Bab 4

1K 93 1
                                    

"So, you are the housekeeper here?' suara dingin Adeel Ukasyaf menyapa telinga Nayla Aryana. Nayla sekadar tunduk. Mulutnya bagaikan terkunci rapat. Dia lansung tidak dapat bersuara di hadapan lelaki itu.

"Are you deaf? Aku tanya kau kan?" Kasar sungguh intonasi  Adeel Ukasyaf. Bersulam dengan apa yang dirasakannya.

"Ya, saya housekeeper suite ni," Nayla membalas dengan sopan. Dia masih tidak berani memandang mata Adeel Ukasyaf.

Adeel Ukasyaf diam tanpa sebarang response. Matanya kemudian memandang ke arah drapes bilik tersebut.

"Tukar drapes tu. Aku tak suka. Make sure tukar sebelum kau balik," ujar Adeel Ukasyaf sebelum bangun dan melangkah ke biliknya. Nayla menghela nafas lemah. Sekarang sepatutnya sudah waktu untuk balik, namun nak tak nak dia terpaksa juga menggantikan drapes tersebut sebelum Adeel  Ukasyaf mengamuk. Tak pasal pasal nanti kena report dekat Redza Hakim.

Hampir jam 7 malam barulah, Nayla selesai menukar drapes itu seorang diri. Satu keluhan terlepas dari celah bibirnya. Dia harap masih adalah grab di sekitar kawasannya bekerja itu.

Baru sahaja dia ingin melangkah keluar daripada suite itu, satu kelibat lalu. Kelibat Adeel Ukasyaf yang baru selesai mandi di hadapannya menuju ke dapur. Nayla tahan nafas. Dia tidak mahu Adeel sedar dia masih di situ. Melihat Adeel Ukasyaf menghilang je dapur, cepat-cepat Nayla melangkah ke pintu untuk keluar.

Setelah berjaya keluar, Nayla menarik nafas lega dan berlalu ke tempat menunggu grab. Mujurlah grab masih ada ketika dia turun. Tiba di rumah, Nayla merebahkan badan ke tilam. Pertemuannya dengan Adeel Ukasyaf membuka kembali luka lama.

Flashback....

"Lepas grad kita kahwin?" tangan Nayla dipaut mesra oleh Ukasyaf.

"Betul ni?" Nayla bertanya untuk kepastian. Hatinya sudah berbunga-bunga. Mana tidaknya, pujaan hati mengajak untuk berkahwin.

"Betullah. Takkan I main-main. I sayang you sangat-sangat tau Nayla. I tak suka tengok you dengan lelaki lain," kata Ukasyaf lagi. Nayla memberikan senyuman lebar.

"I pun sayang sangat dekat you,"

***

Peraturan Allah itu lebih indah. Nayla juga tahu apa yang berlaku pada dia dan Adeel adalah satu asbab agar Nayla kembali ke jalan yang benar.  Perhubungannya dengan Adeel waktu ketika dahulu penuh dengan kemungkaran. Mungkin inilah jalan yang terbaik untuk mereka. Cuma apa yang paling Nayla kesal apabila dia dibuang keluarga.

"Jauh termenung," teguran Maya membuatkan Nayla tersedar daripada lamunan masa silamnya.

"Tak ada apalah," balas Nayla mengulum senyum nipis.

"Lewat kau balik hari ni,"

Nayla hela nafas lemah sekali lagi.

"Encik Adeel minta aku tukarkan drapes. Tu yang lambat balik tu," keluh Nayla.

Maya kerut dahi. Dia dengan selamba melentangkan badannya ke atas tilam Nayla.

"Cerewet jugak eh Encik Adeel," komen Nayla.

Nayla mencebik dalam hati. Bukan cerewet tapi sebab tak suka dia. Tak apalah tinggal dua hari sahaja lagi Adeel Ukasyaf di situ. Selepas ini, hidup Nayla akan kembali seperti sedia kala tanpa sebarang tekanan perasaan. 

***

Tepat jam 9 pagi, Nayla ke suite Adeel Ukasyaf untuk tujuan mengemas dan membersihkan. Redza Hakim sudah berpesan supaya membersihkan suite tersebut setiap hari. Nayla juga sengaja memilih waktu pagi kerana dia tahu ketika itu Adeel Ukasyaf tiada di dalam Suite.

Nayla masuk ke dalam Suite menggunakan kad yang diberikan kepadanya. Melangkah masuk ke dalam suite tersebut, jantung Nayla hampir tercabut apabila melihat Adeel Ukasyaf bersantai di atas sofa dengan sekeping akhbar di tangannya. Nayla automatik berpatah balik untuk keluar.

"Kau nak ke mana?" Suara garau lelaki itu membuatkan langkahnya terhenti. Nayla berpusing ke arah Ukasyaf kembali.

