Adeel Ukasyaf melangkah masuk ke restoren untuk berjumpa dengan kawan baiknya, Redza Hakim. Setiap hujung minggu, kawannya itu pasti akan turun ke Johor untuk uruskan perniagaannya di sini. Redza Hakim juga merupakan rakan kongsinya dalam perniagaan.
"Macam mana? Kau dah siasat belum tentang wife kau?" Redza Hakim membuka bicara setelah mereka selesai beerbincang tentang hal kerja mereka.
"Aku dah minta PA aku siasatkan. Setakat ni tak dapat info apa-apa lagi," keluh Adeel.
Baru sahaja Redza Hakim hendak membuka mulut, telefonnya berdering. Adeel pula berkerut saat melihat nama yang tertera di skrin telefon kawannya itu. Adham.
"Hello, ya?" Redza Hakim menjawab panggilan. Mendengarkan apa yang diberitahu oleh Adham, Redza Hakim kerut dahi.
"Kau nak aku siasat tentang husband dia?" Redza Hakim bersuara dengan nada tidak percaya. Dah gila agaknya si Adham. Redza Hakim mengerut dahi mendengar penjelasan sepupunya di talian.
"Kalau diorang dah kahwin, kau tak bolehlah ganggu urusan dia," Redza Hakim memberi nasihat. Satu keluhan dilepaskan oleh Adham.
Adeel Ukasyaf yang sekadar mendengar hanya diam. Namun begitu, nama Adham sedari tadi menganggunya. Entah mengapa dia curious hendak tahu siapa Adham yang tengah bercakap dengan Redza memandangkan nama itu sama dengan nama kawan Nayla yang ditemukannya beberapa hari yang lepas.
"Tengoklah nanti macam mana,_" dengan itu Redza Hakim terus menamatkan panggilan. Dia sekali lagi menghela nafas lemah.
"Inilah masalah orang yang sedang angau dalam cinta. Kalau nak bercinta tak menyusahkan orang tak apa. Ini tak, last-last aku jugak yang kena," Redza Hakim membebel.
"Siapa tadi?" Adeel bertanya dengan lagak tenang. Jari jemarinya mengetuk meja.
"Siapa lagi? Adham lah. Cousin aku," balas Redza Hakim kelihatan sebal apabila mesej masuk bertalu-talu ke nombornya. Tak lain tak bukan Adhamlah orangnya yang sedang spam whatsapp Redza Hakim.
"Cousin?" Adeel angkat kening.
"Oh. Aku lupa kau tak kenal lagi dengan Adham. Adham tu sepupu belah mummy aku. bila aku datang sini, aku stay dengan dia," jelas Redza Hakim. Adeel Ukasyaf masih juga tidak puas hati. Dia perlu tahu adakah Adham itu adalah orang yang sama.
"Bro, aku gerak dululah. Nanti aku catch up dengan kau balik. Si Adham ajak aku jumpa. Kan bising pula dia,"
Adeel Ukasyaf sedikit kecewa kerana tidak sempat bertanya, namun tidak mengapalah masih banyak lagi masa untuk mereka berjumpa.
****
Nayla termenung di tepi kolam ikan. Kata-kata Adeel Ukasyaf pagi tadi masih terngiang-ngiang di telinganya bagaikan panahan petir yang menoreh hatinya.
"Ingat, apa yang jadi malam tadi, bukan sebab aku sayangkan kau ataupun sebab aku nak. Tapi ini untuk penuhkan syarat kontrak. Lepas kau lahirkan zuriat aku. Aku akan tunaikan syarat kontrak tu," Adeel Ukasyaf menghamburkan kata-kata itu saat mereka bangun dari tidur setelah kejadian semalam.
Nayla menghela nafas berat. Sekali lagi hatinya terluka dek orang yang dicintainya. Melihat langit yang semakin mendung, Nayla melangkah masuk ke rumah. Dia duduk di ruang tamu.
Baru beberapa minit melayari sosial media, pintu rumah dibuka. Wajah Adleen menyapanya. Nayla terus tarik muka. Kedatangan Adleen bermaksud, huru haralah hidupnya sepanjang minggu itu.
"Kau ni memang tak sedar diri kan perempuan!" Adleen tunjuk ke arah Nayla. Beg bagasi ditangannya di lemparkan ketepi. Dia melangkah mendekati Nayla.
YOU ARE READING
HATE LOVE
Romance"I hate you Nayla Aryana, God knows how much I hate you," Nayla Aryana hanya tenang menerima kata-kata kesat itu daripada Adeel Ukasyaf lelaki yang satu masa dulu merupakan cinta hatinya. "Bencilah saya semahunya Kasyaf. Sebab saya memang layak di...