Nayla terbangun jam 11 malam kerana sakit perut bercampur senggugut. Semasa membuang air besar, Nayla terasa ingin menangis kerana senggugutnya terlampau sakit. Usai membuang air besar, Nayla keluar dari tandas dan duduk di sofa. Adeel kelihatan sudah lena tidur di atas katil.
Dia kemudian cuba berbaring namun senggugutnya tidak juga berkurang. Nayla kembali duduk, tetapi tetap juga sakit. Sudah berpeluh dahinya menahan sakit. Jarang sekali apabila senggugut Nayla sakit begini. Nayla menggunakan kudrat yang ada, turun ke dapur, menyelongkar kabinet untuk mencari ubat tahan sakit.
Apabila tidak menemukan sebarang ubat tahan sakit, Nayla menelefon Maya. Beberapa deringan Maya menjawab panggilan.
"Hello?" suara serak Maya kedengaran. Mungkin baru tersedar dari tidur.
"Hello Maya?" suara tahan sakit Nayla membuatkan Maya segar. Maya yang ketika itu sedang berbaring terus bangun.
"Nayla? Kenapa suara kau macam tu?" soalnya risau.
"Maya, senggugut teruk aku datang lagi," Nayla mengadu. Dia hampir menangis. Maya dihujung talian kerut dahi.
"Kau ada ubat tak sekarang?" Maya bertanya prihatin. Setahun sekali, Nayla pasti akan alami senggugut yang teruk, dan sepanjang itu Mayalah yang banyak membantu Nayla.
Nayla geleng kepala. Dia lupa ketika itu Maya tidak dapat melihatnya. Tapi Maya seakan-akan faham keadaan Nayla.
"Kalau tak ada ubat tahan sakit. Kau cari botol air. Kau isi dengan air panas. Balutkan sikit dengan kain lepas tu letak dekat tempat sakit tu. Cuba berbaring sambil tekapkan botol tu dekat perut kau," Maya bagi petua. Nayla cuba mencari botol air kosong yang boleh diisi air panas. Mujurlah dia jumpa satu botol di atas rak.
Sambil menahan sakit, Nayla mengisi air panas ke dalam botol tersebut dan membalutkannya dengan kain nipis. Botol hangat itu diletakkan di perutnya. Nayla tidak larat untuk naik ke atas dan membaringkan diri ke atas kerusi berdekatan dapur. Senang untuk dia isi air panas lagi.
Walaupun kaedah itu tidak meredakan sakit senggugut yang dirasakannya, sekurang-kurangnya Nayla rasa sedikit selesa berbanding tadi. Air mata Nayla akhirnya menitis jua. Dia tiba-tiba rindukan Maya yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri. Ketika sakit semua benda dia ingat.
Leka menangis, Nayla akhirnya tertidur.
***
Adeel Ukasyaf bangun apabila menerima panggilan daripada sahabatnya, Redza Hakim. Sepanjang berbual, matanya meleret ke arah sofa yang menjadi tempat tidur Nayla. Dahinya berkerut sebaik menyedari Nayla tiada di situ. Adeel Ukasyaf automatik bangun. Matanya diliarkan ke seluruh bilik. Tiada.
"Don't tell me she went to work," Adeel Ukasyaf berkata marah. Panggilan dengan Redza Hakim ditamatkan begitu sahaja. Laju kakinya di atur ke ruang tamu. Nayla tiada di situ.
Baru sahaja Adeel Ukasyaf hendak mencapai kunci keretanya, dia perasan lampu di dapur menyala. Lantas, kaki diatur ke sana. Dahinya berkerut saat melihat Nayla Aryana berbaring di atas kerusi dekat dapur. Adeel Ukasyaf mendekat. Dia perasan wajah Nayla Aryana sedikit pucat dan ada kesan air mata di hujung mata wanita itu. Hati Adeel Ukasyaf tiba-tiba rasa seakan dicengkam.
Matanya meleret melihat sebotol air yang dibalut kain yang diletakkan pada bahagian bawah perut Nayla Aryana. Adeel Ukasyaf mengetap gigi. Perasaannya bercampur baur. Dia kemudia mencari contact nama Anne dan menelefon nombor tersebut. Dua kali panggilan barulah Anne angkat.
"You better have a really good reason for calling me at this hour," Anne marah di hujung talian. Adeel pula lansung tak rasa bersalah sebaliknya bertanya Anne.
YOU ARE READING
HATE LOVE
Romance"I hate you Nayla Aryana, God knows how much I hate you," Nayla Aryana hanya tenang menerima kata-kata kesat itu daripada Adeel Ukasyaf lelaki yang satu masa dulu merupakan cinta hatinya. "Bencilah saya semahunya Kasyaf. Sebab saya memang layak di...