"Saya nak keluar," Nayla tunjuk ke arah meja.

"Kerja kau dah siap?" Dingin dan sinis nada Ukasyaf. Nayla geleng kepala.

"Belum," balas Nayla.

"Habis tu? Buatlah kerja kau,"

Nayla angguk. Dia sekadar menurut. Tiada daya untuk bergaduh. Mana mungkin dia bagitahu Ukasyaf dia tidak selesa buat kerja kerana kehadiran lelaki itu. Nanti tak pasal-pasal jadi kes lagi.

Nayla mengemas suite tersebut dan cuba sedaya upaya untuk tidak menghiraukan kehadiran Ukasyaf di sofa.

"Nayla,"

Buat pertama kalinya selepas tujuh tahun, Nayla mendengar Ukasyaf memanggil namanya walaupun nadanya tidak sama seperti dulu.

"Ya Encik,"

"Ambilkan gelas untuk aku atas rak," ujar Ukasyaf tanpa berpaling ke arahnya.

Nayla pula tidak perlu diberitahu untuk kali kedua, dia terus menuju ke dapur. Gelas yang dimaksudkan oleh Ukasyaf berada di rak paling atas jadi terpaksalah Nayla memanjat menggunakan kerusi yang berada di situ.

Ketika itu, Nayla hilang kesimbangan. Gelas yang dipegang terus jatuh menghempas lantai.  Kaca yang berkecai itu hampir sama dengan hatinya yang turut berkecai ketika itu. Nayla mula panik. Cepat-cepat dia turun dari kerusi dan mula membersihkan gelas kaca itu.

"What the hell are you doing?" Suara Ukasyaf menyapa masuk ke dapur. Nayla telan air liur. Melihat Ukasyaf semakin mendekat, Nayla cepat cepat kutip kaca tersebut.

"Encik jangan datang dekat. Ada kaca!" Nayla memberi amaran. Ukasyaf tayang muka menyampah.

"Aku nampak. Kau nak ambil gelas tu pun masalah. Macam mana kau buat kerja," kata Ukasyaf melangkah ke sinki dan mengambil sendiri gelas dari rak tersebut.

Hati Nayla bagaikan disiat. Ya Allah. Kuatkan aku.

"Maaf Encik. Saya akan bersihkan kaca ni dulu. Saya akan bagitahu Encik Redza untuk ganti rugi," Nayla menunduk. Dia mengenggam kaca yang dikutipnya itu sehingga kaca itu menembusi lapisan kulit tanganya. Setelah menyapu serpihan kaca. Nayla sambung membersihkan suite tersebut.

Nayla terus keluar setelah selesai dan meminta diri. Tiba di ruang rehat, barulah luka di tangannya terasa. Nampaknya, luka di dada lagi perit dibandingkan dengan luka yang berdarah di tapak tangannya.

"Ya Allah Nayla kenapa dengan tangan awak?" Yuni salah seorang housekeeper di situ juga bertanya dengan riak risau.

"Sikit apa ini Nayla? Berdarah lagi. Mari saya tolong balutkan," Yuni yang memang terkenal dengan sifat baik hati menawarkan. Nayla juga tidak menolak apabila tapak tangannya muka rasa pedih.

"Thankyou Yuni," ujar Nayla ikhlas.

"Tiada apalah ni. Lain kali hati-hati ya," sempat gadis itu berpesan padanya.

**

ADEEL UKASYAF melangkah ke dapur untuk membuat secawan kopi untuknya. Semasa ingin membuang paket kopi, Adeel perasan sesuatu dalam tong sampah. Ada kesan merah pada sebahagian kaca di dalam tong tersebut. Dahinya berkerut.

Dengan secawan kopi, Adeel melangkah ke sofa. Dia duduk dengan wajah yang sedang berfikir. Sejak pertama kali bertemu kembali dengan Nayla, dia tertanya-tanya kenapa gadis yang penuh kemewahan itu bekerja sebagai housekeeper. Namun, Adeel juga tidak mahu terus-terusan memikirkan gadis yang telah memberikan luka mendalam dalam hidupnya itu.

"You dengan I tak setaraf Kasyaf. You sedar tak?"

Kata-kata Nayla itu masih jelas diingatannya sehingga hari ini. Kerana darjat dan pangkat, Nayla membuang dia dari hidupnya. 

"I tak rasa I akan bahagia dengan you lepas kita kahwin. I dah setuju untuk terima Furqan. Papa dengan mama I pun setuju,"

Ukasyaf mengetap rahang gigi dengan kuat. Kini, hatinya dipenuhi rasa benci untuk gadis itu. Gadis yang pernah mengajarnya erti cinta dan gadis yang juga pernah memijak-mijak hatinya.


JANGAN LUPA VOTE & COMMENT

Hate Love Series
anissyaaa

HATE LOVE Where stories live. Discover now