Adeel Ukasyaf melangkah masuk dengan gah ke bilik mesyuarat yang telah dipenuhi oleh barisan barisan tertinggi Ukasyaf Group. Sebaik sahaja dia melangkah masuk dan duduk di kerusi yang dikhaskan untuk President, aura dingin mula memenuhi bilik mesyuarat yang sudah dingin itu.
Mesyuarat diteruskan dengan beberapa amukan dari Adeel Ukasyaf sebaik melihat laporan bulanan syarikat. Usai bermesyuarat, Adeel Ukasyaf kembali ke pejabatnya yang berada di tingkat paling atas bangunan Ukasyaf Group itu.
Dia melonggarkan sedikit tali leher yang dipakai seraya melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Selang beberapa saat, pintu pejabatnya diketuk oleh pembantunya, Fara.
"Encik Adeel, petang nanti Encik ada meeting dengan Tan Sri Kamal. Lagi satu, Cik Raisya pesan jangan lupa event makan malam nanti,"
Adeel Ukasyaf sekadar angguk kecil sebagai respons. Dia mengurut dahinya yang sejak pagi tadi berdenyut. Malam tadi, dia tidak dapat tidur kerana mimpi buruk. Peristiwa yang berlaku 7 tahun yang lalu masih tetap menghantui dirinya. Sejak kejadian itu, Adeel Ukasyaf menyatakan dia membenci Nayla Nur Adleen dengan sepenuh hati.
***
"Kau serius nak kerja jadi hotel housekeepers?" Maya kawan Nayla bertanya untuk kepastian. Nayla angguk.
"Aku perlukan duit. Nak bayar rumah sewa lagi," balas Nayla dengan nada kesal. Maya pandang Nayla dengan simpati.
"Kalau macam tu nanti aku recommend kau dekat manager hotel yang aku kerja tu. Tapi aku bagitahu kau awal-awal. Kerja dekat situ penat. Kau tahulah tu kan hotel famous dekat tempat tu," ujar Maya lagi. Nayla mengukir senyuman kelat.
"Penat sikit apa salahnya," Nayla berkata dengan senyuman nipis. Habis topik kerja mereka masuk pula topik harian masing-masing. Maya dan Nayla mula berkawan sejak lima tahun yang lalu. Maya lah yang banyak membantu Nayla dari pertama kali mereka bertemu dulu.
"Kau jadi ke bertunang dengan boyfriend kau tu?" Mendengar soalan Nayla, wajah Maya terus berubah kelat. Mendung terus wajahnya.
"Mulai hari ni kau jangan sebut lagi pasal mamat tak guna tu. Ish! Ingat balik dekat jantan tu, terus mendidih hati aku ni," Maya berkata dengan riak benci. Nayla kerut dahi.
"Tak jadi lagi?" Nayla menduga. Maya menghela nafas berat. Penat sungguh dia mengejar perhubungan yang tidak pasti.
"Aku penatlah Nayla. Teruk sangat ke aku ni? Sampai semua relationship aku tak jadi. Bukan sekali tau aku kena curang. Berkali-kali," adu Maya dengan rasa penuh kesal. Nayla pula hanya mampu memandang dengan rasa simpati kerana hubungannya sendiri juga tidak berkekalan.
Mengingat kembali cinta pertamanya, hati Nayla tergores. Perit dan lukanya masih berbekas.
"Sabarlah Maya. Anggap sajalah Allah dah tetapkan jodoh yang terbaik untuk kau," Nayla memujuk sahabatnya itu. Maya terus tayang senyum.
"Kau nak tahu sebab aku suka kawan dengan kau kenapa? Sebab nilah. Kau selalu positif," kata Maya pula. Nayla sekadar senyum. Mampu menerima pujian itu hanya untuk separuh hati sahaja.
***
Keesokannya, Nayla menerima panggilan daripada Maya untuk datang melaporkan diri di The Haven Hotel milik seorang usahawan muda yang bernama Redza Hakim.Hari seterusnya, Nayla terus memulakan kerjanya di sana. Penat memang penat, tapi begitulah kehidupan Nayla untuk beberapa tahun itu. Jadi, Nayla Aryana sudah terbiasa dengan kehidupan seperti itu.
Seperti biasa Nayla akan mengemas bilik bilik yang mana tetamu yang hadir telah check out agar tetamu lain boleh masuk. Selesai mengemas beberapa bilik, Nayla lansung ke dobi untuk membersihkan kawasan di sana.
YOU ARE READING
HATE LOVE
Romantizm"I hate you Nayla Aryana, God knows how much I hate you," Nayla Aryana hanya tenang menerima kata-kata kesat itu daripada Adeel Ukasyaf lelaki yang satu masa dulu merupakan cinta hatinya. "Bencilah saya semahunya Kasyaf. Sebab saya memang layak di...