasap.

"Tapi aku tak sanggup untuk terus hidup dengan orang yang bencikan aku Maya. Sakit Maya. Sakit sangat. Bila orang yang aku sayang, pandang hina pada aku," air mata Nayla gugur di hadapan Maya. Tidak sanggup melihat sahabatnya menangis, Maya menarik Nayla ke dakapannya. Hanya kata-kata dorongan sahaja yang mampu diberikan.

"Apapun keputusan kau, aku akan tetap sokong kau. Buatlah keputusan yang kau rasa terbaik untuk kau Nayla. Aku ada. Aku mungkin tak dapat tolong banyak, tapi kalau kau perlukan aku. Aku akan ada dengan kau," Maya berkata ikhlas sambil mengusap belakang Nayla. Nayla pula sudah teresak-esak. Sepuluh minit kemudian, Nayla akhirnya tenang.

Maya memandang sahabatnya yang hanya diam itu. Barangkali sedang berfikir.

"Nayla?"

"Aku rasa aku dah ada keputusan," Nayla pandang Maya. "Biarlah itu jadi hadiah terakhir aku untuk dia. Sebagai penebus dosa aku pada dia," kata Nayla pasrah.

"Nayla. Kau tak salah. Kau tak pernah salah. Jadi jangan salahkan diri kau. Aku akan cuba cari peguam yang terbaik untuk tolong kau. Jangan putus asa Nayla," ujar Maya memberi dorongan. Nayla hanya sekadar mengukir senyuman nipis.

"Thank you Maya. Kau dah banyak tolong aku. Kalau tak ada kau, aku taktahulah apa jadi dengan aku sekarang," kata Nayla bersyukur. Benar, tanpa bantuan Maya, Nayla mungkin lagi hidup sebagai gelandangan ketika ini. Saat ini juga, hanya Mayalah sahabat dan keluarganya.

"Janganlah cakap macam tu. Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri. Dah tak mau sedih-sedih. Jom teman aku jalan-jalan kawasan sini," Maya cuba mengubah topik agar Nayla kembali ceria. Nayla mengulum senyuman lebar.

"Jom,"

****

Seharian Maya dan Nayla berjalan-jalan di sekitar kawasan Johor itu. Ketika sedang membeli jajang untuk mengisi perut, Nayla disapa seseorang.

"Rya?"

Nayla menoleh. Hanya dua orang sahaja yang memanggilnya dengan gelaran tersebut.

"Doktor?" Nayla kelihatan terkejut melihat Adham di situ.

HATE LOVE Where stories live. Discover now