"You know you deserve the slap right?"
Adeel Ukasyaf bertanya Nayla. Nayla hanya diam. Dia tidak mahu mengiya atau menidakkan. Cukuplah rasa sakit di pipi mengingatkan dia pada tamparan tadi."Lagi satu, sementara Adlin duduk sini. Kau pindah ke bilik bawah," ujar Adeel Ukasyaf. Nayla sekali lagi diam.
Kebisuan Nayla itu mengundang amarah dalam diri Adeel Ukasyaf."Kau bisu ke apa? Aku tengah cakap dengan kau? Tak reti nak jawab?" Adeel Ukasyaf menengking membuatkan Nayla tersentak.
"Faham Encik," balas Nayla lembut. Dia terus mengemas apa yang ada dan membawa bersama beg bagasinya turun ke bilik bawah. Tiba di bilik bawah, Nayla bersandar pada pintu.
Nayla duduk sambil memeluk lutut. Dia terasa ingin menangis, namun tiada air mata yang keluar.***
Tiga puluh minit yang lalu....
"Kau dah jumpa belum adik yang kau cari-cari tu?" Adeel Ukasyaf bertanya kawannya itu. Sejak hari itu, Nadzmi Nazim tak putus mencari satu-satunya adik kandungnya. Nadzmi ada 2 orang adik beradik tiri dan seorang adik kandung perempuan.
Nadzmi Nazim menghela nafas berat.
"Itulah masalahnya Deel. Aku dah pergi jumpa pengasuh adik aku dekat rumah lama tu. Pengasuh tu cakap, dah lama adik aku kena halau dari rumah tu," jelas Nadzmi dengan riak kesal. Adeel Ukasyaf mengerutkan dahi.
"Kena halau?" soalnya curious.
"Ya. Kena halau. Aku tak tahu sebab apa, tapi yang pasti apa yang jadi pada aku terjadi pada adik aku jugak," bagitahu Nadzmi Nazim. Adeel Ukasyaf menggulungkan lidah.
"Rumit jugak masalah keluarga kau ni," komen Adeel Ukasyaf. Nadzmi Nazim dibuang keluarga kerana memilih kerjaya sendiri. Adiknya pula akhirnya dihalau juga.
"Yang rumit tu bukan kitorang tapi bapak aku. Bapak aku paling pantang kalau orang tak ikut cakap dia. Kadang-kadang aku menyesal jugak dengan tindakan aku. Kalau tak sebab aku selfish dulu. Adik aku mungkin takkan kena halau. Sekarang ni pun aku tak tahu dia dekat mana. Aku risau sebab aku tahu dia tak pernah belajar survive sendiri," keluh Nadzmi Nazim menceritakan kegusarannya.
"Jangan risaulah. Aku yakin nanti kau akan jumpa dia jugak," ujar Adeel Ukasyaf.
Adeel Ukasyaf pulang ke rumah dan disambut dengan jeritan daripada Adlin. Satu keluhan berat terlepas dari bibirnya. Pasti Adleen sedang memarahi Nayla Aryana lagi. Adeel Ukasyaf melihat Nayla Aryana yang hanya diam membatu apabila ditengking oleh Adleen. Adeel Ukasyaf berasa hairan. Nayla Aryana bukanlah jenis wanita yang akan membiarkan sesiapa memarahinya.
Adeel Ukasyaf dipukul rasa berang apabila melihat pipi Nayla Aryana yang lebam. Namun memikirkan adiknya sendiri, Adeel Ukasyaf hanya membiarkan. Setelah Nayla Aryana naik ke atas, Adeel Ukasyaf menoleh ke arah Adleen.
"Adleen," Adeel Ukasyaf menegur dengan lembut.
"Apa? Salah ke apa Leen buat? Abang jangan lupa eh apa yang keluarga dia dah buat pada kita. Jangan sampai abang tergila-gila dekat dia lagi," Adleen memberi amaran. Adeel Ukasyaf menghela nafas lemah.
"Leen. I know what I'm doing. Leen tak payah masuk campur. Jangan naik tangan pada dia lagi," Adeel Ukasyaf memberi nasihat secara lembut. Adleen mengetap gigi menahan marah.
"Whatever!" Dengan rasa tidak puas hati yang masih membara, Adleen menghentak kaki masuk ke biliknya. Pintu bilik dihempas dengan kuat.
***
Usai menyediakan sarapan, seperti biasa Nayla mengemas rumah. Asyik mengemop lantai, Adleen yang baru bangun tidur menuju ke dapur. Sempat gadis itu melemparkan jelingan penuh perasaan ke arah Nayla. Nayla sekadar membiarkan.

YOU ARE READING
HATE LOVE
Romance"I hate you Nayla Aryana, God knows how much I hate you," Nayla Aryana hanya tenang menerima kata-kata kesat itu daripada Adeel Ukasyaf lelaki yang satu masa dulu merupakan cinta hatinya. "Bencilah saya semahunya Kasyaf. Sebab saya memang layak di...