Nayla bangun untuk solat subuh ketika jam masih menunjukkan waktu pukul 6 pagi. Setelah selesai mandi dan solat subuh, Nayla perasan Adeel Ukasyaf yang selalunya sudah selesai mandi ketika itu masih lenang berselimut di atas katil. Haura mengerling jam berdekatan. Angka sudah hampir menganjak ke 6.45 pagi.
Nayla kedut dahi. Biasanya lelaki itu sudah siap mandi dan sedang bersiap untuk ke tempat kerja pada jam ini. Sambil melipat sejadah dan telekungnya, Nayla mendongak untuk melihat Adeel Ukasyaf yang masih terbaring. Dia berkira-kira untuk mengejutkan Adeel ataupun. Risau kalau dia kejutkan, dia pula yang akan dimarahi. Akan tetapi waktu subuh juga hampir tamat.
Dengan lafaz bismillah di dalam hati, Nayla melangkah menuju ke katil lelaki itu.
"Encik Adeel?" Nayla memanggil dengan perlahan. Tiada respons. Nayla telan air liur. Sekali lagi dia panggil dengan nada yang kuat sedikit dari tadi. Adeel Ukasyaf sekadar mengerang.
"Encik Adeel, subuh dah nak berlalu. Encik tak nak solat ke?" Nayla berbisik di telinga Adeel. Namun begitu, lelaki itu tetap tidak berganjak. Nayla cekak pinggang. Selalunya senang sungguh lelaki bernama Adeel ini bangun. Apa masalah pula pagi ini?
Nayla cuit bahu Adeel Ukasyaf, masih sama tiada respons. Dengan perasaan sedikit geram, Nayla menolak bahu lelaki itu. Ketika itu, Nayla dapat rasakan suhu badan Adeel yang panas. Nayla mula bimbang.
"Encik?" Nayla menyentuh bahu Adeel sekali lagi. Sah! Badan lelaki itu sangat panas.
Nayla terus menyentuh pula dahi lelaki itu.
"Ya Allah. Encik demam ni," Nayla berkata risau. Dia baru perasan tubuh Adeel ketika itu menggigil sedikit. Dia terus ke bilik air untuk mendapatkan air suam. Satu tuala kecik juga dicapai.
Tuala yang diambil itu dicelupkan ke dalam air suam yang diambilnya tadi. Lantas, tuala itu diletakkan ke atas dahi Adeel.
Nayla kemudiannya turun ke dapur dan memasakkan makanan yang sesuai untuk selera orang demam. Usai memasak, Nayla menggeledah almari yang menyimpan pelbagai ubat yang telah disediakan oleh Adeel setelah kejadian Nayla keluar seorang diri semata-mata untuk beli ubat.
Usai menyediakan bubur untuk Adeel, Nayla terus ke bilik. Tiba di bilik, Nayla melihat lelaki itu sedang duduk berbungkus di atas katil. Nayla mendekat.
"Encik?" Nayla menegur. Adeel yang kelihatan separa sedar itu mendongak ke arahnya.
"Rya?" nama yang terpancul keluar dari bibir Adeel itu membuatkan Nayla Aryana berdebar. Sejak berpiah, Adeel tidak lagi memanggilnya dengan panggilan itu.
"Bukan kau dah tinggalkan aku ?" soalan Adeel menyentak Nayla kembali ke dunia nyata. Hampir sahaja dia terlupa. Adeel memang begini apabila demam. Bila sistem badan lelaki itu lemah, lelaki itu seakan dalam dunianya sendiri.
"Encik makan bubur ni. Lepas tu makan ubat," Nayla meletakkan dulang berisi semangkuk bubur, segelas air dan ubat ke atas meja. Baru sahaja Nayla ingin berlalu, lengannya dipaut oleh Adeel.
Mata redup Adeel memandang tepat ke arahnya.
"Rya tak nak suap?"
Pertanyaan Adeel membuatkan Rya makin serba salah. Dia tahu Adeel Ukasyaf yang sekarang bukanlah Adeel Ukasyaf yang membencinya.
"Kasyaf makanlah, Rya nak turun masak," Nayla Aryana berkata lembut. Adeel Ukasyaf terus tarik muncung sambil berpeluk tubuh. Nayla kenal gaya itu. Adeel Ukasyaf merajuk. Bibir Nayla tidak dapat menahan senyum.
"Makanlah," Nayla pujuk dengan lembut akan tetapi lelaki itu tidak mahu memandangnya. Nayla duduk di tepi katil. Biarlah kali ini dia melayan lelaki itu.
YOU ARE READING
HATE LOVE
Storie d'amore"I hate you Nayla Aryana, God knows how much I hate you," Nayla Aryana hanya tenang menerima kata-kata kesat itu daripada Adeel Ukasyaf lelaki yang satu masa dulu merupakan cinta hatinya. "Bencilah saya semahunya Kasyaf. Sebab saya memang layak di...