Bab 14

1.5K 107 10
                                    

Nayla Aryana mula cuak. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah suara garau itu. Bulunya menegak apabila melihat Adeel Ukasyaf berdiri betul-betul di belakangnya dengan riak wajah yang serius. Nayla mengerling sekilas ke arah Adham yang memandang Adeel dengan tanda tanya.

"Encik Adeel?" Nayla automatik berdiri. Dia mula resah. Dia sebolehnya mahu merahsiakan pertemuannya dengan Dr. Adham.
Melihat Nayla kehilangan kata-kata, Adham bangun untuk perkenalkan diri. Nayla pula makin gelisah.

"Hai, saya Adham. Kawan Rya," Adham perkenalkan diri menghulurkan salam perkenalan. Kening Adeel berkerut untuk sesaat sebelum kembali emotionless. Adham tunggu Adeel perkenalkan diri.

"Siapa ni Rya? Kawan awak?" Intonasi lembut yang dilontarkan oleh Adham mengundang pandangan tajam daripada Adeel.

"Ni Enc-"

"Aku suami Rya,"

Bukan hanya Adham sahaja yang terkejut dengan kenyataan Adeel malah Nayla juga sama. Selama ini, Adeel selalu nemperkenalkan dia sebagai pembantu rumah. Entah apa yang membuatkan lelaki itu berubah angin. Adham pandang Nayla untuk penjelasan. Wanita itu terus gigit bibir.

"Ini Adeel Ukasyaf, suami saya," Nayla memperkenalkan dengan suara perlahan. Adeel Ukasyaf pula kelihatan puas hati.

Timbul perasaan kecewa di dalam hati Adham. Akan tetapi Adham tetap tayang muka professional. Dia sekadar mengulum senyuman kecil.
Nayla di hadapan mula cuak saat Adham mengangkat tangan tanda salam perkenalan.

"Adham, old friend of Rya," Nayla menghela nafas lega saat Adham memperkenalkan diri sebagai kawan lamanya.

Adeel Ukasyaf menyambut salam perkenalan Adham acuh tak acuh. Tanpa perasaan segan silu, Adeel duduk di kerusi kosong di meja Nayla dan Adham tadi. Kemudian, dia terus menarik kerusi disebelahnya lagi dekat ke arahnya dan memberi isyarat kepada Nayla untuk duduk di situ. Tidak mahu memanjangkan isu, Nayla terus melabuhkan punggung. Masing-masing diam.

Adham pula kelihatan janggal. Masih banyak perkara yang ingin dia tanyakan kepada Nayla. Tapi, melihat dari gaya Nayla, dia tahu wanita itu tidak selesa.

"Aku tak tahu pulak Rya ada kawan lelaki," Adeel Ukasyaf membuka bicara. Nayla mengerling ke arah Adeel sekilas sebelum memandang Adham. Adham menghantar senyuman kecil ke arahnya.

"I dengan Rya kenal since a few years ago. I actually the one yang terkejut bila I tahu Rya dah kahwin. Rya you should have told me you had someone in your heart. Saya hampir lamar awak tahu," Adham bercanda diselangi ketawa kecil. Nayla pula sekadar mengulum senyuman kecil. Dia tahu Adham cuma main-main.

Lain pula reaksi Adeel Ukasyaf yang tiba-tiba mendingin. Dia tidak suka cara Adham memandang Nayla.

"Korang lama lagi ke?" Adeel bertanya dingin.

"Tak kami-" belum sempat Nayla habiskan kata-kata, Adeel bangun dan menarik tangan Nayla.

"Kami balik dulu," tanpa menunggu balasan daripada Adham, Adeel terus menarik Nayla mengikutinya  dan melangkah keluar daripada restoren itu. Dalam tidak sedar, kerana bengang Adeel makin memperketatkan pegangannya pada lengan Nayla.

Nayla mendesis perlahan. Dia tidak berkata apa-apa kerana tidak ingin menaikkan lagi kemarahan lelaki itu. Tiba di kereta, Adeel akhirnya melepaskan tangan Nayla. Nayla automatik menggosok tangannya yang sedikit ngilu. Mungkin juga sudah kemerahan.

"Masuk," Adeel Ukasyaf berkata dingin.

Sepanjang perjalanan, Adeel Ukasyaf sekadar diam. Nayla juga sama. Ketegangan antara mereka dapat dirasakan. Sebaik tiba di dalam rumah, Adeel Ukasyaf menoleh ke arah Nayla.

HATE LOVE Where stories live. Discover now