Bab 13

1.1K 81 2
                                    

"Seperti yang kau baca, it's a contract," Adeel Ukasyaf berkata tanpa sedikitpun perasaan simpati di wajahnya.

"Encik nak saya lahirkan anak dan serahkan anak tu pada Encik kemudian Encik nak buang saya daripada hidup anak saya sendiri?" Nayla Aryana bertanya. Giginya diketap menahan perasaan di dada. Dia tidak menyangka lelaki dihadapannya itu boleh jadi sekejam itu.

"Come on Nayla. Aku tak rasa 'buang orang' tu benda yang susah untuk kau. You threw me away once. Jadi, aku tak rasa itu satu masalah untuk kau," Adeel Ukasyaf menjongketkan bahu tanpa seculit perasaan di wajahnya. Dia memandang Nayla dengan pandangan kosong. 

Nayla ketap bibir. Cuba membayangkan hidup tanpa anaknya sendiri. Lansung dia geleng kepala.

"Once is enough," Nayla bisik pada dirinya sendiri. Adeel Ukasyaf yang mendengar kerut dahi.

"No," Nayla berkata penuh muktamad ke arah Adeel Ukasyaf. Adeel Ukasyaf melontarkan pandangan sinis.

"No?"  Dia mengajuk perkataan Nayla.

"Do you think you have a choice?" Adeel Ukasyaf bertanya dengan nada mencabar. Nayla telan air liur.

"It's either you give birth to a child and get lost. Or kau akan stay dalam perkahwinan ni dan aku akan pastikan setiap hari kau akan rasa peritnya hidup sebagai isteri Adeel Ukasyaf," Adeel berkata keras. Tanpa menunggu respon daripada Nayla, Adeel Ukasyaf melangkah keluar dari bilik.

Nayla terpempan sendirian. Air mata yang tertahan akhirnya mengalir juga.

***

Redza Hakim memandang Adeel Ukasyaf dengan kerutan di keningnya. Mendengar cerita kawannya itu, dia tak nafikan dia terkejut. Ya, sebelumnya Adeel ada bagitahu tentang bekas teman wanitanya yang membuangnya semata-mata kerana darjat. Namun tidak pula dia menyangka sekarang ini wanita itu telah menjadi isteri sahabatnya itu. Tak kurang juga, gadis yang dimaksudkan oleh Adeel ialah bekas housekeeper hotelnya, Nayla.

"Jadi sekarang ni, kau jadikan dia isteri kau sebab kau nak balas dendam?" Redza Hakim menebak. Adeel Ukasyaf sekadar diam. Tidak mengiyakan mahupun menafikan sangkaan Redza Hakim itu.

Redza Hakim seperti menyedari sesuatu memandang Adeel dengan riak percaya tak percaya.

"Kawan, jangan bagitahu aku.." Redza Hakim terkejut. Melihat reaksi acuh tak acuh Adeel, Redza Hakim tahu tekaannya menepat.

"Bro! Seriously? Kalau orang lain tahu, bukan reputasi kau je jatuh tau? Reputasi hotel aku sekali. Patutlah aku hairan, macam mana pihak jabatan agama islam boleh sampai ke tingkat atas. Kau rupanya," Redza Hakim berkata terkejut. Adeel pula tidak memberikan sebarang respons atau reaksi.

"Sorry,"  Adeel hantar senyuman rasa bersalah.

"Tapi kan. Kau tak pernah terfikir ke? Kenapa perempuan yang dulu berdarjat tinggi tiba-tiba kerja sebagai housekeeper dekat hotel?" soal Redza Hakim. Adeel diam.

Sebenarnya dia juga terfikir kenapa Nayla Aryana yang dikenalinya 7 tahun dahulu bekerja sebagai housekeeper?

"Aku nasihatkan kau ni sebagai kawanlah Deel. Baik kau siasat dulu apa yang berlaku. Kau yang sekarang bukan yang dulu. Kau upah je sesiapa untuk siasat. Aku tak nak kau menyesal nanti," nasihat Redza Hakim. Adeel Ukasyaf mengetap bibir.

Sebaik sahaja dia dan Redza Hakim berpisah, Adeel Ukasyaf menerima panggilan daripada sahabat jauhnya Nadzmi. Tidak menunggu lama, dia menjawab panggilan itu.

"Hello Adeel?" suara Nadzmi menyapa.

"Hello? Ya? Asal kau call?" Adeel Ukasyaf bertanya seraya melangkah menuju ke tempat parking kereta.

HATE LOVE Where stories live. Discover now