Nayla Aryana meninjau kawasan sekeliling rumah sambil memberi makan ikan di dalam kolam. Dia ada mencari beberapa kerja kosong di kawasan berdekatan dalam . Walau apapun, dia perlu kerja. Dia akan cuba untuk memujuk Adeel Ukasyaf. Puas berada di luar rumah, Nayla masuk untuk menyapu kawasan dalam rumah.
"Nayla," suara Adeel Ukasyaf memanggilnya dari atas. Nayla letak penyapu dan menyahut.
"Ya Encik Adeel," Nayla mendongak.
"Gosokkan baju aku," Adeel melongar sehelai baju kemeja ke arah Nayla. Nayla sempat melemparkan jelingan pada Nayla sebelum panjat naik tangga. Saterika yang berada di bilik di ambil.
Bunyi air di bilik air menandakan lelaki itu sedang mandi. Semasa mengambil saterika, notifikasi telefon Adeel Ukasyaf masuk. Satu mesej daripada Anne.
I tunggu you dekat sana. Tak perlu jemput I
Nayla mengetap bibir. Ternyata Adeel Ukasyaf akan keluar untuk berjumpa dengan Anne. Bibir Nayla mengulum senyuman sayu. Nampaknya, Adeel benar-benar serius dengan Anne. Adeel yang dulu jarang memikirkan penampilan diri, tetapi setiap kali lelaki itu akan berjumpa dengannya lelaki itu akan gosok baju dan menjaga ketamprilan dirinya.
Tiada lagi Nayla Aryana di hati Adeel Ukasyaf.
Selesai sahaja Nayla Aryana menggosok baju Adeel, lelaki itu selesai mandi. Hanya beralaskan sehelai tuala di sekeliling pinggang lelaki itu melangkah ke arah baju kemeja yang telah siap digosok itu dan disarungkan ke badannya.
Nayla pula hanya diam membantu di situ. Adeel mengenakan kemeja biru gelap dan seluar jeans hitam. Jam dipakaikan ke pergelangan tangan kiri. Rambut disikat rapi. Lelaki itu sempat menilik penampilan pada cermin untuk beberapa kali. Nayla Aryana mengulum senyum dalam hati. Namun senyumannya itu mati sebaik mengingati bahawa suaminya itu sedang bersiap untuk wanita lain.
****
Sebaik azan berkumandang, Nayla ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk. Ketika itu, dia perasan tanda-tanda darah haidnya sudah ada di pakaian dalamnya. Nayla cepat-cepat keluar dari bilik air dan menggeledah beg pakaiannya. Dia mula panik dan mencari dengan lebih aggresif. Tiada. Nayla hampir menjerit di situ.
Nayla berkira-kira untuk menelefon Adeel akan tetapi dia hampir tepuk dahi apabila teringat dia lansung tiada cara untuk hubungi Adeel. Nombor telefon Adeel juga dia tiada. Nayla buka telefon dan google kedai paling terdekat di kawasan perumahan itu. Dalam 2km. Mujurlah darahnya masih sedikit. Dengan tawakal di hati, Nayla bersiap ala kadar dan menempah grab. Nasibnya baik duit simpanannya masih banyak.
Apabila grab tiba, Nayla terus turun tanpa berlengah. Tiba di kedai, Nayla terus membeli barang keperluan wanita yang diperlukannya. Dia juga membeli beberapa keperluan lain seperti berus gigi lebih, pencuci muka, dan lain-lain lagi. Mujurlah tandas juga disediakan. Sewaktu keluar daripada kedai tersebut, Nayla perasan ada satu notis di pintu. Notis jawatan kosong.
Nayla terus masuk kembali ke kedai dan bertanyakan tentang notis tersebut.
"Cik, jawatan kosong ni masih ada?" Nayla bertanya. Dia sedikit berharap. Sekurang-kurang kalau dapat kerja di situ, jaraknya hanya 5 minit sahaja dari rumah.
"Ada Cik. Cumanya jawatan ni untuk shift malam. Dari pukul 8 malam sehingga 2 pagi cik," ujar cashier itu. Nayla gigit bibir.
"Kalau saya berminat, siapa ya saya patut hubungi?" Nayla bertanya lagi. Mungkin Adeel akan izinkan dia kerja.
"Kejap ya,"
Cashier itu memberikan sekeping kad kepada Nayla. Nayla menyambut dengan senyuman dan beredar. Melangkah keluar daripada kedai tersebut, Nayla kembali buka apps grab. Saat ingin menulis alamat, jari jemari Nayla kaku pada skrin.
YOU ARE READING
HATE LOVE
Romance"I hate you Nayla Aryana, God knows how much I hate you," Nayla Aryana hanya tenang menerima kata-kata kesat itu daripada Adeel Ukasyaf lelaki yang satu masa dulu merupakan cinta hatinya. "Bencilah saya semahunya Kasyaf. Sebab saya memang layak di...