Adeel Ukasyaf tidak singgah di Haven Hotel malah terus ke lapangan terbang membawa Nayla bersama. Sepanjang perjalanan ke Johor, Nayla diam tidak bersuara. Dia juga masih belum sempat memberitahu apa-apa pada Maya. Pasti kawannya itu sedang risau akan dirinya.
Tiba di lapangan terbang di Johor, seorang lelaki yang merupakan pemandu peribadi Adeel Ukasyaf menjemput mereka. Adeel Ukasyaf juga diam sepanjang perjalanan. Lansung tidak menegurnya. Nayla apatah lagi. Dia juga tidak tahu apa yang harus diperkatakan pada lelaki itu.
Kereta dipandu menuju ke sebuah rumah banglo milik Adeel Ukasyaf. Melihat banglo itu, Nayla dapat lihat kejayaan lelaki yang sedang bercakap di telefon ketika itu. Tidak dinafikan hatinya sedikit bangga melihat kejayaan Adeel Ukasyaf. Lelaki itu tidak pernah putus bercerita tentang impiannya satu ketika waktu mereka masih bersama dahulu.
"You did it, Kasyaf." bisik Nayla dengan senyum lembut di bibir. Hilang terus sakit kepalanya sepanjang perjalanan tadi. Walaupun dia tidak dapat mengecapi impiannya, sekurang-kurangnya dia dapat melihat lelaki itu berjaya.
"Tunggu apa lagi?" suara Adeel Ukasyaf mematikan lamunanya. Nayla melangkah masuk membututi Adeel. Tiba di dalam rumah, Nayla menanti Adeel Ukasyaf menunjukkan biliknya.
"Em, Encik. Bilik saya kat mana?" Nayla bertanya. Nayla masih selesa membahasakan Adeel sebagai 'Encik' walaupun hakikatnya status mereka berdua lebih daripada itu. Nayla tahu dia tidak layak untuk memegang status tersebut.
"Bilik kau?" Adeel Ukasyaf bertanya sinis. "Kau tak ada bilik. Kau tidur atas sofa bilik aku," balas Adeel Ukasyaf. Adeel Ukasyaf mengerutkan dahi melihat respons Nayla. Gadis dihadapannya itu hanya mengangguk setuju.
Benar. Waktu dulu pun, Nayla tidak pernah memilih akan tetapi sesenang itukah gadis itu menerima layanan itu?
"Pergi kemas barang barang kau. Aku ada meeting. Pandai-pandailah kau cari apa yang ada dekat dapur," dengan itu Adeel Ukasyaf terus berlalu meninggalkan Nayla dengan sebuah bagasi bersaiz sederhana.
Nayla mencebik.
"Bilik dia pun dia tak tunjuk dekat mana," cebik Nayla mengangkat bagasinya itu mendaki tangga. Satu persatu bilik di tingkat atas di buka. Berdiri di hadapan bilik yang dipenuhi barangan berwarna hitam, Nayla yakin bilik inilah bilik Adeel Ukasyaf.
Satu senyuman kecil singgah di bibirnya. Nampaknya lelaki itu masih meminati warna hitam. Nayla tidak mengemas apa-apa miliknya ke dalam almari, akan tetapi dia menyapu dan mengemas bilik dan kawasan rumah banglo itu. Berpeluh juga hendak kemaskan satu banglo itu.
Selepas maghrib, Nayla ke dapur. Peti sejuk dibuka, disangkakan kosong namun sudah dipenuhi bahan-bahan basah dan sayur-sayuran. Dengan menggunakan bahan yang ada, Nayla memasak lauk pauk yang simple. Tomyam udang, telur bistik dan sayur goreng. Tidak mahu menunggu Adeel Ukasyaf, Nayla menjamu selera terlebih dahulu. Usai makan, dia kembali ke bilik. Dia tidak berani menyentuh barang-barangan di dalam bilik tidur itu jadi Nayla menggunakan sejadah yang dibawanya sebagai selimut.
***
"Tak selesai lagi pencarian kau?" Adeel Ukasyaf bertanya pada kawannya itu. Nadzmi Nazim geleng kepala. Satu keluhan berat keluar dari bibirnya.
"Dah dekat 3 tahun aku cari. Masih jugak tak jumpa. Padahal aku ada jugak tanya bibik rumah aku dulu. Dia pun tak tahu apa-apa," ujar Nadzmi Nazim. Kening Adeel Ukasyaf bertaut.
ANDA SEDANG MEMBACA
HATE LOVE
Romansa"I hate you Nayla Aryana, God knows how much I hate you," Nayla Aryana hanya tenang menerima kata-kata kesat itu daripada Adeel Ukasyaf lelaki yang satu masa dulu merupakan cinta hatinya. "Bencilah saya semahunya Kasyaf. Sebab saya memang layak di...
