Bab 12

1.2K 94 7
                                    

Nayla Aryana mundar mandir di bilik mengingat kembali apa yang terjadi malam tadi. Dia hampir terbagitahu Adeel Ukasyaf tentang apa yang terjadi pada masa lalunya. Nayla gigit kuku. Nampaknya mimpi buruknya kembali lagi. Kalau terus begini, rahsianya mungkin akan terbongkar. Nayla tiada pilihan lain selain menghubungi Adham.

"Hello doktor?" sapa Nayla sebaik sahaja panggilannya diangkat. Suara di sebelah sana diam seketika.

"Hello, ini bukan Doktor Adham. Doktor Adham tengah mandi," jawab suara di sebelah sana. Nayla gigit bibir.

"Kalau macam tu nanti saya call balik," Nayla berkata sebelum menamatkan panggilan. Nayla kerut dahi. Entah mengapa dia rasakan suara lelaki yang menjawab panggilannya tadi seakan dikenali.
Namun, Nayla sekadar letak tepi. Orang dengan suara yang hampir sama memang ramai.

***

Redza Hakim memandang skrin yang sudah bertukar gelap itu lama. Seakan cuba mengingati sesuatu. Ketika itu, Adham yang sudah selesai mandi melangkah keluar.

"Itu telefon aku kan?" Adham tunjuk ke arah telefon yang dipegang oleh Redza Hakim.

"Yeap!" Dengan selamba Redza Hakim melontar telefon tersebut ke arah Adham. Mujurlah tindakan refleks Adham laju dan sempat menyambut telefonnya itu. Sekali dihadiahkan jelingan tajam ke arah sepupunya itu.

"Tadi ada orang call," ujar Redza. Adham hanya membalas acuh tak acuh seraya mencapai remote TV dan meletakkan telefonnya ke atas meja. 

"Rya," mendengar nama itu, Adham pantas mendapatkan kembali telefonnya dari atas meja. Cepat-cepat dia lihat log telefonnya. Nama Rya terpapar di sejarah panggilan paling atas. Adham jeling ke arah Redza.

"Kenapa kau tak panggil aku?" marah Adham sebelum berlalu untuk menelefon Rya kembali.

Redza pula kehilangan kata-kata. Tak mungkinlah dia hendak terjah semasa Adham sedang mandi semata-mata kerana satu panggilan. Unless emergency.

"Aku pulak yang kena," rajuknya pada diri sendiri.

***

Nayla Aryana sedang memasak ketika telefonnya yang berada di atas meja berdering minta diangkat. Dia memperlahankan api dapur terlebih dahulu sebelum melangkah ke meja. Namun, langkahnya terhenti saat melihat Adeel Ukasyaf berdiri tidak jauh daripada telefonnya berada. Wajah serius lelaki itu merenung tajam ke arah telefonnya. Cepat-cepat Nayla Aryana mengambil telefon dari meja.

Nayla telan air liur. Adeel Ukasyaf pula masih statik memandang meja yang sudah kosong itu.

"Encik Adeel nak makan?" Nayla Aryana bertanya lembut. Adeel Ukasyaf diam sebelum melemparkan renungan tajam ke arah Nayla.

"Hilang selera," balasnya sebelum menuju ke peti ais. Nayla juga diam, tidak tahu hendak kata apa dia kembali fokus pada masakannya yang berada di atas dapur.

"Siapa Adham?"

Suasana yang sunyi tadi dipecahkan oleh Adeel. Nayla yang ketika itu sedang meletakkan lauk ke dalam mangkuk terkedu. Jadi, Adhamkah yang menelefonnya tadi. Nayla gigit bibir. Walau apapun yang berlaku, Adeel tidak boleh tahu, Adham itu adalah doktornya. Biarlah dia dan Maya sahaja yang tahu.

"Emm, dia kawan saya," balas Nayla dengan suara yang perlahan. Dia menoleh sekilas ke arah Adeel. Lelaki itu sedang memandang gelas yang dipegangnya. Pandangan tajam itu seakan dapat memecahkan gelas kaca ditangannya.

"Kawan," gumam Adeel perlahan.

Nayla cepat-cepat hidangkan makanan ke atas meja. Selesai menghidangkan makanan, Nayla ingin keluar ke ruang tamu akan tetapi belum sempat Nayla lari, Adeel panggil.

HATE LOVE Where stories live. Discover now