Bab 5

1.1K 105 16
                                    

Seperti biasa, Nayla akan ke Suite untuk mengemas setelah memastikan Adeel Ukasyaf tiada di dalam suite tersebut. Nayla cepat-cepat kemas dan bersihkan apa yang patut dibersihkan. Setelah selesai, Nayla bergesa-gesa untuk keluar. Namun ketika itu, Adeel Ukasyaf muncul sambil berpeluk tubuh pada dinding.

"Make me coffee,_" arah Adeel Ukasyaf tanpa riak.

Nayla tayang muka keliru.

"Kau pekak? Aku suruh buatkan aku kopi," ujar Adeel Ukasyaf lagi sedikit kasar. Nayla telan air liur. Mahu tidak mahu dia kembali ke dapur untuk membuatkan air untuk Adeel Ukasyaf dan cepat cepat keluar dari situ.

Setelah selesai, Nayla tergesa gesa membawa keluar kopi ke ruang tamu. Ketika itu, dia tidak perasan setompok air di atas lantai dan tergelincir. Air kopi yang masih suam terpercik ke baju kerjanya. Air yang meresap pada baju terkena kulitnya menyebabkan Nayla menjerit kesakitan.

"What's wrong?"  Nayla mendongk apabila mendengar suara Adeel Ukasyaf. Apa yang pelik, suara itu depenuhi kerisauan.

"Are you okay?"  Tanya suara itu lagi masih risau. Nayla yang masih rasa pedih di badan sekadar menggeleng kepala. Sejujurnya dia tidak menyangka Adeel akan menunjukkan rasa kasihan padanya.

"Saya okay,_" balas Nayla cuba bangun. Dia perlu segera buatkan kopi untuk Adeel dan pergi dari situ.

"Tunggu sini," dengan itu Adeel Ukasyaf terus berlalu ke biliknya. Nayla pula kelihatan terkial-kial sendirian. Apa yang berlaku? Kenapa Adeel Ukasyaf tiba-tiba berubah menjadi baik padanya.

Tak lama kemudian, Adeel Ukasyaf melangkah keluar bersama sehelai kemeja putih. Dia menghulurkan kemeja tersebut kepada Nayla. Nayla kelihatan teragak-agak untuk menyambut kemeja itu. Namun melihat kesungguhan di mata Adeel Ukasyaf, Nayla tetap menyambut jua.

"Change into this first. I will call somebody to fetch clothes for you," 

Nayla ingin menolak, namun Adeel Ukasyaf lebih laju berlalu dari situ. Nayla pandang kemeja di tangannya. Benar, baju yang dipakainya itu dipenuhi kopi suam dan berbau. Namun, sanggupkan dia memakai baju milik Adeel Ukasyaf. Lama Nayla berfikir sebelum dia ke tandas berdekatan untuk menukar pakaian.

Nayla membetulkan pakaiannya dan melangkah keluar. Sewaktu dia keluar, Adeel tiada situ. Nayla berkira-kira untuk menunggu dan mengucapkan terima kasih, namun tidak pula dia mahu situasi antara mereka bertambah ganjal. Lansung, Nayla mengatur langkah untuk berlalu dari situ. Baru sahaja dia mendekati pintu, pintu suite itu diketuk.

Nayla kerut dahi dan melangkah untuk membuka pintu, namun dia terkejut apabila melihat beberapa lelaki berpakaian formal di hadapannya.

"Assalamualaikum cik, kami daripada Jabatan Agama Islam Selangor menerima laporan...."

Ketika itu dunia Nayla terasa gelap. Sukar untuk dia menerima kenyataan ketika itu bahawa kini dia mungkin akan ditangkap basah bersama lelaki yang sangat membencinya. Pucat lesi wajah Nayla ketika itu.

"Encik.. ini salah faham," Nayla cuba menjelaskan.

"What's going on?"  Suara dari belakang mencelah. Nayla pantas menoleh ke belakang. Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk menjelaskan pada Adeel Ukasyaf, dia terkedu melihat Adeel keluar tanpa memakai baju dan hanya seluar casual sahaja. Rasanya ketika itu, Nayla hampir tercekik air liurnya sendiri.

"Encik Adeel," kecil sahaja suaranya. Melihat penampilan Adeel, dan baju yang dipakai oleh Nayla lagilah menimbulkan fitnah pada mereka berdua.

Dunia Nayla automatik terasa gelap apabila melihat pandangan yang dilontarkan oleh pegawai yang berdiri di hadapannya itu. Dia juga tidak berani untuk menoleh sekali lagi untuk melihat reaksi Adeel. Memikirkan reaksi Adeel sahaja sudah cukup membuatkan bulu romanya meremang.

HATE LOVE Where stories live. Discover now